Tanah Perkuburan di Jalan Kubor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tanah Perkuburan di Jalan Kubor merupakan pusara diraja orang Islam yang bersejarah di kawasan kejiranan Kampong Gelam, Singapura.

Pada tahun 1824, Hussein Shah selaku Sultan Johor dan Singapura telah menyerahkan tanah ini kepada Pihak British yang mendukung pengasasan Singapura moden yang ada pada hari ini. Lima tahun kemudian, pada tahun 1829, inspektor penjajah bernama J. T. Thomson merekodkan kawasan bersejarah berkenaan sebagai Makam Puteri Malaya dan nama inilah yang tercatat pada peta yang dilakarkan oleh G. D. Coleman, diterbitkan di Calcutta pada tahun 1836, dan juga di London pada tahun 1839. Nama lain yang muncul pada peta terdahulu ialah Sultan Keramat.

Batu nisan yang terdapat di tanah perkuburan berkenaan terlakar inskripsi menarik padanya.Inskripsi ini terdiri daripada kepelbagaian bahasa dan sistem tulisan yang jelas mencerminkan penduduk asal Singapura dan antara tulisan-tulisannya ialah Melayu, Aksara Jawa, Aksara Bugis Lontara, Arab, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Gujarat.

Pada tahun 1852, Syed Omar Aljunied mewakafkan plot tanah yang berukuran agak luas untuk digunakan oleh orang Islam sebagai tanah pengebumian di bawah perwalian keturunannya. Pada tahun 1987, Pihak Penguasa Tanah Singapura memperoleh hak kepemilikan tanah perkuburan tersebut. Pada tahun 1998, Pihak Penguasa Pembangunan Semula Bandar Singapura memperuntukkan kawasan tersebut sebagai pembangunan semula kawasan perumahan. Pada tahun 2014 dan 2015, projek penyelidikan mega yang dipimpin oleh Dr. Imran bin Tajudeen telah diarah oleh Lembaga Warisan Negara, untuk mendokumentasikan keseluruhan kawasan bersejarah tersebut.

Para Pengasas Singapura[sunting | sunting sumber]

Tokoh-tokoh bersejarah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kubor termasuklah keturunan Hussein Shah, Sultan Johor dan Singapura:

  • Tengku Hj Hussain bin Tengku Hj Ali, cicit kepada Sultan Hussein
  • Tengku Abdul Kadir bin Tengku Mohamad (Hakim Setempat)
  • Tengku Aisyah Gedung binte Sultan Alam Syah

Tokoh-tokoh terkemuka yang lain termasuklah:

  • Syed Alwee bin Ali Aljunied (Hakim Setempat)
  • Haji Ambok Sooloh Bin Haji Omar, ahli perniagaan Bugis dan pemimpin masyarakat
  • Haji Osman Ambok Dalek Daeng Pasandrek bin Haji Ali, saudagar Bugis
  • Haji Osman bin Abu Naim Banjar, saudagar Banjar

Rujukan[sunting | sunting sumber]