Tarian Odissi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penari Odissi
Penari Odissi

Tarian Odissi, juga dikenali sebagai Orissi (Odia: ଓଡିଶୀ Oḍiśī), ialah satu daripada lapan bentuk tarian klasik India. Tarian ini berasal dari negeri Odisha di bahagian timur India. Berlandaskan bukti arkeologi, tarian ini merupakan bentuk tarian yang masih kekal yang tertua di India.[1][2] Treatis klasik tentang tarian India, Natya Shastra, merujuk kepadanya sebagai Odra-Magadhi. Timbulan bes abad pertama SM yang terdapat di bukit-bakau Udaygiri (berhampiran Bhubaneswar) menjadi bukti kepurbaan bentuk tarian ini. Tarian ini disekat dalam zaman Raj British akan tetapi sudah dipulihkan semenjak kemerdekaan India.

Bentuk tarian ini dibezakan daripada bentuk-bentuk tatian klasik India yang lain dengan keutamaan yang diberikankepada Tribhangi (harfiah, rihat tiga bahagian), pergerakan bebas kepala, dada dan pelvis[3][4] dan kekuda asas yang lurus yang dikenali sebagai Chauka yang melambangkan Dewa Jagannath. Tarian ini bercirikan pelbagai Bhanga (Kekuda), yang melibatkan hentakan kaki dan postur seperti yang terlihat pada arca-arca India. Bhanga yang sering kelihatan adalah Bhanga, Abanga, Atibhanga dan Tribhanga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ www.TheInfoIndia.com. "Odissi Classical Dance of India – Classical Odissi Dance India,Classical Odissi Dance Vacations India,Classical Odissi Dances Tour in India". Dancesofindia.co.in. Dicapai pada 2012-05-19.
  2. ^ "Odissi Kala Kendra". Odissi.itgo.com. Dicapai pada 2012-05-19.
  3. ^ Article by David Courtney retrieved July 2008
  4. ^ Sehgal, Sunil (1999). Encyclopaedia of Hinduism: (H – Q). Sarup & Sons. m/s. 868. ISBN 81-7625-064-3.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.