Tanda Rait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Tanda rait (Jawi: تندا رايت), juga dikenali sebagai tanda betul dan tanda semak, merupakan tanda (✓, ✔, dll.) yang menandakan betul atau "ya". Tanda ini juga boleh menandakan sesuatu perkara sudah dikerjakan. Tanda pangkah kadang-kadang juga digunakan untuk menandakan betul (terutama pada kertas undi pilihan raya, misalnya di Malaysia dan British), tetapi biasanya membawa maksud "tidak", salah, atau kegagalan. Salah satu rekod yang terawal mengenai penggunaan tanda rait sebagai tanda yang menunjukkan penyelesaian adalah pada batu bersurat Babylonia "di mana lekukan kecil kadang-kadang dibuat dengan stilus, biasanya diletakkan di sebelah kiri nama pekerja, barangkali digunakan untuk menunjukkan sama ada catuan yang disenaraikan telah dikeluarkan."[1]

Lazimnya, kotak akan disediakan dalam dokumen yang dicetak dan perisian komputer untuk menandakan tanda rait.

Perbezaan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tanda rait merupakan simbol persetujuan utama dalam kawasan yang berbahasa Inggeris kerana komposisinya yang ringkas. Di beberapa negara pula, tanda rait membawa maksud yang berbeza.

Dalam sekolah Sweden, tanda ✓ lazimnya digunakan untuk menandakan jawapan yang tidak betul,[2] sementara "R" (daripada perkataan rätt yang membawa maksud "betul" dalam bahasa Sweden) digunakan untuk menandakan jawapan yang betul.

Dalam bahasa Finland pula, tanda ✓ membawa maksud väärin (salah), kerana persamaannya dengan huruf "v" yang miring. Sebaliknya, tanda digunakan untuk menandakan betul. [3]

Di negara Jepun[4] dan Korea, tanda O digunakan untuk menandakan "betul" dan bukan tanda rait, manakala tanda X atau ✓ biasanya digunakan untuk menunjukkan kesalahan. 

Di Belanda, huruf 'V' digunakan untuk menunjukkan kehilangan harta benda sementara tanda krul[5] digunakan untuk menunjukkan persetujuan.

Di British, tanda rait biasanya disebut tick manakala di Amerika Syarikat, tanda rait dikenali sebagai checkmark.

Unicode[sunting | sunting sumber]

Dalam kategori " Simbol, Lain-lain ", Unicode menyenaraikan pelbagai tanda rait:

  • U+237B ⍻ BUKAN TANDA RAIT
  • U+2611 ☑ KOTAK DENGAN TANDA RAIT
  • U+2705 ✅ KOTAK DENGAN TANDA RAIT TEBAL BERWARNA PUTIH
  • U+2713 ✓ TANDA RAIT
  • U+2714 ✔ TANDA RAIT TEBAL
  • U+1F5F8 🗸 TANDA RAIT TIPIS
  • U+1F5F9 🗹 KOTAK DENGAN TANDA RAIT TEBAL


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tenney, Jonathan S. (2011-07-12). Life at the Bottom of Babylonian Society. BRILL. ISBN 978-90-04-20704-2.
  2. ^ "bock". Svenska Akademiens ordbok (dalam bahasa Sweden). 5. Swedish Academy. 1917.
  3. ^ Version 3.2 of the Unicode Standard, General Punctuation 2002-03-27
  4. ^ "Internationalization - W3C". www.w3.org. Dicapai pada 2020-07-22.
  5. ^ https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Krul.svg

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]