Tetawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tetawak anak

Tetawak (Jawi: تتاوق) merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama.

Ia biasanya digunakan sebagai mengiringi permainan teater tradisional seperti Mak Yong, Wayang kulit Kelantan, Menora dan Main Puteri.