Teriakan Balintawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Teriakan Balintawak
Teriakan Pugad Lawin
Sebahagian daripada Revolusi Filipina
Pambansang Bantayog ni Andres Bonifacio (Bonifacio National Monument).jpg
Bonifacio Monument
TarikhAugust 1896 (exact date disputed)
Lokasi
Disputed, officially recognized in Pugad Lawin or Balintawak, Caloocan, Province of Manila (now Quezon City)
Keputusan Start of Revolusi Filipina
* Tertubuhnya pemerintahan pemberontak
Pihak yang terlibat
Katipunan Spanish Empire
Komandan dan pemimpin
Andrés Bonifacio
Emilio Jacinto
Teodoro Plata
Ramón Blanco
Camilo de Polavieja
Bernardino Nozaleda

Teriakan Balintawak (Bahasa Filipino:Sigaw ng Balintawak, Bahasa Sepanyol: Grito de Balíntawak), merupakan kejadian yang membawa kepada tercetusnya suatu revolusi dilangsungkan para revolusioner Filipina menentang Empayar Sepanyol.

Kejadian ini secara khususnya berlaku pada akhir bulan Ogos 1896 di mana sekumpulan ahli rahsia Katipunan diketuai oleh Andrés Bonifacio berhimpun di suatu daerah bernama Caloocan[1] (merangkumi kawasan-kawasan Kota Caloocan dan Kota Quezon kini[2]) mengoyak-ngoyak sijil pengenalan (cédulas personales) yang menandakan kesetiaan mereka ke atas pihak Sepanyol serta meneriak mengisytiharkan perang.[3]

Peristiwa ini diabadikan serta diperingati sebagai suatu cuti umum di Filipina bernama Hari Pahlawan Kebangsaan (National Heroes' Day).

Catatan para saksi[sunting | sunting sumber]

Maklumat yang diberikan para saksi revolusioner ada sedikit perbezaan di antara mereka meskipun kesemuanya bertujuan sama:

Butiran diberikan para saksi revolusioner [4] [5]
Orang Tempat Tarikh
LT Olegario Diaz Balintawak 25 Ogos 1896
Teodoro Kalaw Kangkong, Balintawak Minggu lepas bulan Ogos
Santiago Alvarez Rumah Toro, Quezon City 24 Ogos 1896
Pio Valenzuela Pugad Lawin 23 Ogos 1896
Gregorio Zaide Balintawak 26 Ogos 1896
Teodoro Agoncillo (menurut kenyataan Valenzuela) Pugad Lawin 23 Ogos 1896
Penyelidikan (Milagros Guerrero, Emmanuel Encarnacion, Ramon Villegas) Tandang Sora di Gulod, Barangay Banlat, Quezon City 24 Ogos 1896

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ocampo, Ambeth R. (1995). Bonifacio's bolo. Anvil Pub. m/s. 8. ISBN 978-971-27-0418-5.
  2. ^ Guerrero, Milagros; Encarnacion, Emmanuel; Villegas, Ramon (1996), "Balintawak: the Cry for a Nationwide Revolution", Sulyap Kultura, National Commission for Culture and the Arts, 1 (2): 13–22.
  3. ^ Borromeo-Buehler, Soledad M. (1998), The cry of Balintawak: a contrived controversy : a textual analysis with appended documents, Ateneo de Manila University Press, ISBN 978-971-550-278-8.
  4. ^ John lee Candelaria, Veronica Alporha. Readings in Philippine history.
  5. ^ Tamayao, Antonio. Readings in Philippine history.