Teluk Bangkok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Teluk Bangkok terletak di selatan bandar Bangkok, Thailand. Teluk Bangkok sebahagian daripada Teluk Thailand . Ia di antara Hua Hin di barat dengan Sattahip di timur. Air yang mengalir ke teluk ini datangnya dari Sungai Chao Phraya, Sungai Tha Chin, Mae Khlong dan Sungai Bang Pa Kong.

Teluk Bangkok sebahagian dari Laut China Selatan. Angin Monsun Tropika yang membawa hujan raksasa (sangat lebat) menyebabkan bandar Bangkok dan pertempatan di Segenting Kra tenggelam akibat banjir pada 1942, 1983 dan 1995.

Di sinilah letaknya Pelabuhan Bangkok. Pelabuhan Bangkok berperanan sebagai pelabuhan eksport dan import barangan ke luar negara. Pelabuhan ini banyak menguruskan eksport produk pertanian dan perindustrian.