Termostat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Termostat merupakan komponen yang melaraskan suhu sesebuah sistem agar ia sentiasa kekal pada takat suhu yang ditetapkan sistem tersebut. Komponen ini sering didapati dalam alat yang berfungsi melalui pengawalan suhu sama ada untuk tujuan pemanasan atau penyejukkan, seperti sistem pemanasan bangunan, pemanas air, peti ais, pendingin hawa, dan ketuhar.

Komponen ini terbahagi kepada jenis mekanikal dan elektronik. Termostat mekanikal bergantung kepada pengembangan dan pengecutan bahan penghubung litar yang mengawal kemasukan arus yang dirintang menghasilkan haba (misalnya jalur dwilogam). Termostat elektronik pula menggunakan termistor atau penderia semikonduktor lain yang dikuatkan atau diproseskan arusnya bagi mengawal perubahan suhu dalam alat.