Pergi ke kandungan

The Angry Birds Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Angry Birds Movie
Fail:The Angry Birds Movie poster.png
Poster
Pengarah
  • Fergal Reilly
  • Clay Kaytis
PenulisJon Vitti
BerdasarkanAngry Birds oleh
Rovio Entertainment
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehKent Beyda
Muzik olehHeitor Pereira[1]
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 Mei 2016 (2016-05-13) (Finland)
  • 20 Mei 2016 (2016-05-20) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
97 minit[2]
Negara
  • Amerika Syarikat
  • Finland
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$80 juta[perlu rujukan]
Pecah panggung$347.1 juta[perlu rujukan]

The Angry Birds Movie adalah sebuah filem animasi komedi 2016 yang berdasarkan siri permainan video Angry Birds. Filem ini diarahkan oleh Clay Kaytis dan Fergal Reilly, serta ditulis oleh Jon Vitti. Ia menampilkan suara Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Maya Rudolph, Kate McKinnon, Sean Penn, Tony Hale, Keegan-Michael Key, Bill Hader, dan Peter Dinklage. Filem ini mengikuti Red, seorang pengasing di sebuah pulau yang didiami oleh burung tidak mampu terbang yang berperilaku seperti manusia, ketika dia mengesyaki sekumpulan babi yang baru tiba yang diketuai oleh Leonard merancang satu rancangan jahat, dan berusaha menghentikan mereka dengan bantuan rakan barunya, Chuck dan Bomb.

Selepas kejayaan siri animasi Angry Birds Toons, Rovio Entertainment, yang mencipta permainan video asal, mula membangunkan adaptasi filem penuh. Projek ini diumumkan pada Disember 2012. Imej pertama dari filem ini didedahkan pada Oktober 2014, dengan Sudeikis, Gad, McBride, Hader, Rudolph, dan Dinklage diumumkan sebagai sebahagian daripada para pelakon pada masa yang sama. Rovio dan Sony Pictures mengumumkan bahawa mereka akan membelanjakan kira-kira €100 juta untuk pemasaran dan pengedaran The Angry Birds Movie, menjadi filem yang dihasilkan di Finland paling mahal sehingga ketika itu. Sony Pictures ImageWorks bertanggungjawab untuk mengendalikan perkhidmatan animasi bagi filem tersebut.

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Di Pulau Burung (Bird Island), sebuah pulau yang dihuni burung (tidak boleh terbang), Red yang kera sumbang telah dijatuhkan hukuman menghadiri kelas pengurusan kemarahan setelah sikap panas barannya menyebabkan telur pelanggannya menetas secara pra-matang. Dia cuba mengelak diri daripada mengenali rakan sekelasnya Chuck, Bomb, Terence atau pengajarnya Matilda. Suatu hari, sebuah kapal berlabuh di tebing pulau. Ia membawakan beberapa khinzir hijau yang mendakwa diri mereka sebagai penjelajah yang menawarkan persahabatan dan telah diterima di atas pulau. Mereka memperkenalkan burung-burung kepada teknologi berinovasi seperti lastik dan belon helium.

Banyak khinzir tiba dan nampaknya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, tetapi Red menjadi berasa curiga terhadap motif mereka, sedangkan mereka menyelubungi pulau tersebut. Oleh itu, dia merekrutkan Chuck dan Bomb untuk membantunya mencari Mighty Eagle, seekor helang botak gergasi yang dikatakan merupakan pelindung pulau, dan satu-satunya burung yang boleh terbang, tetapi sudah tidak kelihatan untuk beberapa tahun. Mereka menemuinya di puncak Gunung Burung (Bird Mountain) , tetapi Mighty Eagle sekarang perut buncit, syok sendiri dan sebahagian besarnya sedang bersara. Tengok melalui teropong Mighty Eagle, Red dan rakan-rakannya ternampak khinzir-khinzir sedang memasang bahan letupan (TNT) di sekitar pulau sedangkan burung-burung berada di sebuah parti. Mereka sedar parti tersebut merupakan muslihat untuk mencuri telur-telur burung. Red, Bomb dan Chuck mencuba untuk memberi amaran kepada yang lain dan menahan semua khinzir tersebut, tetapi semua khinzir melarikan diri dan bahan-bahan letupan mereka telah memusnahkan kampung itu. Apabila burung-burung menyedari hal yang terjadi, Red menghimpunkan mereka untuk melepaskan kemarahan mereka dan mengambil balik telur-telur mereka.

Burung-burung membina sebuah perahu dan berlayar ke Pulau Khinzir (Pig Island), tempat mereka mendapati khinzir-khinzir tinggal dalam kota bertembok. Menyimpulkan bahawa kebanyakan telur-telur berada dalam istana di tengah kota, burung-burung tersebut menyerang dan menewaskan khinzir-khinzir tersebut dengan menembakkan mereka sendiri ke dalam kampung khinzir dengan menggunakan lastik yang dihadiahi. Red, Chuck, dan Bomb sampai ke istana tersebut dan mendapati telur-telur berada dalam bilik dandang, tempat semua khinzir bercadang untuk memasak dan memakan mereka.

  1. ^ Burlingame, Jon (August 26, 2015). "Heitor Pereira Coaxes Emotion Out of Music". Variety. Dicapai pada August 28, 2015.
  2. ^ "The Angry Birds Movie". Fandango. Dicapai pada March 26, 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.