The ClueFinders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Cluefinders
PenerbitThe Learning Company
PlatformWindows
GenrePermainan video pendidikan

The ClueFinders merupakan siri perisian pendidikan yang disasarkan kepada kanak-kanak yang berumur antara 8 hingga 12 tahun, dan memaparkan sekumpulan remaja yang membongkar misteri.

ClueFinders tercetus sebagai sambungan siri Reader Rabbit, dan disesuaikan untuk tahun 3 hingga 6 dalam persekolahan.[1] Pembangunan jalan cerita yang menarik dan beraneka untuk permainan-permainan ini mengambil masa 16 bulan. Computer Shopper dan SuperKids menyifatkan 3rd Grade Adventures sebagai permainan pendidikan yang menyerupai trilogi Indiana Jones, manakala Chicago Tribune berfikir bahawa "misteri alam sekitar yang hebat" memudahkan kanak-kanak mengaplikasikan kemahiran berfikir mereka dengan misteri, animasi dan cabaran, serta mengulas bahawa "permainan ini bagus dari semua segi".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shannon, L. R. (August 30, 2001). "An Education in Child's Play". The Los Angeles Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2017-02-06.