Thatcherisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Thatcherisme menyatakan mengenai gaya politik keyakinan, ekonomi, dasar sosial, dan politik dari ahli politik parti Konservatif United Kingdom, Margaret Thatcher, yang berkhidmat sebagai ketua partinya sejak tahun 1975 sehingga 1990. Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kepada kepercayaan kerajaan United Kingdom semasa Thatcher berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari Mei 1979 sehingga November 1990 dan semasa pemerintahan John Major dan Tony Blair. Penyokong Thatcherisme pulak disebut sebagai Thatcherit.

Dua istilah Thatcherisme dan pengaruhnya bagi sejarah United Kingdom selama beberapa dekad terakhir masih kontroversi. Dalam hal ideologi, Thatcherisme disebut-sebut Nigel Lawson, Chancellor of the Exchequer dari tahun 1983 hingga 1989, sebagai platform politik yang mengutamakan pasaran bebas dengan pengetatan perbelanjaan kerajaan dan pemotongan cukai ditambah nasionalisme United Kingdom sama ada di dalam mahupun diluar negeri.[1] The Daily Telegraph pada April 2008 menyatakan bahawa program kerajaan British dari parti bukan konservatif , kabinet Tony Blair yang mengutamakan 'New Labour', pada dasarnya menerima tindakan reformasi pusat khas Thatcherisme seperti kawal selia, penswastaan industri-industri kebangsaan yang penting, mengekalkan pasaran tenaga kerja yang fleksibel, mengetepikan syarikat buruh dan melakukan devolusi pembuatan keputusan kepada kerajaan daerah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lawson, Nigel (1992). The View From No. 11: Memoirs of a Tory Radical. London: Bantam. m/s. 64. ISBN 978-0-593-02218-4. 
  2. ^ "Margaret Thatcher, inspiration to New Labour". The Daily Telegraph. 17 April 2008. Dicapai 30 June 2011. 

Senarai pustaka[sunting | sunting sumber]

  • Giddens, Anthony (2006). Giddens, Anthony (2006). Sociology (edisi 5th). Cambridge: Polity Press. ISBN 978-0-7456-3379-4.  (edisi ke-5th). Cambridge: Polity Press. Giddens, Anthony (2006). Sociology (edisi 5th). Cambridge: Polity Press. ISBN 978-0-7456-3379-4.  Giddens, Anthony (2006). Sociology (edisi 5th). Cambridge: Polity Press. ISBN 978-0-7456-3379-4.  
  • Gilmour, Sir Ian (1992). Dancing with Dogma: Thatcherite Britain in the Eighties. Simon & Schuster. 
  • Hall, Stuart; Jacques, Martin (1983). Hall, Stuart; Jacques, Martin (1983). The Politics of Thatcherism. Lawrence & Wishart.  Lawrence & Wishart. 
  • Jessop, Bob; Bonnett, Kevin; Bromley, Simon; Ling, Tom (1988). Thatcherism: A Tale of Two Nations. Cambridge: Polity Press. 
  • Kavanagh, Dennis (1990). Thatcherism and British Politics: The End of Consensus?. Oxford University Press. 
  • Letwin, Shirley Robin (1992). Letwin, Shirley Robin (1992). The Anatomy of Thatcherism. Flamingo.  Flamingo. 
  • Roots of Neoliberalism: Factors Behind the "Thatcherite" Revolution', an essay by Daniel Jakopovich in Ekonomija/Economics, Vol.17, No. 2, 2011, pp. 429–444
  • Skidelsky, Robert, ed. (1989). Skidelsky, Robert, penyunting (1989). Thatcherism. Blackwell.  Blackwell. 
  • Vinen, Richard (2009). Thatcher's Britain: The Politics and Social Upheaval of the 1980s. London: Simon & Schuster. Vinen, Richard (2009). Thatcher's Britain: The Politics and Social Upheaval of the 1980s. London: Simon & Schuster. ISBN 978-1-84737-175-1.  Vinen, Richard (2009). Thatcher's Britain: The Politics and Social Upheaval of the 1980s. London: Simon & Schuster. ISBN 978-1-84737-175-1.  
  • Image of Margaret Thatcher provided by the Margaret Thatcher Foundation