Son Ye-jin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Son.
Son Ye-jin
181018 손예진 04 (cropped).jpg
KelahiranSon Yeon-jin
(1982-01-11) 11 Januari 1982 (umur 37)
Suseong, Daegu, Korea Selatan
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2000–sekarang
EjenMSTeam Entertainment
Nama Korea
Hangul
Perumian SemakanSon Ye-jin
McCune–ReischauerSon Yejin
Nama lahir
Hangul
Perumian SemakanSon Eon-jin
McCune–ReischauerSon Ŏnjin

Son Ye-jin (lahir Son Yeon-jin pada 11 Januari 1982) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau terkenal dengan lakonannya di dalam filem dan drama bertema romantik seperti The Classic (2003), Summer Scent (2003), A Moment to Remember (2004) dan April Snow (2005). Beliau telah memenangi pelbagai anugerah untuk persembahan lakonannya yang serba boleh di dalam pelbagai genre termasuk untuk Alone in Love (2006), My Wife Got Married (2008), The Pirates (2014), The Truth Beneath (2016) dan The Last Princess (2016).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2000–2005[sunting | sunting sumber]

Son Ye-jin pertama kali muncul sebagai peranan sokongan di dalam filem arahan Park Ki-hyung, Secret Tears pada tahun 2000. Beliau kemudiannya melakonkan peranan utama di dalam drama Delicious Proposal, Sun-hee and Jin-hee dan Great Ambition. Peranan berprofil tinggi pertamanya di dalam layar perak adalah di dalam filem arahan Im Kwon-taek, Chi-hwa-seon yang ditayangkan di Festival Filem Cannes dimana filem ini berjaya membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik pada tahun 2002.

Kejayaan terbesar semasa awal kerjaya beliau adalah di dalam filem Lovers' Concerto dan The Classic. The Classic, sebuah karya pengarah My Sassy Girl, Kwak Jae-yong terkenal di Hong Kong dan China sekaligus meningkatkan populariti Son di Asia. Son mengukuhkan status beliau sebagai bintang Hallyu pada tahun 2003 dengan melakonkan watak utama di dalam drama Summer Scent, drama ketiga di di dalam siri drama Endless Love arahan Yoon Seok-ho.

Dua filem beliau yang seterusnya juga mencapai kejayaan besar di Asia: A Moment to Remember, sebuah filem berdasarkan siri terkenal Jepun berjaya mencatat rekod box office di negara tersebut.[1] Lebih daripada dua juta tiket panggung wayang filem ini juga terjual di Korea Selatan.[2] Beliau kemudiannya membintangi filem April Snow bersama Bae Yong-joon dimana filem ini juga mencapai kejayaan di Jepun dan China. Ia walau bagaimanapun mencatat kutipan box office yang rendah di negara sendiri.[3]

2006–2015[sunting | sunting sumber]

Son kemudiannya membuang imej gadis berperwatakan baik di dalam projek-projek beliau yang seterusnya. Beliau melakonkan watak seorang penipu yang licik di dalam filem The Art of Seduction, seorang pemberita yang bercita-cita tinggi di dalam drama Spotlight, seorang perempuan penggoda di dalam filem Open City dan seorang janda di dalam drama Alone in Love. Pada tahun 2008, persembahan lakonan beliau sebagai wanita poliandri di dalam filem My Wife Got Married membolehkan beliau untuk memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Blue Dragon[4]. Beliau turut menerima pencalonan di beberapa majlis anugerah lain.

Pada tahun 2009, Son membintangi filem misteri, White Night.[5] Pada tahun berikutnya, beliau memilih untuk membintangi drama romantik komedi, Personal Taste.[6] Ia disusuli dengan filem romantik komedi seram, Spellbound pada tahun 2011.[7] Pada tahun 2012, Son membintangi filem blockbuster, The Tower, sebuah buatan semula filem Hollywood tahun 1974, The Towering Inferno.[8] Beliau kembali ke televisyen pada tahun 2013 menerusi drama Don't Look Back: The Legend of Orpheus.[9] Beliau kemudiannya membintangi filem Blood and Ties.[10]

Son bersatu semula bersama Kim Nam-gil di dalam filem tahun 2014, The Pirates. Filem ini menerima ulasan bercampur tetapi mencatat kejayaan komersial. Persembahan lakonan Son di dalam filem ini membolehkan beliau untuk memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Grand Bell. Son kemudiannya membintangi filem komedi gelap, Bad Guys Always Die bersama pelakon Taiwan, Chen Bolin. Filem ini merupakan sebuah penerbitan bersama diantara China dan Korea Selatan dimana penggambaran mengambil tempat di Pulau Jeju.[11]

2016–sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Son bersatu semula bersama bintang My Wife Got Married, Kim Joo-hyuk di dalam filem seram ngeri politik, The Truth Beneath.[12] Beliau memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Buil ke–25 dan Anugerah Pengkritik Filem Busan ke–17.[13][14] Beliau kemudiannya melakonkan watak Puteri Deokhye di dalam filem biopik, The Last Princess.[15] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem dan mencapai kejayaan box office dengan kutipan AS$40.35 juta di seluruh dunia. Son dipuji oleh pengkritik filem untuk persembahan lakonannya.[16]

Pada tahun 2017, Son telah dipilih untuk berlakon di dalam filem seram ngeri jenayah, Negotiation bersama Hyun Bin.[17] Pada tahun 2018, Son membintangi bersama So Ji-sub di dalam filem Now I Will Meet You, berdasarkan novel Jepun Be With You.[18] Pada tahun yang sama, Son kembali berlakon di dalam drama selepas lima tahun menerusi drama JTBC, Something in the Rain.[19]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2000 Secret Tears
2002 Chi-hwa-seon So-woon
Lovers' Concerto Shim Soo-in / Gyung-hee
2003 The Classic Ji-hye/Joo-hee
Crazy First Love Ju Il-mae
2004 A Moment to Remember Su-jin
2005 April Snow Seo-young
The Art of Seduction Han Ji-won
2007 Yobi, the Five Tailed Fox Yobi (suara)
2008 Open City Baek Jang-mi
My Wife Got Married Joo In-ah
2009 White Night Yoo Mi-ho / Lee Ji-ah
2011 Spellbound Kang Yeo-ri
2012 The Tower Seo Yoon-hee
2013 Blood and Ties Jung Da-eun
2014 The Pirates Yeo-wol
2015 Bad Guys Always Die Ji-yeon
2016 The Truth Beneath Kim Yeon-hong
The Last Princess Puteri Deokhye
2018 Be with You Soo-ah
Negotiation Ha Chae-yoon

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran
2001 Delicious Proposal Jang Hee-ae MBC
Sun-hee and Jin-hee Shim Sun-hee
2002 Great Ambition Choi Dong-hee SBS
2003 Summer Scent Shim Hye-won KBS2
2006 Alone in Love Yoo Eun-ho SBS
2008 Spotlight Seo Woo-jin MBC
2010 Personal Taste Park Kae-in
2011 Secret Garden Diri sendiri (kameo, episod 20) SBS
2013 Don't Look Back: The Legend of Orpheus Jo Hae-woo KBS2
2018 Something in the Rain Yoon Jin-ah JTBC

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2001 Anugerah Drama MBC Pelakon Baru Wanita Terbaik Delicious Proposal,
Sun-hee and Jin-hee
Menang
2002 Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–22 Pelakon Baru Wanita Terbaik Lovers' Concerto Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–23 Pelakon Baru Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Filem Korea Pertama Pelakon Baru Wanita Terbaik Dicalonkan
2003 Anugerah Seni Baeksang ke–39 Pelakon Baru Wanita Terbaik (Filem) The Classic Menang
Anugerah Grand Bell ke–40 Anugerah Populariti Menang
Pelakon Baru Wanita Terbaik Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–24 Anugerah Bintang Popular Menang
Anugerah Filem Korea ke–2 Pelakon Baru Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Summer Scent Dicalonkan
2004 Anugerah Filem Cinta Antarabangsa Moscow ke–9 Pasangan Terbaik bersama Jo Seung-woo The Classic Menang
2005 Anugerah Filem Blue Dragon ke–26 Pelakon Wanita Terbaik April Snow Dicalonkan
2006 Festival Filem Hundred Flowers dan Golden Rooster ke–15 Pelakon Wanita Terbaik di dalam Filem Asing A Moment to Remember Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke–51 Pelakon Wanita Terbaik April Snow Menang
Festa Jam Tangan & Barang Kemas
Antarabangsa Korea ke–4
Barang Kemas Terbaik N/A Menang
Anugerah Drama SBS 10 Bintang Teratas Alone in Love Menang
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Menang
2007 Anugerah Festival Model Asia ke–2 Anugerah Bintang Model N/A Menang
Anugerah Seni Baeksang ke–43 Pelakon Wanita Terbaik (TV) Alone in Love Menang
Anugerah Reka Bentuk & Fesyen Korea Anugerah Ikon Fesyen N/A Menang
2008 Anugerah Style Icon Pertama Style Icon - Pelakon Wanita N/A Menang
Wanita Fun Fearless N/A Menang
Anugerah Barang Kemas Korea Pertama Anugerah Berlian N/A Menang
Anugerah Pemakaian Terbaik Korea ke–25 Pemakaian Terbaik - Bintang Filem Wanita N/A Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–29 Pasangan Terbaik bersama Kim Joo-hyuk My Wife Got Married Menang
Anugerah Bintang Popular Menang
Pelakon Wanita Terbaik Menang
Festival Filem Universiti Korea ke–4 Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Filem Korea ke–7 Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2009 Anugerah Seni Baeksang ke–45 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2010 Anugerah Budaya & Seni Korea Pertama Anugerah Utama, kategori Pelakon Filem White Night Menang
Anugerah Seni Baeksang ke–46 Anugerah InStyle N/A Menang
Anugerah Saluran Penerbit Asia-Pasifik (APN) ke–5 Anugerah untuk Figure di dalam Filem Asia N/A Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–31 Anugerah Bintang Popular White Night Menang
2012 Anugerah Seni Baeksang ke–48 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Spellbound Dicalonkan
2013 Anugerah Drama KBS Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita
di dalam Drama Pertengahan Panjang
Don't Look Back: The Legend of Orpheus Dicalonkan
Anugerah Kecemerlangan Tertinggi, Pelakon Wanita Dicalonkan
2014 Festival Filem Fantastic Antarabangsa Puchon ke–18 Anugerah Pilihan Penerbit N/A Menang
Anugerah Grand Bell ke–51 Pelakon Wanita Terbaik The Pirates Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–35 Pelakon Wanita Terbaik Blood and Ties Dicalonkan
Anugerah Malam Pelakon Bintang Terkenal Korea The Pirates Menang
2015 Anugerah Max Movie ke–10 Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Seni Baeksang ke–51 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
Anugerah Gambar Akhbar KOPA & NIKON ke–4 Pelakon Wanita Paling Fotogenik N/A Menang
2016 Anugerah Filem Buil ke–25 Pelakon Wanita Terbaik The Truth Beneath Menang
Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke–36 Pelakon Wanita Terbaik The Truth Beneath, The Last Princess Menang
Anugerah Filem Blue Dragon ke–37 Pelakon Wanita Terbaik The Last Princess Dicalonkan
Anugerah Populariti Menang
Anugerah Pengkritik Filem Busan ke–17 Pelakon Wanita Terbaik The Truth Beneath Menang
Anugerah Persatuan Penerbit Filem Korea ke–3 Pelakon Wanita Terbaik The Truth Beneath, The Last Princess Menang
Anugerah Wanita Di dalam Filem Korea ke–17 Pelakon Wanita Terbaik The Truth Beneath, The Last Princess Menang
Anugerah Grand Bell ke–53 Pelakon Wanita Terbaik The Last Princess Menang
2017 Anugerah Filem KOFRA ke–8 Pelakon Wanita Terbaik Menang
Anugerah Filem Asia ke–11 Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Seni Baeksang ke–53 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
Anugerah Seni Filem Chunsa ke–22 Pelakon Wanita Terbaik The Truth Beneath Menang
2018 Anugerah Seni Baeksang ke–54 Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Be with You Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A Moment to Remember breaks Japanese record". Korean Film Council. 14 Disember 2005. 
  2. ^ "The Best Selling Films of 2004". Koreanfilm.org. Dicapai 8 Ogos 2013. 
  3. ^ "Films Starring Sohn Ye-jin Attract 10 Mil. Viewers in Korea, Japan". KBS Global. 18 Disember 2005. 
  4. ^ "Blue Dragon Award Goes to Sports Drama". The Chosun Ilbo. 21 November 2008. Dicapai 11 Ogos 2015. 
  5. ^ Lee Hyo-won (21 Oktober 2009). "Son Ye-jin, Ko Soo to Bring Mystery Romance". The Korea Times. Dicapai 28 Jun 2018. 
  6. ^ Han Sang-hee (8 Februari 2010). "Top Actresses Heading Toward Small Screen". The Korea Times. Dicapai 28 Jun 2018. 
  7. ^ Bae Joong-hyeo (2 Disember 2011). "Son Ye-jin casts her spell over new romantic comedy". Korea JoongAng Daily. Dicapai 28 Jun 2018. 
  8. ^ Claire Lee (17 Disember 2012). "Queen of romance returns in disaster flick". The Korea Herald. Dicapai 28 Jun 2018. 
  9. ^ Lee Sun-min (27 Mac 2013). "Son Ye-jin returns to the small screen". Korea JoongAng Daily. Dicapai 28 Jun 2018. 
  10. ^ Park Han-na (27 September 2013). "'Emotional, skirmishing scenes exhausted us': Accomplice actors". The Korea Herald. Dicapai 28 Jun 2018. 
  11. ^ Liz Shackleton (30 Januari 2015). "Son Ye-jin to star in Huayi's Bad Guys". Screen Daily. Dicapai 28 Jun 2018. 
  12. ^ Lee Sun-min (19 Ogos 2014). "Son Ye-jin to lead in political thriller". Korea JoongAng Daily. Dicapai 28 Jun 2018. 
  13. ^ Ankita Mehta (8 Oktober 2016). "Buil Film Awards 2016: Lee Byung Hun, Son Ye Jin and others bag trophy; complete winners list". International Business Times. Dicapai 28 Jun 2018. 
  14. ^ "정우성-손예진, 부산 영평상 남녀주연상 수상". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). 10 November 2016. Dicapai 28 Jun 2018. 
  15. ^ "Actress Son Ye-jin reveals difficulties in playing historical figure". Yonhap News Agency. 29 Jun 2016. Dicapai 28 Jun 2018. 
  16. ^ Woo Jae-yeon (29 Julai 2016). "(Movie Review) Life is swept away in historical turmoil in 'The Last Princess'". Yonhap News Agency. Dicapai 28 Jun 2018. 
  17. ^ Jie Ye-eun (25 Mei 2017). "Hyun Bin, Son Ye-jin to star in 'Negotiation'". The Korea Herald. Dicapai 28 Jun 2018. 
  18. ^ Kim So-yeon (31 Ogos 2017). "Japanese film 'Be With You' to be remade in Korea, starring So Ji-sub, Son Ye-jin". Kpop Herald. Dicapai 28 Jun 2018. 
  19. ^ Park Jin-hai (10 April 2018). "Son Ye-jin conquers Korean cinema, TV". The Korea Times. Dicapai 28 Jun 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]