F/A-18 Hornet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F/A-18 Hornet
USMC FA-18 Hornet.JPEG
Sebuah pesawat F/A-18 milik Kor Marin Amerika Syarikat
Peranan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Negara pengeluar Amerika Syarikat
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing
Northrop
Penerbangan sulung 18 November 1978
Mula digunakan 7 Januari 1984
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Sepanyol
Jumlah dibina F/A-18A/B/C/D: 1,480[1]
Kos seunit AS$41 juta pada tahun 2008[perlu rujukan]
Dibangunkan dari Northrop YF-17
Kelainan CF-18 Hornet
F/A-18E/F Super Hornet

Boeing F/A-18 Hornet adalah sebuah pesawat pejuang penyerang moden, sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat. Ia berupaya untuk menyerang sasaran-sasaran di darat dan di udara. Direka pada tahun 1970-an untuk digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat, pesawat F/A-18 Hornet juga digunakan oleh tentera udara di negara-negara sekutu A.S yang lain. Pesawat ini juga menjadi pesawat demonstrasi udara bagi pasukan Blue Angels milik Tentera Laut A.S sejak tahun 1986. Antara peranan-peranan utamanya adalah sebagai pesawat pejuang pengiring, pertahanan udara angkatan laut, SEAD, menguatkuasakan larangan udara, sokongan udara dekat dan pengawasan. Ciri serbaguna dan kebolehpercayaan membuktikan Hornet merupakan sebuah pesawat yang berharga pada aset kapal pengangkut pesawat, namun demikian ia telah dikritik disebabkan kekangan jarak operasi dan muatan jika dibandingkan dengan pesawat sezamannya.[2]

Pesawat F/A-18E/F Super Hornet adalah sebuah pesawat yang berlainan, evolusi penambahbaikan pada pesawat F/A-18 Hornet telah direka untuk berganding dan diperanan untuk membantu pesawat F/A-18 Hornet dalam perkhidmatan Tentera Laut A.S.[3]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Pembangunan pesawat F/A-18 bermula sebagai jawapan kepada program eksperimen VFAX pesawat pejuang penyerang laut untuk kegunaan Tentera Laut A.S yang bertujuan untuk memperoleh pesawat tempur pelbagai peranan untuk mengantikan pesawat A-4 Skyhawk, A-7 Corsair II, F-4 Phantom II yang masih ada dan untuk melengkapkan peranan yang dimainkan oleh pesawat F-14 Tomcat. Timbalan Laksamana Kent Lee, kemudian mengetuai Arahan Sistem Udara Tentera Laut (NAVAIR), adalah merupakan penyokong kuat program VFAX yang menentang bangkangan dari ramai pegawai-pegawai tentera laut, termasuk Timbalan Laksama William D. Houser, Timbalan Ketua Operasi Tentera Laut bagi cabang peperangan udara – iaitu pangkat tertinggi dalam juruterbang tentera laut.[4]

Pada bulan Ogos 1973, Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan arahan supaya tentera laut meneruskan program pesawat alternatif berkos rendah bagi F-14 Tomcat. Grumman telah mencadangkan versi terbitan pesawat F-14 yang dikenali sebagai F-14X, manakala firma McDonnell Douglas pula mencadangkan pesawat F-15 versi tentera laut, namun begitu kedua-dua pesawat ini hampir semahal pesawat F-14.[5] Pada musim panas, Setiausaha Pertahanan Schlesinger telah memerintahkan tentera laut untuk menilai pesaing-pesaing dalam program pesawat pejuang ringan untuk tentera udara, iaitu General Dynamics YF-16 dan Northrop YF-17.[6] Persaingan pesawat untuk pihak tentera udara telah menyenaraikan sebuah pesawat pejuang waktu siang dengan tiadanya keupayaan serangan. Pada bulan Mei 1974, Ahli Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata telah menyuntik AS$ 34 juta dari program VFAX ke dalam program baru, yang dikenali sebagai program pesawat “Pejuang Tempur Udara Tentera Laut”,[6] bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan teknologi yang dibangunkan untuk program LWF.[5]

Reka bentuk semula YF-17[sunting | sunting sumber]

Pesawat YF-17 Cobra ditukarkan kepada versi tentera laut dan dibangunkan menjadi pesawat F/A-18 Hornet.
Pesawat F/A-18 disambung kepada catapult di atas dek penerbangan USS Abraham Lincoln.

Walaupun pesawat YF-16 telah memenagi pertandingan “Pesawat Pejuang Ringan”, pihak tentera laut meragui pesawat yang berenjin tunggal dan giar pendaratan yang mempunyai lebar yang kecil boleh atau ekonomik untuk dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat, dan enggan menggunakan pesawat terbitan F-16. Pihak tentera laut telah menentang dan berjaya mendapatkan kebenaran untuk membangunkan pesawat berasaskan YF-17. Oleh kerana program “Pesawat Pejuang Ringan” ini tidak memiliki persamaan keperluan reka bentuk dengan program VFAX, pihak tentera laut telah meminta firma McDonnell Douglas dan Northrop untuk mereka bentuk pesawat baru berdasarkan konfigurasi dan prinsip reka bentuk pesawat YF-17. Pesawat baru ini, yang dikenali sebagai F-18, tidak langsung mempunyai sebarang persamaan dimensi atau struktur utama dengan pesawat YF-17. Setiausaha Tentera Laut W. Graham Claytor telah mengumumkan pada 1 Mac 1977 pesawat ini akan dikenali dengan nama "Hornet".[5]

Northrop telah memberi bantuan kepada firma McDonnell Douglas sebagai kontraktor kedua untuk memberi cadangan pada program pesawat ‘’Pejuang Tempur Tentera Udara’’ dengan menggunakan kelebihan pengalaman luasnya dalam pesawat yang beroperasi di atas kapal pengangkut, termasuk pesawat yang paling berjaya iaitu F-4 Phantom II. Untuk pesawat F-18, kedua-dua firma ini telah bersetuju untuk membahagikan pengeluaran alat secara adil, dengan firma McDonnell Douglas menyiapkan pemasangan terakhir, yang mana mewakili 20% daripada keseluruhan kerja. Firma McDonnell Douglas akan mengeluarkan sayap, penstabil, dan bahagian hadapan fiuslaj; manakala firma Northrop pula akan mengeluarkan fiuslaj bahagian tengah dan belakang serta penstabil menegak. McDonnell Douglas adalah merupakan kontraktor utama untuk versi kegunaan tentera laut.[6] Northrop pula akan menjadi kontraktor utama dan akan mengambil alih pemasangan terakhir bagi pesawat versi berasaskan darat iaitu F-18L yang mana firma Northrop berharap untuk menjualnya di pasaran eksport.[5]

Pesawat F-18, awalnya dikenali sebagai McDonnell Douglas Model 267, secara drastik telah diubahsuai dari pesawat YF-17, tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan konfigurasi asas yang sama. Bagi operasi di atas kapal pengangkut, kerangka pesawat, giar pendaratan, dan cangkuk penangkap kabel telah diperkukuhkan, sayap yag boleh dilipat dan pemasangan alat manjanik telah ditambah pada pesawat ini, giar pendaratan juga dilebarkan.[7] Bagi memenuhi keperluan jarak dan simpanan Tentera Laut, firma McDonnell telah meningkatkan muatan bahan api sebanyak 4,460 paun (2,020 kilogram), dengan membesarkan tulang belakang dan menambah 96 gelen bahan api pada setiap belah sayap (pesawat YF-17 mempunyai sayap “kering”). Boleh dilihat juga, penambahan bahagian "bergerigi" pada hujung pinggir sayap dan penstabil untuk menghapusan kesan “getaran” yang ditemui pada penstabil pesawat F-15. Sayap dan penstabil juga diperbesarkan, bahagian belakang fiuslaj dilebarkan sebanyak 4 inci (102 milimeter), dan enjin disendengkan ke arah luar pada bahagian depan. Perubahan-perubahan ini telah menambah 10,000 lb (4,540 kg) pada berat kasar pesawat, menjadikan ia seberat 37,000 lb (16,800 kg). Sistem kawalan bantuan komputer pada pesawat YF-17 telah digantikan dengan sepenuhnya dengan sistem digital “fly-by-wire” sepenuhnya dengan kelebihan-berkembar empat, pertama kalinya dipasang pada pesawat pejuang.[7]

Rancangan asal memperincikan perolehan sejumlah 780 buah pesawat dalam 3 model yang berkaitan: pesawat pejuang F-18A satu tempat duduk dan pesawat penyerang A-18A, berbeza hanya dari segi sistem avionik, dan pesawat 2 tempat duduk TF-18A, yang mengekalkan keupayaan misi penuh pesawat F-18,[2] kecuali muatan bahan api yang dikurangkan. Dengan reka bentuk semula stesyen simpanan dan penambahbaikan pada sistem avionik dan paparan pelbagai fungsi, terdapat kemungkinan untuk menggabungkan pesawat A-18A dan F-18A ke dalam sebuah pesawat.[5] Bermula pada tahun 1980, pesawat ini mula dikenali sebagai F/A-18A, dan penandaan pesawat ini secara rasminya diumumkan pada 1 April 1984. Pesawat TF-18A kemudiannya dikenali sebagai F/A-18B.[5][2]

Northrop F-18L[sunting | sunting sumber]

Northrop telah membangunkan pesawat F-18L sebagai salah satu pesawat yang berpotensi untuk dieksport. Disebabkan pesawat ini tidak perlu diperkukuhkan seperti pesawat yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat, ia dijangka mempunyai berat yang lebih ringan dan lebih berupaya. Secara langsung merupakan pesaing terkuat terhadap pesawat F-16 Fighting Falcon, ia kemudian ditawarkan kepada negara sekutu A.S. Berat pesawat F-18L adalah 7,700 pounds (3,493 kg) (kira-kira 30%) lebih ringan berbanding pesawat F/A-18A, disebabkan giar pendaratan yang lebih ringan, sistem pelipat sayap yang dibuang, dan mengurangkan ketebalan alat pada kawasan tertentu. Walaupun pesawat ini mengekalkan penangkap cangkuk, perbezaan luar yang ketara adalah pembuangan ciri "gerigi" pada pinggir depan sayap dan penstabil. Pesawat ini masih mengekalkan 71% persamaan dengan pesawat F/A-18 berdasarkan berat komponen, dan 90% dari sistem bernilai-tinggi, termasuk sistem avionik, radar, dan alat penyerak elektronik (ECM), meskipun terdapat pilihan-pilihan lain. Bertentangan dengan pesawat F/A-18, F-18L tidak membawa bahan api di dalam sayapnya dan kekurangan stesyen senjata pada laluan masuk udara. Sebaliknya, pesawat ini mempunyai 3 tenggekan di bahagian bawah setiap sayap.[8]

Perkongsian diantara firma McDonnell Douglas dan Northrop mula mengalami masalah berkenaan jualan eksport untuk 2 model ini. Northrop merasa pesawat F/A-18 keluaran McDonnell Douglas akan bersaing secara terus dengan F-18L. Pada Oktober 1979, Northrop telah memfailkan beberapa siri dakwaan undang-undang dengan mendakwa McDonnell telah menggunakan teknologi Northrop yang dibangunkan untuk pesawat F-18L ke pasaran luar negara dan telah mencabul perjanjian mereka, dan telah meminta penangguhan sementara penjualan luar negara bagi pesawat Hornet melalui McDonnell Douglas. Kes ini diselesaikan pada tahun 1985 apabila McDonnell telah bersetuju untuk membayar Northrop sejumlah AS$ 50 juta bagi hak sepenuhnya untuk reka bentuk pesawat, tanpa sebarang pengakuan bersalah. Sejak itu Northrop telah menghentikan kerja-kerja pada pesawat F-18L, dan kebanyakan pesanan eksport telah dibolot oleh pesawat F-16 atau F/A-18.[8]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pesawat F/A-18 milik Tentera Laut A.S.

Semasa ujian penerbangan, ciri bergerigi pada pinggir depan penstabil telah diletakkan, dan ruang di antara pemanjang pangkal pinggir depan (LERX) dan fiuslaj kebanyakan telah dihapuskan. Ruang ini, dikenali sebagai alur lapisan sempadan keluar udara (BLAD), mengawal pusaran yang dihasilkan oleh LERX dan membawa udara bersih kepada penstabil menegak pada sudut serangan yang tinggi. Bagaimanapun, ia juga menghasilkan daya seretan yang tidak berguna, memburukan lagi masalah berkenaan kekangan jarak operasi bagi pesawat F/A-18. McDonnell telah mengisi 80% ruang, meninggalkan alur sempit untuk mengeluarkan udara daripada salur masuk udara pada enjin. Ia mungkin menjadi penyumbang pada masalah awal rekahan “lesu” yang muncul di penstabil menegak disebabkan oleh beban aerodinamik yang melampau, mengakibatkan pesawat ini tidak dibenarkan terbang sementara pada tahun 1984 sehingga penstabil ini diperkukuhkan.[perlu rujukan] Bermula pada Mei 1988, satu pagar menegak kecil telah ditambah pada bahagian atas setiap LEX untuk memlebarkan pusaran dan membawanya jauh dari kawasan penstabil menegak. Ia juga menyediakan peningkatan kecil dalam kawalan yang lebih baik sebagai kesan sampingan.

Pesawat pengeluaran pertama F/A-18A membuat penerbangan pada 12 April 1980. Selepas pesawat F/A-18A dikeluarkan sebanyak 380 buah[9]

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pesawat Hornet melakukan pergerakan mendongak dalam keadaan daya-G tinggi semasa satu pameran udara. Sudut serangan tinggi menghasilkan pusaran yang berkuasa terbentuk pada pinggir depan dipanjangkan.
F/A-18 Hornet dalam penerbangan transonik. Perhatikan kesan pemeluwapan Prandtl-Glauert.

F/A-18 adalah sebuah pesawat berenjin kembar, kedudukan sayap ditengah, pesawat taktikal pelbagai misi. Ia sangat mudah untuk dikendalikan, disumbangkan oleh kadar tujahan kepada berat yang baik, sistem kawalan digital fly-by-wire, dan pinggir depan dipanjangkan (LEX). Kehadiran ciri LEX ini membenarkan pesawat berada kekal dalam keadaan terkawal pada sudut serangan tinggi.

Pesawat Hornet merupakan antara pesawat terawal yang menggunakan sepenunhnya MFD, yang mana hanya perlu menukar suis untuk menukar pesawat sama ada berperanan sebagai pejuang, penyerang atau kedua-duanya sekaligus. This "force multiplier" capability gives the operational commander more flexibility in employing tactical aircraft in a rapidly changing battle scenario. Ia merupakan pesawat pertama milik tentera laut yang menggabungkan bus avionik multiplex digital, membolehkan ia mudah untuk ditingkat upaya.[2]

Pesawat Hornet juga istimewa kerana reka bentuknya mengambil kira keperluan penyelenggaraan, dan menghasilkan sebuah pesawat yang memerlukan kurang masa selenggaraan berbanding dengan pesawat F-14 Tomcat dan A-6 Intruder. Ia bermaksud masa antara gagal (MTBF) adalah 3 kali lebih tinggi daripada mana-mana pesawat penyerang tentera laut, dan memerlukan separuh dari masa penyelengaraan.[2] Sebagai contoh, penukaran enjin pesawat A-4 Skyhawk memerlukan ekor pesawat dialihkan, enjin pada pesawat Hornet hanya dipasang pada 3 titik dan boleh ditanggalkan tanpa perlu menjalani proses penanggakan yang melampau. Krew penyelengaraan yang berpengalaman boleh menanggalkan and mengantikan enjin pesawat F/A-18 dalam masa beberapa jam.

Evolusi reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990-an, Tentera Laut A.S perlu mengantikan pesawat A-6 Intruder, EA-6 Prowler, A-7 Corsair II dan F-14 Tomcat yang telah usang. Sebagai jawapan pada kekurangan ini, pihak tentera laut telah membangunkan pesawat F/A-18E/F Super Hornet. Walaupun begitu, pesawat ini bukan sebuah pesawat penambahbaikan untuk F/A-18 Hornet, tetapi, merupakan sebuah pesawat baru, dengan kerangka yang lebih besar berasaskan konsep reka bentuk pesawat Hornet. Pesawat Hornet dan Super Hornet akan memainkan peranan saling melengkapi satu sama lain dalam perkhidmatan di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut A.S, sehingga pesawat F-35C Lightning II di atur gerak, yang mana bertujuan untuk mengantikan angkatan pesawat F/A-18A-D Hornet.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Australia Australia[sunting | sunting sumber]

3 buah pesawat RAAF F/A-18A pada tahun 2013

Tentera Udara Diraja Australia telah membeli 57 buah pesawat F/A-18A dan 18 buah F/A-18B bagi mengantikan pesawat Dassault Mirage IIIO.[10][11] Beberapa pilihan telah dinilai seperti F-15A Eagle, F-16 Falcon, dan F/A-18 Hornet.[12] F-15 telah ditolak di sebabkan versi yang ditawarkan tidak mempunyai keupayaan serangan darat. F-16 pula dianggap tidak sesuai kerana memiliki hanya satu enjin.[13] Australia kemudian telah memilih F/A-18 pada bulan Oktober 1981.[11] Perbezaan di antara pesawat milik Australia dan Tentera Laut A.S adalah bar penangkap kabel yang digunakan semasa operasi manjanik di atas kapal pengangkut (kemudian dipasang semula dengan versi palsu), menambah radio frekuensi tinggi, sistem analisis lesu buatan Australia, perakam suara dan videeo yang lebih baik, dan penggunaan ILS/VOR (Sistem Peralatan Pendaratan/Very High Frequency Omnidirectional Range) daripada sistem pendaratan kapal pengangkut.[13]

Duah buah pesawat pertama telah dibina di A.S, sementara selebihnya telah dipasang di Kilang Pesawat Kerajaan di Australia. Penghantaran F/A-18 kepada Australia bermula pada 29 Oktober 1984, dan berlangsung sehingga Mei 1990.[14] Pada 2001, Australia telah mengaturgerak 4 buah pesawat ke Diego Garcia, dalam peranan pertahanan udara, semasa operasi pihak Bersekutu ke atas Taliban di Afghanistan. Pada tahun 2003, Skudron 75 telah mengaturgerak 14 buah F/A-18 ke Qatar sebagai sebahagian Operasi Falconer.[15] Sehingga tahun 2006, Australia memiliki 71 buah Hornet yang masih dalam perkhidmatan, setelah 4 buah musnah dalam kemalangan.[10]

Armada pesawat ini telah menjalani program naik taraf pada akhir 1990-an untuk melanjutkan hayatnya sehingga tahun 2015.[16] Ia dijangka akan dibersarakan dan digantikan dengan pesawaat F-35 Lightning II.[17][18] Beberapa buah pesawat Hornet kemudian digunakan bagi memanjangkan hayatnya sehingga tahun 2020.[19] Sebagai tambahan kepada armada F/A-18A dan F/A-18B Hornet, Australia telah membeli 24 buah F/A-18F Super Hornet, dengan penghantaran bermula pada 2009.

Pada Mac 2015, 6 buah F/A-18A daripada Skudron ke-75 telah dihantar ke Timur Tengah sebagai sebahagian Operasi Okra, mengantikan pesawat Super Hornet.[20]

Kanada Kanada[sunting | sunting sumber]

Sebuah CF-18A Hornet milik Kanada di luar pantai Hawaii. Perhatikan "kokpit palsu" yang dicat di bawah pesawat yang bertujuan untuk mengelirukan juruterbang musuh semasa dogfight.

Kanada merupakan pelanggan eksport pertama bagi pesawat Hornet, untuk mengantikan pesawat CF-104 Starfighter (pesawat peninjau udara dan penyerang), McDonnell CF-101 Voodoo (pemintasan udara) dan CF-116 Freedom Fighter (serangan darat). Arahan Udara Tentera Kanada telah memesan 98 buah model-A (designasi Kanada CF-188A/CF-18A) dan 40 buah model-B (designasi CF-188B/CF-18B). Pesawat CF-18 asal yang diserahkan adalah serupa dengan model F/A-18A dan B.[21][22]

Pada 1991, Kanada komited untuk menghantar 26 buah CF-18 untuk melibatkan diri di dalam Perang Teluk yang berpangkalan di Qatar. Pesawat ini berperanan dalam Rondaan Tempur Udara, walaubagimanapun pada akhir perang, mula melakukan serangan udara ke atas sasaran darat Iraq. Pada 30 Januari 1991, 2 buah pesawat CF-18s yang sedang melakukan rondaan udara telah mengesan dan menyerang sebuah bot rondaan TNC-45 Iraq. Kapal ini diserang dan dirosakkan oleh tembakan meriam 20mm, akan tetapi usaha untuk menenggelamkan bot dengan menggunakan peluru berpandu udara ke udara telah gagal. Bot ini akhirnya berjaya dikaramkan oleh pesawat Amerika, dengan sebahagian redit diberikan kepada pesawat CF-18.[23] Pada bulan Jun 1999, 18 buah CF-18 telah diaturgerak ke Pangkalan Udara Aviano, Itali, di mana ia telah terlibat dengan serangan udara ke udara dan udara ke darat di bekas Yugoslavia.

62 buah pesawat CF-18A dan 18 buah CF-18B telah menjalani projek permodenan berkala yang mana dilakukan dalam dua fasa. Program ini telah dilancarkan pada tahun 2001 dan pesawat terakhir siap pada bulan Mac 2010. Tujuannya adalah untuk meningkatkan keupayaan udara ke udara dan udara ke darat, naik upaya penderia dan sut pertahanan, dan mengantikan rangkaian data dan sistem komunikasi yang dipasang pada CF-18 menggunakan standard F/A-18A dan F/A-18B kepada standard terkini pada F/A-18C dan F/A-18D.[24][25]

Pada bulan Julai 2010, kerajaan Kanada telah mengumumkan rancangan untuk mengantikan pesawat CF-18 dengan 65 buah pesawat F-35 Lightning II, dengan penghantaran pertama pada tahun 2016.[26]

Finland Finland[sunting | sunting sumber]

Sebuah pesawat F/A-18C milik Tentera Udara Finland di RIAT pada tahun 2005

Tentera Udara Finland (Suomen ilmavoimat) telah memesan 64 buah pesawat F-18C/D (57 buah model-C, dan 7 buah model-D). Kesemua pesawat F-18D telah dipasang di St Louis, manakala kesemua pesawat F-18C telah dipasang di Finland. Penghantaran pesawat bermula pada bulan November 1995 sehingga bulan Ogos 2000.[27] Pesawat Hornet ini mengantikan armada pesawat MiG-21bis dan Saab 35 Draken. Pada mulanya, pesawat Hornet milik Finland hanya digunakan untuk tujuan pertahanan udara, oleh itu designasi F-18 telah digunakan. Pesawat F-18C telah dilengkapi dengan pod penyesak ASPJ (Penyesak Pertahanan Diri Udara) ALQ-165.[28] Tentera Laut A.S kemudian memasukan pod ALQ-165 di dalam perolehan pesawat F/A-18E/F Super Hornet mereka.

Sebuah pesawat telah musnah semasa perlanggaran di udara pada tahun 2001. Manakala, pesawat F-18C yang rosak, digelar "Frankenhornet", telah dibina semula menjadi sebuah pesawat F-18D dengan menggunakan bahagian depan sebuah pesawat CF-18B yang dibeli daripada Kanada.[29][30] Pesawat yang diubahsuai ini kemudian terhempas semasa ujian penerbangan pada bulan Januari 2010,[30][31] di sebabkan kerosakan pada silinder servo ekor pesawat.[32]

Finland telah menaik taraf armada pesawat F-18 mereka dengan avionik baru, termasuk HMS, paparan kokpit baru, penderia dan rangkaian data standard NATO. Beberapa buah pesawat selebihnya akan dipasang dengan persenjataan udara ke darat seperti AGM-158 JASSM, mengembalikan konfigurasi asal pelbagai peranan pesawat F/A-18. Program naik taraf juga termasuk perolehan dan integrasi peluru berpandu udara ke udara AIM-9X Sidewinder dan AIM-120C-7 AMRAAM baru. Program ini dianggarkan menelan kos sebanyak €1–1.6 bilion dan dijangka selesai pada tahun 2016. Selepas siapnya program ini, pesawat Hornet dijangka akan dapat digunakan sehingga tahun 2020–2025.[33][34] Pada bulan Oktober 2014, sebuah stesen TV Finland, Yle telah mengumumkan bahawa pertimbangan telah dibuat untuk mengantikan armada pesawat Hornet.[35]

Setakat 1 Jun 2015, lebih separuh daripada armada pesawat Hornet telah menjalani program naik taraf. Semasa minggu ini, Tentera Udara Finland telah menggugurkan bom hidup (JDAM) pertamanya dalam masa 70 tahun, sejak Perang Dunia II.[36]

Kuwait Kuwait[sunting | sunting sumber]

Tentera Udara Kuwait (Al Quwwat Aj Jawwaiya Al Kuwaitiya) telah memesan 32 buah pesawat F/A-18C dan lapan buah F/A-18D Hornet pada tahun 1988. Penghantaran bermula pada bulan Oktober 1991 sehingga Ogos 1993.[37][38] F/A-18C/D akan mengantikan pesawat A-4KU Skyhawk. Pesawat Hornet ini telah diterbangkan di ruang udara Iraq dalam Operasi Pengawasan Selatan pada tahun 1990-an. Ia juga digunakan dalam latihan ketenteraan dengan tentera udara dari negara-negara Teluk lain.[39] Setakat tahun 2008, Kuwait memiliki 39 buah pesawat F/A-18C/D Hornet.[40]

Malaysia Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sebuah pesawat F/A-18D milik TUDM kembali ke pangkalan selepas membuat lintasan semasa Hari Kemerdekaan

Tentera Udara Diraja Malaysia memiliki lapan buah pesawat F/A-18D.[41] Penghantaran pesawat bermula pada bulan Mac 1997 sehingga Ogos 1997.[27] Malaysia membahagikan pesanan pesawat pejuang mereka di antara F/A-18 dan Mikoyan MiG-29N.[42]

Tiga buah Hornet telah digunakan bersama-sama dengan lima buah pesawat BAE Hawk 208 buatan UK dalam serangan udara ke atas tempat persembunyian pasukan pengganas Kesultanan Sulu dan Borneo Utara pada 5 Mac 2013, yang menduduki bahagian Lahad Datu di Sabah, sebelum serangan oleh pasukan bersama Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam Operasi Daulat.[43] Pesawat Hornet telah diatur gerak dalam operasi sokongan udara di Zon Larangan Terbang di timur Sabah.

Sepanyol : Tentera Udara Sepanyol[sunting | sunting sumber]

    • Ala de Caza 15 di Pangkalan Udara Zaragoza - 30 buah F/A-18A+ dan 8 buah F/A-18B+ yang dikongsi antara Skuadron 151, 152 dan 153
    • Ala de Caza 12 di Pangkalan Udara Torrejon - Skuadron 121 dan 122 (dengan 30 buah F/A-18A+ dan 6 buah F/A-18B+.
    • Ala de Caza 46 di Pangkalan Udara Gando, Pulau Canary – dioperasikan oleh Skuadron 462 dengan 21 buah F-18.[perlu rujukan]

Switzerland Switzerland[sunting | sunting sumber]

F/A-18D Hornet di Payerne

Tentera Udara Switzerland membeli 26 buah F/A-18C dan 8 buah F/A-18D.[44] Penghantaran pesawat ini dilakukan pada bulan Januari 1996 sehingga Disember 1999.[45][46] Tiga buah pesawat F/A-18D telah musnah dalam kemalangan setakat tahun 2015.[47] Pada 14 Oktober 2015, sebuah F/A-18D terhempas di Perancis semasa latihan dengan dua buah pesawat F-5 milik Tentera Udara Switzerland di dalam kawasan latihan EURAC25; juruterbang berjaya melenting keluar dengan selamat.[48]

Pada akhir tahun 2007, Switzerland telah memohon agar pesawat F/A-18C/D miliknya dimasukkan ke dalam Program Tingkat Upaya 25, bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat pesawat F/A-18C/D. Skop program ini termasuk tingkat upaya bagi peralatan avionik dan komputer misi, 20 buah pod pengawasan dan sasaran ATFLIR, dan 44 set peralatan ECM AN/ALR-67v3. Pada bulan Oktober 2008, armada pesawat Hornet Switzerland telah mencapai 50,000 jam penerbangan.[49]

Amerika Syarikat Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pengguna yang berpotensi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1980-an, F/A-18C dan F/A-18D telah dipertimbangkan oleh Tentera Laut Perancis (Marine Nationale) untuk digunakan di atas kapal pengangkut pesawat Clemenceau dan Foch[50] dan sekali lagi pada tahun 1990-an untuk kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Charles de Gaulle,[51] sekiranya pesawat Dassault Rafale M gagal untuk dioperasikan mengikut rancangan awal.

Austria,[52] Chile,[53] Republik Czech,[52] Hungary,[52] Filipina,[52] Poland,[52] dan Singapura[53] telah membuat penilaian ke atas pesawat Hornet tetapi tidak jadi membelinya. Thailand telah memesan 4 buah F/A-18C dan 4 buah F/A-18D tetapi krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an menyebabkan pesanan ini dibatalkan. Pesawat F/A-18D yang telah siap kemudian diberi kepada Kor Marin A.S.[53]

Peswat F/A-18A dan F-18L versi yang berpangkalan di darat telah bertarung dalam kontrak pesawat pejuang Greece pada tahun 1980-an.[54] Sebaliknya, kerajaan Greek telah memilih pesawat F-16 dan Mirage 2000.

Spesifikasi (F/A-18C/D)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the F/A-18 Hornet

Data dari fail fakta Tentera Laut A.S,[55] Aerospaceweb[56]

Ciri umum

  • Anak kapal: F/A-18C: 1, F/A-18D: 2 (juruterbang dan pegawai sistem senjata)
  • Panjang: 56 kaki (17.1 m)
  • Rentang sayap: 40 kaki (12.3 m)
  • Tinggi: 15 kaki 4 in (4.7 m)
  • Sayap luas: 400 kaki² (38 m²)
  • Aerofoil: NACA 65A005 mod root, 65A003.5 mod tip
  • Berat kosong: 24,700 lb (11,200 kg)
  • Berat berisi: 37,150 lb (16,850 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 51,550 lb (23,400 kg)
  • Loji kuasa:General Electric F404-GE-402 turbofan
    • Tujahan kering: 11,000 lbf (48.9 kN) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 17,750 lbf (79.2 kN) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jenkins 2000, pp. 186–87.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "F/A-18 Hornet". Federation of American Scientists. Dicapai pada 2007-03-20. 
  3. U.S. Navy. "F/A18-E/F Super Hornet – Mengetuai penerbangan tentera laut ke dalam kurun ke-21". U.S. Navy. 
  4. Kelly, Orr. Hornet: Cerita sebenar pesawat F/A-18. Novato, California: Presido Press, 1990. ISBN 0-89141-344-8.
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 Jenkins 2000, p. 19-21.
  6. 6.0 6.1 6.2 "F/A-18 Hornet dan F/A-18 Super Hornet". U.S. Navy. Dicapai pada 2007-03-17. 
  7. 7.0 7.1 Jenkins 2000, p. 22-26.
  8. 8.0 8.1 Jenkins 2000, p. 26-29.
  9. Termasuk 9 buah yang digunakan untuk pembangunan sistem penerbangan, pengeluaran beralih kepada pesawat F/A-18C pada September 1987.
  10. 10.0 10.1 Crick, Darren. "ADF Aircraft Serial Numbers RAAF A21 McDonnell Douglas F/A-18A/B Hornet." adf-serials.com. Retrieved: 31 December 2006.
  11. 11.0 11.1 Jenkins 2000, p. 86.
  12. Wilson 1993, pp. 80–81.
  13. 13.0 13.1 Tewes, Alex. "Australia's F/A-18 Hornet Aircraft: Implications of Use in Iraq." Parliament of Australia Parliamentary Library, 18 March 2003. Retrieved: 1 November 2009. Diarkibkan 5 Jun 2011 di Wayback Machine
  14. Jenkins 2000, pp. 86, 89.
  15. Holmes 2006, p. 38.
  16. Jenkins 2000, p. 91.
  17. Nelson, Brendan. "Joint Strike Fighter." Defence Ministers & Parliamentary secretary Media Release, 1 February 2007. Retrieved: 4 July 2008. Diarkibkan 2 Jun 2011 di Wayback Machine
  18. Nelson, Brendan. "$6 billion to maintain Australia's regional air superiority." Defence Ministers & Parliamentary secretary Media Release, 3 June 2007. Retrieved: 4 April 2008. Diarkibkan 1 Jun 2011 di Wayback Machine
  19. "Australia upgrades older F/A-18 Hornets." UPI, 2 July 2010.
  20. "Air Task Group Deploys". Air Force. 12 March 2015. p. 8. Dicapai pada 10 March 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  21. "Auditing the Upgrades to the CF-18 Fighter Aircraft (Part 1)." casr.ca, December 2004. Retrieved: 8 June 2010.
  22. Ng, Allan. "The CF18 Incremental Modernization Program – In Detail 'Not Your Father’s Hornet — the CF18 Incremental Modernization Program'." casr.ca, December 2003. Retrieved: 8 June 2010.
  23. "Canadian Air Force Attacks Boat, First Combat". apnewsarchive.com. 
  24. "Auditing the Upgrades to the CF-18 Fighter Aircraft (Part 1)." casr.ca, December 2004. Retrieved: 8 June 2010.
  25. Ng, Allen. "The CF18 Incremental Modernization Program – In Detail 'Not Your Father’s Hornet – the CF18 Incremental Modernization Program'." casr.ca, December 2003. Retrieved: 8 June 2010.
  26. "Government Of Canada Strengthens Sovereignty While Generating Significant Economic Benefits." Canada Department of National Defence, 16 July 2010, Retrieved: 26 July 2010. Diarkibkan 15 Mei 2013 di Wayback Machine
  27. 27.0 27.1 Senior, p. 33.
  28. Jenkins 2000, pp. 100–101.
  29. "Patria unveils twin-seat F-18 built out of single-seat F-18 Hornet."[pautan putus] Patria, 21 September 2009. Retrieved: 24 September 2009.
  30. 30.0 30.1 "PICTURES: Second accident spells end for Finland's 'Frankenhornet'". "Flightglobal", 22 January 2010.
  31. "Fighter jet crashes in forest." yle.fi, 21 January 2010. Retrieved: 5 April 2010.
  32. "Hornet-onnettomuuden taustalla vikaantunut ohjausjärjestelmän servosylinteri (Finnish)." mil.fi, 21 January 2010.
  33. Raivio, Jyri. "Hornetien uudistuksesta jättikulut" (Finnish). hs.fi, 2 October 2008. Retrieved: 5 April 2010.
  34. Vuoristo, Pekka. "Helsingin Sanomat" (Finnish). hs.fi, 2 October 2008. Retrieved: 5 April 2010.
  35. "Finnish Defence Forces to replace aging Hornet fighter fleet". Yle Uutiset. 
  36. Huhtanen, Jarmo (31 May 2015). "Ilmavoimat pudottaa ensimmäiset pomminsa 70 vuoteen – kalleimpia aseita säästetään "pahan päivän varalle"". Helsingin Sanomat. Dicapai pada 31 May 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  37. Jenkins 2000, pp. 93–94.
  38. Senior, p. 31.
  39. Jenkins 2000, p. 96.
  40. "Kuwait Air Force: Order of Battle." milaviapress.com. Retrieved: 5 April 2010.
  41. "Boeing Delivers Malaysian Hornets on Schedule." Boeing, 9 September 1997. Retrieved: 4 July 2008. Diarkibkan 3 Oktober 2011 di Wayback Machine
  42. Vatikiotis, Michael. "Mix and match: Russia and US split order for combat aircraft." faqs.org, 1993. Retrieved: 5 April 2010.
  43. "Malaysia soldiers attack armed Filipino clan in Borneo". BBC News. 5 March 2013. Dicapai pada 5 March 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  44. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Senior tidak disediakan
  45. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Boeing_Milestones tidak disediakan
  46. Senior, p. 37.
  47. "Boeing F/A-18 Hornet" lw.admin.ch, 2015.
  48. "20 Minuten - «Ich hörte einen ohrenbetäubenden Knall» - News". 20min.ch. 2015-10-14. Dicapai pada 2016-01-24. 
  49. "Swiss Hornets reach 50,000 flight hours milestone". milaviapress.com, 2008.
  50. Tillman Barrett. MiG Master: Story of the F-8 Crusader (second edition). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press, 1990. ISBN 978-0-87021-585-8.
  51. Donald 2001, p. 122.
  52. 52.0 52.1 52.2 52.3 52.4 Anderson, Barbara. "Philippine Pilots Complete F/A-18 Hornet Flight Evaluation." McDonnell Douglas, 11 December 1996. Diarkibkan 30 Oktober 2011 di Wayback Machine
  53. 53.0 53.1 53.2 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Jenkins tidak disediakan
  54. "Greek fighter marathon nears end." Flight International, 31 July 1982.
  55. Fail fakta F/A-18 Tentera Laut A.S
  56. F/A-18 Hornet di laman web Aerospaceweb.org
  57. Pengenalan Senjata Nuklear A.S
Bibliografi
  • Baugher, Joseph. "Boeing F/A-18C Hornet". Air to Air Combat.com, April 11, 2000.
  • Drendel, Lou. F/A-18 Hornet in action (Aircraft Number 136). Carrollton, Texas: Squadron/Signal Publications, 1993. ISBN 0-89747-300-0.
  • Elward, Brad. Boeing F/A-18 Hornet (WarbirdTech, Vol. 31). Specialty Press, 2001. ISBN 1-58007-041-8.
  • Gunston, Bill. F/A-18 Hornet (Modern Combat Aircraft 22). St. Paul, Minnesota: Motorbooks International, 1985. ISBN 0-710-1485-X.
  • Jenkins, Dennis R. F/A-18 Hornet: A Navy Success Story. New York: McGraw-Hill, 2000. ISBN 0-07-134696-1.
  • Miller, Jay. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet (Aerofax Minigraph 25). Arlington, Texas: Aerofax Inc., 1988. ISBN 0-942548-39-6.
  • Peacock, Lindsay. F/A-18 Hornet (Osprey Combat Aircraft Series). London: Osprey Publishing, 1986. ISBN 0-85045-707-6.
  • Spick, Mike. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet (Classic Warplanes). London, Salamander Books, 1991. ISBN 0-8317-1412-3.
  • Vann, Frank. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet (How They Work: Jet Fighter). New York: Exeter Books, 1988. ISBN 0-7917-0226-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]