The Apprentice (siri TV Amerika Syarikat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Apprentice
GenreRealiti pertandingan
PenciptaMark Burnett
PengacaraDonald Trump
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
  • Kenneth Gamble
  • Leon Huff
  • Anthony Jackson
Lagu pembukaan"For the Love of Money" oleh The O'Jays
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim15
Bilangan episod192
Penerbitan
PenerbitMark Burnett
Donald Trump
Arnold Schwarzenegger (2017)
LokasiTrump Tower, Bandar Raya New York (2004–2015)
Tempoh siaran60 minit (musim 1–7, 10)
120 minit (musim 8–9, 11–15)
Syarikat penerbitan
  • Trump Productions
    (2004-2015)
    (musim 1–14)
    Mark Burnett Productions
    (2004-2011)
    (musim 1–11)
    One Three Media
    (2012-2013)
    (musim 12-13)
    United Artists Media Group
    (2015)
    (musim 14)
    MGM Television
    (2017)
    (musim 15)
Syarikat pengedaran
FremantleMedia Enterprises
MGM Worldwide Television
Penyiaran
Saluran asalNBC
Format gambar480i (SDTV)
(2004-2009)
1080i (HDTV)
(2010-2017)
Siaran asal8 Januari 2004 – 13 Februari 2017
Kronologi
Rancangan berkaitan
  • The Celebrity Apprentice
  • The Apprentice: Martha Stewart
  • The Ultimate Merger
  • The Apprentice (UK)
Pautan luar
The Celebrity Apprentice Laman sesawang

The Apprentice adalah program dokumentari realiti televisyen Amerika yang menilai kemahiran perniagaan sekumpulan peserta. Rancangan ini telah disiarkan dalam pelbagai format sepanjang lima belas musim sejak Januari 2004 di NBC.

The Apprentice telah dicipta oleh rakyat kelahiran British yang menerbitkan rancangan televisyen Amerika iaitu Mark Burnett.[1] Dibilkan sebagai "The Ultimate Job Interview," rancangan ini menampilkan empat belas hingga lapan belas ahli perniagaan yang bersaing sepanjang musim, dengan biasanya satu peserta disingkirkan setiap episod. Peserta akan diagihkan kepada dua "syarikat" (kumpulan), dengan seorang ahli yang sukarela menjadi pengurus projek untuk setiap tugasan. "Syarikat" menyiapkan tugasan berkaitan perniagaan seperti menjual produk, mengutip dana untuk amal, atau mencipta iklan kempen, dengan satu "syarikat" dipilah sebagai pemenang berdasarkan penilaian objektid dan pendapat subjektif pengacara dan penasihatnya yang memerhatikan kerjasama setiap kumpulan menyiapkan tugasan. subjective opinions of the host and his advisors who monitor the teams' performance on tasks. "Syarikat" yang kalah akan menghadiri mesyuarat dengan pengacara rancangan dan penasihat mereka untuk mendengar sebab mereka kalah dan menentukan ahli yang kurang menyumbang dalam kumpulan. Episod berakhir dengan pengacara menyingkirkan satu peserta dari pertandingan, dengan ayat "You're fired!" ataupun "Anda dipecat!".

Tujuh musim rancangan menampilkan cita-cita tinggi, tetapi tidak diketahui, ahli perniagaan yang mahu bersaing untuk hadiah, kontrak dengan $250,000 digunakan untuk mempromosi barangan Donald Trump. Juga terdapat lapan musim The Celebrity Apprentice sejak 2008. Dalam format ini, beberapa selebriti akan menyertai untuk memenangi wang untuk kerja amal mereka yang terpilih, dengan hadiah terakhir menjadi dermaan besar kepada kerja amal dan gelaran "Apprentice". Rancangan ini "dihidupkan semula" dengan format ini, The New Celebrity Apprentice, disiarkan pada Januari 2017. Siri A.S. berasal dari francais antarabangsa rancangan televisyen dikenali The Apprentice, yang mempunyai 20 versi tempatan.

Donald Trump ialah pengacara rancangan untuk musim empat belas pertama, dengan persembahan itu memberi populariti kepadanya yang menyumbang kepada kepimpinannya di Amerika Syarikat. Selepas Trump mengisytiharkan pencalonan untuk presiden, NBC mengumumkan bahawa pelakon dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger akan menjadi pengacara baru The Apprentice Celebrity,[2][3] bermula Januari 2017. starting January 2017. Gaya hidup mogul, Martha Stewart mengacarakan satu musim panjang The Apprentice: Martha Stewart pada 2005.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keefe, Patrick. "How Mark Burnett Resurrected Donald Trump as an Icon of American Success". The New Yorker. Dicapai pada 30 December 2018.
  2. ^ Hibberd, James (September 14, 2015). "Arnold Schwarzenegger to replace Donald Trump as Celebrity Apprentice host". Entertainment Weekly. Diarkib daripada yang asal pada January 8, 2017.
  3. ^ Lawrence, Derek. "Arnold Schwarzenegger's Celebrity Apprentice gets premiere date". Entertainment Weekly. Diarkib daripada yang asal pada June 9, 2016. Dicapai pada June 8, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]