Harry Potter and the Sorcerer's Stone (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Filem Harry Potter
Movie1-b.jpg
Harry Potter and the Philosopher's Stone
Pengarah Chris Columbus
Pengarang J. K. Rowling (novel)
Steve Kloves (lakon layar)
Pelakon Daniel Radcliffe
Rupert Grint
Emma Watson
Penerbit David Heyman
Pengedar Warner Bros.
Mula Tayangan 16 November 2001
Bahasa Bahasa Inggeris
IMDb Rujukan IMDb

Harry Potter and the Philosopher's Stone (juga dikenali sebagai Harry Potter and the Sorcerer's Stone di Amerika Syarikat)telah dianggap sebagai sebuah filem yang berjaya pada 2001, yang diasaskan oleh cerita rekaan dengan nama Harry Potter and the Philosopher’s Stone oleh pengarang yang paling laris jualan bukunya, J.K. Rowling.

Ajensi Warner Brothers membawa cerita ini ke layar perak tak berapa lama sebelum jualan buku itu meningkat. Filem ini dibuat di Leavesden Film Studios dan ditayangkan pada 2001. Filem ini merupakan sekuel pertama yang bakal diikuti dengan sequel-sequel seterusnya. Dicadangkan mereka akan menggunakan para pelakon yang sama memandangkan para pelakon utama turut membesar seiring dangan watak mereka.

Filem ini mengaut keuntungan sebanyak AS$950 juta pada keseluruhan box office (dan berada di kedudukan keempat selepas filem "Titanic", "The Lord of the Rings: The Return of the King") dan "Pirates of the Carribean: Dead Man's Chest" dan menerima tiga pencalonan di Anugerah Akademi Oscar.

J. K. Rowling menegaskan yang seluruh pelakon perlu berbangsa British (kecuali Dumbledore dan Seamus Finnigan yang kedua-duanya dilakonkan oleh Richard Harris dan Devon Murray, berbangsa Ireland, dan Madam Hooch yang dilakonkan oleh Zoe Wanamaker yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan menetap di UK) untuk mengekalkan kesinambungan budaya di dalam buku dan juga filem lalu beliau mengesahkan lakonlayar yang di buat oleh Steve Kloves.

Tagline: "Journey beyond your imagination" (Pengembaraan melampaui bayangan anda), "The Magic Begins Soon" (Keajaiban Bermula Tidak Lama Lagi) dan "Let The Magic Begin" (Biarkan Keajaiban Bermula).

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sila lihat Harry Potter dengan Batu Hikmat
Lihat bawah untuk beza buku/filem

Harry Potter, yang kelihatan seperti budak biasa berumur sebelas tahun, merupakan seorang ahli sihir dan terselamat dari ancaman Lord Voldemort yang ingin berkuasa. Harry terselamat dari saudara Mugglenya dan berada di Hogwarts,di mana beliau bersama rakan baiknya Ron Weasley dan Hermione Granger.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama, Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson bersama pengarah, Chris Columbus dan penerbit, David Heyman
Watak Pelakon
Harry Potter Daniel Radcliffe
Ron Weasley Rupert Grint
Hermione Granger Emma Watson
Draco Malfoy Tom Felton
Profesor Dumbledore Richard Harris
Profesor McGonagall Maggie Smith
Profesor Snape Alan Rickman
Rubeus Hagrid Robbie Coltrane
Neville Longbottom Matthew Lewis
Vernon Dursley Richard Griffiths
Petunia Dursley Fiona Shaw
Dudley Dursley Harry Melling
Profesor Quirrell Ian Hart
Lord Voldemort (suara) Richard Bremmer

Penamaan versi Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Poster bagi tayangan A.S. Dilukis oleh Drew Struzan.

Kedua-dua buku dan filem Harry Potter and the Philosopher's Stone ditukar kepada Harry Potter and the Sorcerer's Stone di Amerika Syarikat. Di Malaysia, kebanyakan filem di bawa masuk adalah filem Amerika. Maka, penonton di Malaysia akan menonton versi Amerika. Walau bagaimanapun, terdapat peminat mengatakan yang penamaan semula itu adalah sia-sia dan juga suatu penghinaan bagi mereka yang telah biasa dengan lagenda philosopher's stone (batu hikmat)

Perubahan dari buku[sunting | sunting sumber]

Terdapat perbezaan di antara buku dan filem dan sebahagiannya amat jelas. Di antaranya ialah

  • Watak Peeves, si hantu Poltergeist, Profesor Binns dan Pansy Parkinson dikeluarkan sama sekali.
  • Harry sepatutnya tidak mengetahui yang Lord Voldemort membunuh ibubapanya selepas membeli tongkat ajaibnya.
  • Harry sepatutnya kembali ke rumah keluarga Dursleys selepas kembali dari Diagon Alley dan terus ke Hogwarts Express.
  • Harry tidak bertemu dengan Malfoy sehingga mereka ke Hogwarts sedangkan mereka patut bertemu di Diagon Alley lagi.
  • Babak ketika dihotel dibuang.
  • Di dalam buku, orang yang memberi Fluffy kepada Hagrid ialah orang Yunani, bukan orang Ireland.
  • Harry, Ron dan Hermione menemui Fluffy ketika mereka sesat untuk pulang ke asrama tetapi di dalam buku, mereka ditipu Malfoy untuk keluar dari asrama pada waktu malam.
  • Buku menunjukkan keluarga Harry yang lain di dalam Cermin Tasrah tetapi di dalam filem, hanya ibu bapanya.
  • Ron menyertai Harry, Hermione, dan Draco ketika tahanan di Rimba Larangan, berbanding Neville.
  • Pertahanan Quirrell dan Snape ke atas batu itu turut dikeluarkan.
  • Ketika bersama sentora, hanya Firenze ditunjukkan. Watak Ronan dan Bane dipotong.
  • Didalam buku, rakan Dudley Dursley, Piers Polkiss, turut bersama ke zoo

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

Batu Hikmat buku filem
Bilik Rahsia buku filem
Banduan Azkaban buku filem
Piala Api buku filem
Kumpulan Phoenix buku filem  
Putera Berdarah Kacukan buku filem  
Azimat Maut buku (filem)  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku