Tasya Teles (lahir 1 Februari 1985) ialah seorang pelakon wanita Kanada. Beliau terkenal dengan watak Echo lakonannya[1] dalam siri The CW, The 100.[2] Teles juga memegang watai sebagai Kendra di DirecTV, Rogue dan Daniella di siri BBC America, Intruders.
Teles dilahirkan di Toronto, Ontario. Ibunya dilahirkan di Edmonton, Alberta sementara bapanya ialah orang Brazil dari negara bahagian Minas Gerais. Beliau dan keluarganya berpindah ke Vancouver, British Columbia ketika beliau berumur lima tahun. Teles belajar teater di Universiti Concordia di Montreal, Quebec. Setelah kembali ke rumahnya di Vancouver, Tasya mendedikasikan dirinya untuk keahliannya.