Tan Kin Lian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Kin Lian

陈钦亮
Butiran peribadi
Lahir (1948-03-09) 9 Mac 1948 (umur 76)
Tanah Jajahan Singapura
Parti politikBebas
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Tindakan Rakyat
(1977–2008)
PasanganTay Siew Hong
Anak-anak3
Alma materInstitusi Raffles
Laman web rasmitankinlian.blogspot.com
Tan Kin Lian
Cina Tradisional: 陳欽亮
Cina Ringkas: 陈钦亮

Tan Kin Lian PBM BBM (Cina ringkas: 陈钦亮pinyin: Chén Qīnliàng; lahir 9 Mac 1948) ialah seorang ahli perniagaan Singapura yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif NTUC Income antara 1977 hingga 2007, sebelum menyertai politik dalam pilihan raya presiden 2011.

Pada 11 Ogos 2023, Tan mengumumkan minat beliau untuk menyertai pilihan raya presiden 2023 dengan bekas calon presiden sebelum ini Tan Jee Say bertindak sebagai pencadangnya.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Tan ialah bekas anggota parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) selama 30 tahun. Beliau meninggalkan parti itu pada 2008 disebabkan ketidakatifan beliau, dan tidak bersetuju dengan sistem nilai perti tersebut. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha cawangan parti tersebut di Marine Parade selama tiga tahun dan telah diambil oleh Goh Chok Tong pada 1977, untuk menguji skim rintis bagi menetapkan jawatankuasa blok, yang kini dikenali sebagai Jawatankuasa Penduduk (bahasa Inggeris: Residents' Committees, atau RC)

Bagi sepuluh tahun pertama, Tan aktif di kawasan pilihan raya Marine Parade tetapi menjadi tidak aktif 20 tahun berikutnya, selepas berpindah ke Upper Thomson dan kemudiannya Yio Chu Kang.[2]

Pilihan raya presiden 2011[sunting | sunting sumber]

Tan bercakap dengan media selepas menghantar borang pilihan raya

Tan telah menyatakan minatnya untuk menjadi Presiden Singapura pada 2008.[2]

Simbol Tan ialah "tepuk ria". Beliau menerangkan "tangan yang diangkat membawa maksud kesanggupan untuk melakukan khidmat awam, sementara lima jari melambangkan nilai-nilainya iaitu kejujuran, kesaksamaan, sikap yang positif, keberanian dan khidmat awam."[3]

Beliau menduduki tangga terendah dalam kalangan empat calon, iaitu dengan 4.9% undian. Beliau gagal untuk mencapai sekurang-kurangnya 12.5% undi, yang menyebabkan beliau kerugian wang deposit S$48,000.

Pilihan raya presiden 2023[sunting | sunting sumber]

Tan secara rasmi mengumumkan pada 30 Julai 2023 bahawa beliau telah menghantar permohonan untuk mendapatkan sijil kelayakan bagi pilihan raya presiden 2023.[4]

Tan mengumumkan tawaran rasminya sebagai presiden pada 11 Ogos 2023.[5] Tan Jee Say, bekas calon presiden pada pilihan raya presiden 2011, menyebut dalam sidang media Tan Kin Lian pada 11 Ogos 2023 bahawa Tan Kin Lian (akan) "menjadi seorang presiden yang baik, berani, jujur dan rendah diri."[6]

Tan telah memperoleh sijil kelayakannya pada 18 Ogos 2023.[7]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Kin Lian launches bid for Presidential Election, stresses desire for candidate outside 'establishment". CNA (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-11. Dicapai pada 2023-08-11.
  2. ^ a b "Tan Kin Lian eyes presidency". The Straits Times. Singapore. 23 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2009. Dicapai pada 9 June 2011.
  3. ^ See, Sharon (18 August 2011). "PE: Candidates unveil election symbols". Channel NewsAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2012. Dicapai pada 22 August 2011.
  4. ^ "Former candidate Tan Kin Lian applies for eligibility certificate for 2023 Presidential Election". CNA (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Correspondent, Goh Yan HanPolitical (2023-08-11). "Tan Kin Lian, former NTUC Income chief executive, launches presidential bid". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Dicapai pada 2023-08-18.
  6. ^ Citizen, The Online (11 August 2023). "Tan Jee Say endorses Tan Kin Lian for President: A courageous, genuine, and humble choice for Singapore". The Online Citizen Asia.
  7. ^ "Ng Kok Song, Tan Kin Lian, Tharman Shanmugaratnam qualify as presidential candidates; George Goh ineligible". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-18.
  8. ^ a b "Tech in Asia - Connecting Asia's startup ecosystem". www.techinasia.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]