Tetragramaton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tetragramaton merujuk kepada יהוה, salah satu nama Tuhan Agama Yahudi yang ditulis dengan empat huruf. Kata Tetragrammaton diambil daripada perkataan bahasa Fenisia (1100 SM hingga 300 M), bahasa Aram (abad ke-10 SM sampai 1 SM) dan tulisan Ibrani Moden. Tetragrammaton (bahasa Yunani: τετραγράμματον kata dengan empat huruf) dieja (dalam aksara Ibrani); י (yod) ה (heh) ו (vav) ה (heh) or יהוה (YHWH), ialah nama peribadi bagi Tuhan orang Israel.

Dari semua nama Tuhan di Perjanjian Lama, Tetragrammaton muncul paling kerap, sebanyak 6,823 kali menurut Jewish Encyclopedia, namun menurut Biblica Hebraica dan Biblica Hebraica Stuttgartensia, teks asli dari Tulisan Ibrani yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aram, berisi tulisan Tetragrammaton sebanyak 6,828 kali. Banyaknya penulisan Tetragramaton di dalam tulisan-tulisan tersebut mengindikasikan rujukan yang lebih pribadi terhadap jati diri Sang Penguasa. (Berlawanan dengan gelaran yang tidak peribadi seperti "Tuhan" atau "Bapa"). Banyak pengkaji Alkitab melihat ini sebagai bukti bahawa penulis Alkitab (dan orang orang Ibrani dan Israel kuno) melihat nama yang direpresentasikan dengan Tetragrammaton sangat penting dan sering digunakan dalam perkataan dan doa-doa sehari-hari. Dan untuk yang percaya bahawa Alkitab diinspirasikan oleh Tuhan, hal ini menunjukkan bagaimana perasaan-Nya terhadap nama pribadi-Nya

Dalam agama Yahudi, Tetragrammaton adalah nama Tuhan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, dan tidak boleh disebut atau diucapkan pada pembacaan tulisan suci dan doa, sehingga di ganti dengan Adonai atau Elohim (dalam bahasa Ibrani) ("Tuhanku")("Oh,my Lord"). Bentuk tertulis lain seperti ד׳ atau ה׳ dibaca Hashem (Sang Nama),dan digunakan kerana alasan yang sama.

Yehova[sunting | sunting sumber]

Tetragrammaton juga disebut pula dengan nama Yehova, Yehovah, Jehova, atau Jehovah, diambil dari bahasa Ibrani: (יהוה). Istilah-istilah tersebut adalah 'ejaan alternatif' untuk Yahweh, bentuk tetragrammaton YHWH yang dipakai dalam terjemahan Alkitab versi Alkitab LAI Terjemahan Baru yang umum dipakai oleh kalangan penganut Kristian di Indonesia.

Berhubung bahasa Ibrani ditulis dengan huruf 'gundul', maka "Yehova" adalah sebuah vokalisasi tentatif saja.

Yehova jika dialihaksarakan dalam abjad Latin menjadi YHWH sehingga tidak ada yang tahu secara pasti bagaimana pengucapan yang sebenarnya.

Kata Yehova diserap ke dalam bahasa Jawa menjadi "Yehuwah" yang tertulis pada Alkitab terjemahan bahasa Jawa. Sedangkan pada Alkitab terjemahan bahasa Indonesia tertulis "ALLAH" (dalam huruf kapital semua) atau "TUHAN".Penganut Kristian Arab dan Timur Tengah juga memanggil Tuhan Bapa mereka sebagai "Allah".

Pandangan Islam mengenai pengggunaan Tetragramaton ataupun Yahweh[sunting | sunting sumber]

Dalam Islam,penggunaan nama utama Tuhan yang layak untuk disembah adalah Allah (sila rujuk untuk maklumat terperinci). Penggunaan perkataan Tetragrammaton adalah dianggap salah dan berlawanan kerana aksara berikut secara azalinya dilihat tidak wujud dalam bahasa Arab,bahasa Arami mahupun bahasa Ibrani tulen.

Yehowah(dalam bahasa Ibrani) sebenarnya adalah dianggap hampir sama dengan perkataan Yahuwa(dalam bahasa Arab)yang membawa maksud yang serupa iaitu 'Wahai Dia/Engkau(Tuhan)'(Oh He).Perkataan lain yang dianggap sama maksudnya dengan perkataan Yehowah/Yahuwa juga adalah Yehowah Elohim yang tercatat dalam Injil Ibrani.Al-Quran pula menegaskan dalam Surah 112 perkataan yang berbunyi:'Kul Huwallah hu Ahad' adalah bermaksud 'Katakanlah, Dia Tuhan(Allah) itu Esa'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Diambil rumusan kecil dari bacaan bab 4(God), El, Yahweh or Jehovah, m/s 147, buku History of Truth karya Dr Adel M. Elsaie terbitan A.S Noordeen, Kuala Lumpur.