Tera air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sehelai wang kertas 20 Euro yang dibelakangkan sumber cahaya bagi menunjukkan tera air serta jenis matawangnya.

Tera air ialah imej atau corak khas yang kelihatan atas kertas yang terbentuk daripada lorekan dan kecerahan yang pelbagai apabila dihamparkan di hadapan sinaran cahaya (juga pada cahaya yang terpantul berlatar belakang gelap). Kesan ini dihasilkan oleh ketebalan dan ketumpatan yang berbeza dalam kertas tersebut.[1] Tera-tera ini telah digunakan pada setem, matawang dan pelbagai dokumen dalam kegunaan milik pemerintah untuk menghindari pemalsuan atau peniruan barang-barang sebegini.

Adakalanya tera air ini jelas terlihat melalui pemerhatian ringkas, tetapi ada juga jenis tera yang memerlukan penelitian terperinci untuk mengenalpastinya. Pelbagai alat bantuan, misalnya cecair yang membasahkan kertas sampel tanpa merosakkan helaian tersebut, telah dibangunkan untuk tujuan ini. Tanda-tanda ini begitu berguna dalam memeriksa kertas kerana kebolehannya mengenalpasti saiz kertas yang dihasilkan, menandakan tanda dan lokasi kilang serta mentarikhkan pengeluaran kertas, dan juga menentukan kualiti helaian kertas produk akhir.

Kaedah ini pertama kalinya digunakan di Fabriano, Itali, pada tahun 1282;[2] di mana tanda yang dikehendaki dihasilkan dengan mengolah ketebalan pada kertas yang masih dalam keadaan basah, seterusnya menghasilkan bayangan yang kelihatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biermann, Christopher J. (1996). "7". Handbook of Pulping and Papermaking (edisi ke-2). San Diego, California, USA: Academic Press. m/s. 171. ISBN 0-12-097362-6. 
  2. ^ Meggs, Philip B. (1998). A History of Graphic Design (edisi ke-3). John Wiley & Sons, Inc. m/s. 58. ISBN 978-0-471-29198-5. 

Pautan lanjut[sunting | sunting sumber]