Geseran gigi tak bersuara
Jump to navigation
Jump to search
Nombor AFA | 130 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | T | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran gigi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam kebanyakan/sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara θ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan T dalam X-SAMPA.
Sesetengah penutur bahasa Melayu menyebut geseran gigi tak bersuara untuk huruf s sebagai padanan kepada huruf ث (sa) dalam kata pinjaman bahasa Arab, contohnya: salji, hadis.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Ciri-ciri geseran gigi tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah gigi, iaitu disebut dengan lidah menyentuh gigi atas atau bawah, atau kedua-duanya sekali.
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.