Terusan Ismailiyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terusan Ismailiyah
Spesifikasi
StatusBuka
Sejarah
Tarikh pembinaan1861
Tarikh siap dibina1863
Geografi
Titik permulaanTasik Timsah
Titik pengakhiranBursaid

Terusan Ismailiyah, juga dikenali sebagai Terusan Air Manis atau Terusan Air Tawar, ialah sebuah terusan yang digali oleh beribu orang marhaen Mesir untuk memudahkan pembinaan Terusan Suez. Terusan ini merentas timur ke barat di Kegabenoran Ismailiyah.[1]

Ia digali untuk membekalkan air tawar ke kawasan tandus Ismailiyah, dari Tasik Timsah ke Suez dan Bursaid.[2][3](m/s 267)[4] Terusan tersebut memudahkan perkembangan penempatan pertanian di Terusan Suez, dan memainkan peranan penting dalam membekalkan bandar Bursaid dengan air. Seperti Terusan Suez, ia direka oleh pereka-reka bina Perancis; pembinaan berlangsung dari 1861 hingga 1863. Ia melalui cabang sungai mati di Lembah Tumilat,[5] menggabungkan bahagian Terusan Suez purba yang wujud antara Kaherah Lama dan Laut Merah.[3](m/s 251–257)

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 1862, setelah beribu pekerja galikan 1.1 juta meter padu tanah, terusan tersebut capai Tasik Timsah. Setelah air masuk kawasan tersebut, lebih ramai buruh dapat digaji untuk projek pembinaan Terusan Suez. Terusan ini juga membenarkan pengangkutan barang binaan dan makanan seperti feri untuk masuk dengan mudah.[2][6]

Perang Qasasin[sunting | sunting sumber]

Perang Qasasin berlaku berdekatan Terusan Ismailiyah pada 28 Ogos 1882.[7]

Perang Inggeris-Mesir[sunting | sunting sumber]

Tidak sampai 100 tahun berikutnya, terusan[8] tersebut tidak lagi membekalkan air tawar dan menjadi tercemar. Pada 1950-an semasa tentera British ditempatkan dikawasan tersebut, ada yang menggelar terusan ini sebagai loji kumbahan. Tentera Udara Diraja British disarankan jangan sentuhi air terusan dan diberi amaran bahawa di situlah tempat pembolos akan dicampak.[9] Apabila perang ini bertumpahkan darah antara gerakan penentangan Mesir dan tentera British, dari Oktober 1951 ke Januari 1952, beberapa mayat tentera British yang diseksa dan dibunuh akhirnya dilempar ke dalam terusan.[4][10][11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Tell El Kabir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Al-Ismailiyyah". Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2016. Dicapai pada 20 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ a b Karabell, Zachary (2003). Parting the Desert: The Creation of the Suez Canal [Membelah Gurun: Pewujudan Terusan Suez]. A.A. Knopf. m/s. 172. ISBN 9780375408830. Dicapai pada 19 November 2016.
  3. ^ a b Rappoport S. "Chapter V: "The Waterways of Egypt" [Bab V: "Jalan-jalan Air di Mesir"". History of Egypt [Sejarah Mesir]. Volume 12, Part B. London: The Grolier Society. Diarkibkan daripada yang asal (Project Gutenberg) pada 2017-08-01. Dicapai pada 11 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); |volume= has extra text (bantuan)
  4. ^ a b Smith, Simon C. (2016). Reassessing Suez 1956: New Perspectives on the Crisis and Its Aftermath [Mengkaji semula Terusan Suez 1956: Pandangan Baharu tentang Kemelut dan Akibat yang Terjadi]. Routledge. m/s. 16. ISBN 9781317070696. Dicapai pada 19 November 2016.
  5. ^ Encyclopædia Britannica, edisi ke-11, s.v. "Suez Canal". Dicapai 19 November 2016.
  6. ^ "Gambar feri di terusan". Suez Canal Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2016. Dicapai pada 20 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ Arthur, Sir George (1909). The story of the Household Cavalry [Kisah Pasukan Askar Berkuda Rumah Tangga]. London,: A. Constable. m/s. 676–679. Dicapai pada 21 November 2016.
  8. ^ Woolley, Richard (Dick). "Suez Canal Zone Map [Peta Zon Terusan Suez]". Suez Canal Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2016. Dicapai pada 20 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ Richards, Colin (November 3, 2012). New Skeletons [Rangka Baharu] (ed. ke-2). Colin Archer-Richards. ISBN 9781291925623. Dicapai pada 19 November 2016.
  10. ^ Delta, Charlie. "Gambar-gambar Terusan Ismailiyah pada 1950-an". Suez Canal Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-29. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ Tait, James H. One Day At A Time: My Life And Times (Ch. 41 Service in Suez) [Sehari Selangkah: Hidup dan Zamanku (Bab 41 Berkhidmat di Suez)]. AuthorHouse. ISBN 9781456793029. Dicapai pada 20 November 2016.