Tanda Kuasa Jahat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tanda Kuasa Jahat di langit.

Tanda Kuasa Jahat merupakan lambang bagi Lord Voldemort dan Death Eaternya dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling. Ia merujuk kepada kedua-dua tanda yang diletakkan secara sihir di tangan atau yang dijelmakan di udara melalui mantera Morsmordre.

Bentuk[sunting | sunting sumber]

Tanda Kuasa Jahat merupakan bentuk yang seperti tengkorak dengan ular yang menjalar keluar dari mulutnya. Ini mungkin diilhamkan melalui basilisk dari Bilik Rahsia yang apabila dipanggil, ia akan keluar dari mulut patung Salazar Slytherin. Ular juga merupakan lambang bagi rumah Slytherin. Tanda Kuasa Jahat yang berada di tangan adalah berwarna hitam seperti tatu tetapi Tanda Kuasa Jahat yang dijelma di langit lebih berwarna hijau.

Di Lengan[sunting | sunting sumber]

Bagi Tanda Kuasa Jahat yang tidak aktif, ia kelihatan seperti tanda yang pudar di bahagian dalam lengan kiri; tetapi yang aktif akan berwarna hitam pekat.

Lord Voldemort akan meletakkan Tanda Kuasa Jahat pada pengikutnya bagi kesetiaan mereka terhadapnya. Maka, tidak semua pengikutnya akan dapat. Ia juga menjadi satu kaedah memanggil mereka bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini dilakukan oleh Voldemort dengan menekan tongkat saktinya ke Tanda Kuasa Jahat bagi mana-mana Death Eater, yang lantas akan menjadi hitam pekat dan memberikan rasa membakar bagi sesiapa yang mempunyai Tanda ini. Sebaik itu, mereka akan terus Muncul di sisi Voldemort. Death Eater juga boleh menggunakannya untuk memberi isyarat bagi Voldemort dengan menekan Tanda Kuasa Jahat mereka. Ketika tempoh peperangan kali kedua, mereka hanya dibenarkan menggunakannya jika mereka telah menangkap Harry Potter.

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmat buku filem
Bilik Rahsia buku filem
Banduan Azkaban buku filem
Piala Api buku filem
Kumpulan Phoenix buku filem  
Putera Berdarah Kacukan buku filem  
Azimat Maut buku (filem)  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku