The Classic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
The Classic
Hangul
Revised RomanizationKeullaeshik
McCune–ReischauerK'ŭllaesik
PengarahKwak Jae-yong
PenulisKwak Jae-yong
Dihasilkan olehJi Yeong-jun
DibintangiSon Ye-jin
Cho Seung-woo
Jo In-sung
SinematografiLee Jun-gyu
Disunting olehKim Sang-bum
Kim Jae-bum
Muzik olehJo Yeong-wook
Choi Seung-hyun
Syarikat
penerbitan
Egg Films
Diedarkan olehCinema Service
Tarikh tayangan
  • 30 Januari 2003 (2003-01-30)
Durasi tayangan
127 minit
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$6.9 million[1]

The Classic (Hangul클래식; RRKeullaeshik) merupakan sebuah filem pada tahun 2003 dari negara Korea Selatan. Bergenre romantik melodrama serta di arahkan oleh Kwak Jae-yong.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan dua peristiwa melodrama percintaan sejati di antara seorang ibu dan anakya. Kisah si ibu, berlatarabelakangkan kisah imbas balik sekitar tahun 1968. Manakala kisah si anak, berlaku pada zaman sekarang.

Kisah bermula pada zaman sekarang, anak perempuan Joo-hee, Ji-hye sedang mengemas beberapa barang milik ibunya. Dia terjumpa akan sebuah kotak usang yang berisi diari dan beberapa pucuk surat yang mengisahkan tentang kehidupan ibunya di masa silam. (watak Joo-hee dan Ji-hye dilakonkan oleh Son Ye-jin). Ji-hye mula membaca sepucuk surat yang mengisahkan perkenalan antara ibunya dengan Yoon Tae Soo dan di dalam diari pula mengisahkan perkenalannya dengan Oh Joon-ha. Kisah mereka juga sama, antara perkenalan Ji-hye dengan seorang felo lelaki yang diminatinya, Oh Sang-min.

Kisah imbas balik, Joo-hee berasal dari keluarga yang berpengaruh di dalam bidang politik. Datuknya seorang anggota Kongres Korea Selatan. Dia ketika itu masih remaja mengikuti keluarganya pulang ke sebuah desa dalam daerah Suwon, Korea Selatan. Di situ, dia mula berkenalan dengan Joon-ha, seorang jejaka desa dari kasta orang kebanyakan. Mereka membuat janji temu pertama dengan meneroka kawasan persekitaran bersama sehingga Joo-hee mengalami kecederaan buku lali, demam teruk serta selesema selepas pertemuan itu. Ibu bapanya menentang perhubungan tersebut dan terus berpindah keluar dari desa tersebut. Sebelum berpisah, Joo-hee sempat menghadiahkan seutas rantai leher miliknya kepada Joon-ha sebagai tanda ingatan perkenalan dan berharap suatu hari mereka akan bertemu lagi.

Beberapa bulan kemudian, Joon-ha menyambung pelajaran di peringkat menengah di sebuah sekolah di dalam bandar Suwon. Dia berkenalan dengan Tae-soo, Tae-soo diarahkan oleh ayahnya untuk memikat seorang gadis anak kepada anggota Kongres. Dia seorang yang naif tentang cinta lalu meminta bantuan Joo-ha agar menulis sepucuk surat untuk dihantar ke gadis tersebut. Dengan melihat gambar tersebut, Joon-ha tidak menyangka bahawa gadis tersebut adalah Joo-hee. yang dikenalinya beberapa bulan dahulu. Pada musim luruh, mereka dipertemukan sekali lagi di dalam sebuah persembahan muzikal dengan menyaksikan Joo-hee membuat persembahan dengan bermain piano mendendangkan lagu Beethoven-Sonata No. 8'. Namun, perhubungan mereka terbatas dek kerana darjat, yang menyebabkan Joon-ha berjanji kepada keluarga Joo-hee agar Joo-hye segera dikahwinkan dengan Tae-soo. Dalam masa yang sama, Tae-soo mula menyedari tentang perhubungan antara Joo-hee dan Joon-ha, dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Tindakannya mengundang padah, apabila dia dibelasah dengan teruk oleh bapanya kerana enggan menuruti arahannya. Tae-soo mengalami tekanan perasaan lalu mengambil keputusan untuk membunuh diri tetapi usaha tersebut digagalkan oleh Joon-ha.

Pada zaman sekarang pula, Ji-hye pula menaruh perasaan terhadap felonya, Sang-min tetapi terhalang dengan seorang rakan perempuannya, Soo-kyeong yang mengganggu perhubungannya. Asalnya, Soo-kyeong menaruh perasaan dahulu terhadap Sang-min, dan menyuruh Ji-hye sentiasa mengutus nota / kata-kata cinta kepada Sang-min dengan menggunakan nama Soo-kyeong sendiri. Pada hakikatnya, Sang-min sedar yang naluri hatinya mulai terpaut terhadap Ji-hye tetapi mereka berdua tidak dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Di masa lampau pula, Joon-ha yang kecewa akibat tidak dapat meneruskan lagi percintaanya lalu mengambil keputusan menjadi anggota tentera sebelum dikerahkan ke Vietnam. Semasa di sana, dia terkena bedilan dari letupan bom sehingga menyebabkan kedua-dua matanya menjadi buta. Selepas pulang ke Korea semula, dia bertemu dengan Joo-hee untuk memberitahu untuk tidak lagi meneruskan perhubungan tersebut. Joo-hee mulai tersedar akan masalah penglihatan Joon-ha dan mengetahui kekasihnya hanya berbohong sahaja dengan mengatakan dirinya sudah berkahwin dengan orang lain. Dengan kekecewaan itu, Joo-hee berkahwin dengan Tae-soo dan dikurniakan seorang anak perempuan, (Ji-hye) tiga tahun selepas itu. Beberapa tahun kemudian, Tae-soo dan Joon-ha telah meninggal dunia. Dalam wasiat terakhir Joon-ha, dia berharap agar Joo-hee menaburkan abunya ke dalam sungai di mana mereka mula berkenalan suatu masa dahulu, disertakan juga untuk dia menyimpan kotak peribadinya dan memberitahu dia sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki selepas dari tarikh Joo-hee dan Tae-soo berkahwin. Peristiwa itu sampai sekarang diingati oleh Ji-hye walaupun dia masih kecil lagi. Ji-hye menceritakan peristiwa tragis itu kepada Sang-min, kedua-dua mereka turut menangis sebelum Sang-min menghadiahkan seutas rantai dari mendiang ayahnya kepada Ji-hye. Di situlah Ji-hye sedar bahawa Sang-min yang dicintainya adalah anak kepada Joon-ha. Mereka merasakan Joo-hee dan Joon-ha seperti ditakdirkan bertemu dan bersatu semula walaupun berada di zaman yang lain dan berjanji merealisasikan hajat mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pengambaran[sunting | sunting sumber]

Beberapa adegan di sekolah ini di filemkan di pelbagai universiti di Korea Selatan. Sebagai contoh adegan di dalam perpustakaan, pengambaran dijalankan di Universiti Kyung Hee. Terdapat banyak persamaan antara adegan imbas balik dan kisah masa kini. Sebagai contoh, Joon Ha menulis surat atas nama rakannya Tae-soo untuk kepentingan cinta mereka berdua. Pada masa sekarang, Ji-hye menulis surat atas nama rakannya untuk kepentingan cinta mereka berdua. Dalam kilas balik, Joo-hee mempunyai kawan wanita yang menjengkelkan yang pada awalnya hendak dijodohkan kepada Joon-ha. Pada masa sekarang, Ji-hye juga mempunyai kawan perempuan yang mengganggu hubungannya. Joo-hee dan Ji-hye keduanya menerima puisi yang sama dari orang yang mereka cintai iaitu "Ketika matahari bersinar ...".

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Menurut Koreanfilm.org, terdapat 533,950 penonton melalui 49 tayangan di panggung wayang untuk daerah Seoul sahaja dengan mencatatkan jumlah 1,545,107 penonton di seluruh negara menurut Majlis Filem Korea. [2] Pengkritik filem, Darcy Paquet mengatakan bahawa filem ini adalah filem melodrama yang lebih tradisional berbanding filem hit sebelumnya dari pengarah yang sama, My Sassy Girl. Dia mengagumi sinematografi dan lakonan Cho Seung-woo, tetapi kecewa dengan persembahan Jo In-sung pada bahagian pengakhiran filem, dia mengatakan bahawa ia tidak memenuhi harapan tinggi yang ditetapkan seperti pengakhiran filem My Sassy Girl. [3] Pengkritik yang lain memberikan komen yang serupa, memuji sinematografi, muzik dan lakonan Son Ye-jin, dan kualiti filem yang sangat bagus, tetapi dengan beberapa aspek kekurangan yang menjadikannya ia tidak berapa hebat pada tahap yang dikehendaki.[4][5]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kstegori Penerima Keputusan Ruj.
2003 Baeksang Arts Awards ke-39 Pelakon Baru Wanita Terbaik Son Ye-jin Menang [4]
Grand Bell Awards ke-40 Menang [4]
Korean Film Awards ke-2 Tercalon
Muzik Terbaik Jo Yeong-wook Menang
Blue Dragon Film Awards ke-24 Anugerah Bintang Popular Son Ye-jin Menang [4]
2004 Moscow International Love Movie Awards ke-9 Pasangan Filem Terbaik Cho Seung-woo dan Son Ye-jin Menang [4]
Hong Kong Film Awards Filem Terbaik Asia The Classic Tercalon [6]
Huabiao Awards Filem Luar Alih Bahasa Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keulraesik (Classic)". Box Office Mojo. Dicapai pada 13 March 2014.
  2. ^ Darcy Paquet. "Korean Film List 2003". Koreanfilm.org. Dicapai pada 13 March 2014.
  3. ^ Darcy Paquet (3 June 2007). "Korean Movie Reviews for 2003: The Classic". Koreanfilm.org. Dicapai pada 13 March 2014.
  4. ^ a b c d e "The Classic (2003 South Korea) Review". Hangul Celluloid. Dicapai pada 13 March 2014.
  5. ^ "The Asian Flicks: The Classic (Korean, 2003)". The Asian Flicks. 30 January 2012. Dicapai pada 13 March 2014.
  6. ^ "第二十三屆香港電影金像獎得獎名單". Hong Kong Film Awards. Dicapai pada 30 March 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]