Tentera Udara Kuwait

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentera Udara Kuwait
Ditubuhkan padaawal 1950-an
NegaraKuwait
SaizKira-kira 2,500 anggota
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Kuwait
Ibu pejabatPangkalan Udara Al Mubarak
Tanda kebesaran
Roundel

Tentera Udara Kuwait (al-Quwwat al-Jawwiya al-Kuwaitiya) merupakan cabang udara bagi negara Kuwait. Ibu pejabatnya terletak di Pangkalan Udara Al Mubarak, dengan pasukan-pasukan selebihnya berpangkalan di Brigad Pertahanan Udara,Pangkalan Udara Ali Al Salem dan Pangkalan Udara Ahmed Al Jaber. Kekuatan Tentera Udara Kuwait kini sekitar kira-kira 2,500 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat.

Perancangan masa depan[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2009, Presiden Perancis Nicolas Sarkozy telah mengumumkan bahawa Kuwait telah mempertimbangkan untuk membeli sehingga 28 buah pesawat Dassault Rafale, Tentera Udara Kuwait kini masih mengkaji perjanjian dan sedang menunggu lawatan Menteri Pertahanan Perancis ke Kuwait pada hujung bulan Februari 2009.

Inventori pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat Asal Jenis Versi Dalam perkhidmatan[1] Nota
Aerospatale SA-330 Puma  Perancis Helikopter pengangkut SA-330H 4
Aerospatiale SA-342 Gazelle  Perancis Helikopter penyerang SA-342K 13
BAE Hawk  United Kingdom Latihan lanjutan Mk.64 10
McDonnell Douglas AH-64D Longbow Apache  Amerika Syarikat Helikopter penyerang - 6 buah dalam perkhidmatan, 10 buah dalam pesanan
Lockheed L-100 Hercules  Amerika Syarikat Pengangkut - 3
Eurocopter AS-332 Super Puma  Perancis Helikopter pengangkut AS-332M 5
McDonnell Douglas F/A-18 Hornet  Amerika Syarikat Pemintas dan serangan darat C\D 39
Shorts Tucano  United Kingdom Pelatih lanjutan Mk.52 8

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Tentera Udara Kuwait di Wikimedia Commons