Temptation to Go Home

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Temptation to Go Home adalah merupakan sebuah drama lipur lara dan bertemakan balas dendam dari China. Drama bersiri ini juga merupakan drama adaptasi dari Korea Selatan, iaitu drama popular Temptation of Wife yang telah disiarkan di saluran SBS pada tahun 2008. Menariknya, pelakon wanita utama dalam drama ini juga berasal daripada Korea Selatan.

Temptation to Go Home
Juga dikenali sebagai
Temptation of Wife
Temptation to Going Home
GenreKeluarga
Cinta
Dendam
Melodrama
Berdasarkan daripada
Temptation of Wife oleh Oh Se-Kang
PenciptaStarmax
Ditulis olehJian Yuan Xin
Chen Xiao Bing
PengarahLin Tian Yi
Dibintangi oleh
Choo Ja Hyun
Ling Xiao Su
Li Cai Chua
Chi Shuai
Lagu pembukaan"Unable to Forgive" nyanyian Li Jia Lu The Light of Heaven" nyanyian Xinzi
Lagu penutup"Haven" nyanyian Xi Ming & Li Jia Lu
Negara asalKorea Selatan Korea Selatan
Republik Rakyat China China
BahasaCina
Bilangan episod68
Penerbitan
PenerbitOuyang Chang Lin
Liu Xiang Qun
Zhou Lin
Zhang Hua Li
Zheng Shi Rong
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalHunan TV
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Februari 2011 – 31 Mac 2011
Kronologi
Rancangan berkaitan
Temptation of Wife

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lin Pin Ru telah mengahwini Hong Shi Xian, iaitu anak orang kaya yang menguruskan syarikat hartanah terkenal di negara China. Bagaimanapun, perkahwinan tersebut merupakan kesilapan terbesar Pin Ru apabila dia dilayan ibarat orang gaji oleh ibu mertuanya, Hong Bao Lian. Namun begitu Pin Ru tetap bersabar dan menjalankan tugasnya sebagai isteri dan menantu yang baik buat kedua mertuanya. Disebabkan kekejaman ibu mertuanya, Pin Ru mengalami keguguran dan sukar untuk kembali hamil. Hal itu kemudian membuatkan Shi Xian mula bersikap dingin dengan Pin Ru.

Masa terus berlalu, keadaan rumahtangga Pin Ru menjadi semakin keruh apabila kawan baiknya sejak kecil, Ai Li telah kembali dari Perancis. Ai Li yang sememangnya cemburu dan berdendam dengan Pin Ru selama ini kemudian mula menggoda Shi Xian. Hubungan sulit mereka akhirnya terbongkar apabila Ai Li kembali dengan membawa seorang budak lelaki yang bernama Hong Shang En. Ai Li mengatakan bahawa Shang En adalah anak hasil hubungan sulitnya dengan Shi Xian selama ini. Pin Ru yang mengetahui akan hal itu berasa sangat sedih dan berasa dikhianati oleh kedua-dua orang yang disayanginya.

Pin Ru kemudian dipaksa oleh Bao Lian agar menandatangani surat penceraiannya dengan Shi Xian disaat dia tengah hamil kali kedua. Shi Xian dan Ai Li yang mengetahui akan kandungan itu kemudian menemui Pin Ru dan memaksanya agar mengugurkan kandungan tersebut. Pin Ru yang enggan menurut kemahuan mereka itu kemudian dihanyutkan ke laut. Ai Li kemudian membuat surat palsu yang mengatakan Pin Ru membunuh dirinya lalu menghantar surat tersebut kepada keluarga Pin Ru.

Pin Ru kemudian diselamatkan oleh Gao Wen Yen, yang juga kebetulan ketika itu sedang mencari adiknya, Gao Shan Shan yang turut membunuh dirinya dilaut yang sama dimana jasad Pin Ru ditemui. Wen Yen kemudian bergegas membawa Pin Ru ke hospital. Ketika sedar, Pin Ru berasa sangat sedih apabila dia mendapati dirinya keguguran buat kedua kalinya.

Hal itu membuatkan Pin Ru hampir-hampir membunuh dirinya namun dia segera membatalkan niatnya apabila dia bertekad untuk membalas dendam terhadap Shi Xian dan Ai Li. Kesempatan itu tiba apabila Pin Ru bertemu dengan Bai Feng, iaitu seorang wanita anggun dan kaya raya yang kini menguruskan sebuah syarikat kecantikan dan kosmetik yang terkenal di China. Bai Feng adalah merupakan ibu kandung Gao Shan Shan dan juga ibu angkat kepada Gao Wen Yen, iaitu lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya sewaktu berada dilaut tersebut.

Bai Feng yang mendapati nasib malang yang kini menimpa Pin Ru hampir sama dengan nasib malang yang menimpanya suatu ketika dahulu, membuatkannya bertekad untuk membantu Pin Ru membalas dendam terhadap keluarga bekas mertua Pin Ru itu. Ini kerana dia juga pernah mempunyai sejarah kelam dengan bekas bapa mertua Pin Ru. Bai Feng kemudiannya telah memberikan Pin Ru identiti baharu dan mengubah penampilan Pin Ru agar tiada sesiapa yang mengenali Pin Ru kelak.

Pin Ru kembali dengan identiti baharu dan menyamar sebagai Gao Shan Shan, iaitu anak gadis kepada Bai Feng. Penyamaran tersebut adalah untuk menjayakan rancangannya membalas dendam terhadap Shi Xian dan Ai Li. Shan Shan akhirnya bertemu semula dengan Shi Xian di sebuah majlis tari-menari. Shi Xian berasa terkejut apabila pertama kali menemui wanita misteri seiras dengan bekas isterinya. Namun Shan Shan bijak untuk mengelak daripada dikenali bekas suaminya itu. Manakala Ai Li yang juga kini telah bertemu dengan Shan Shan mulai curiga dan yakin bahawa Shan Shan adalah Pin Ru. Akan tetapi Shan Shan juga berpura-pura bahawa dia tidak mengenali Ai Li demi melaksanakan misinya dalam membalas dendam terhadap mereka. Berjayakah Pin Ru melindungi identiti sebenarnya sebelum semua rancangan liciknya untuk membalas dendam terlaksana?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

'Watak utama:'

'Watak sokongan:

Keluarga Lin
  • Ge Ba sebagai Lin Shou Cheng
  • Zhang Zhi Hua sebagai Fan Dan
  • Lei Jia Yin sebagai Lin Yi De
Keluarga Hong
  • Zheng Yi Tong sebagai Hong Bao Lian
  • Xin Zi ssbagai Hong Shi Xin
  • Zhua Jia Yi sebagai Hong Shang En
Keluarga Gao
  • Liu Jie sebagai Bai Feng
  • Candy Tu sebagai Gao Shan Shan

Trivia[sunting | sunting sumber]

Penarafan penonton tertinggi drama ini mencapai 5.19% di bawah sistem penilaian terkini, dan merupakan raja drama China dari 2011 hingga 2016. Rekodnya telah diatasi oleh In The Name of the People.

Rujukan[sunting | sunting sumber]