The Dark Tower (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Dark Tower
PengarahNikolaj Arcel
Penerbit
Lakon layar oleh
BerdasarkanThe Dark Tower oleh
Stephen King
Dibintangi oleh
Muzik olehTom Holkenborg
SinematografiRasmus Videbæk
Disunting oleh
Syarikat
penerbitan
PengedarColumbia Pictures
Mula ditayangkan
31 Julai 2017 (2017-07-31)(Museum of Modern Art)
Ogos 4, 2017 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan
95 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$60 juta
Pecah panggung$31.9 juta[2]

The Dark Tower merupakan sebuah filem sains fiksyen atau sains fantasi dari Amerika Syarikat bagi tahun 2017. Filem ini diadaptasikan dari sebuah novel karya Stephen King. Filem ini mula ditayangkan di Museum of Modern Art di New York pada 31 Julai 2017 sebelum ditayang secara rasmi di Amerika Syarikat pada 4 Ogos 2017 melalui Columbia Pictures. Filem ini membelanjakan hampir $USD 60 juta bagi tujuan pembikinannya dan berjaya mengaut keuntungannya sebanyak $USD 30 juta di seluruh dunia.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh Nikolaj Arcel. Beliau juga bertindak sebagai penulis skrip di dalam filem ini.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan peradaban di dalam dunia manusia dan alam semesta. Di awalnya, Jake Chambers, seorang remaja berusia 11 tahun yang mempunyai keistimewaan imaginasi luar biasa kerana hampir setiap hari dia bermimpi mengenai kehidupannya di satu alam yang ditafsirkan bukan alam manusia. Semua perjalanan mimpi tersebut akan ditafsirkan melalui siri lukisannya. Dia sering dianggap remaja yang gila oleh orang sekelilling. Dia berubah seperti itu sejak kematian ayahnya setahun yang lalu dalam sebuah kemalangan di tempat kerja. Mulai saat itu, ibunya telah mengupah seorang pakar psikatri, Dr. Hotchkiss untuk merawat mental Jake. Namun usaha untuk merawatnya menemui kegagalan. Jake memberitahu secara lisan yang dia sering bermimpi tentang menara gelap (Dark Tower), seorang lelaki berkulit hitam yang juga seorang penembak handalan (Roland Deschain) serta sorang lelaki kurus (Walter Paddick) yang sering membuat huru hara bagi meruntuhkan Dark Tower. Keistimewaan minda yang ada pada Jake mengenai misteri Dark Tower menyebabkan Walter ingin menculiknya. Walter telah mengupah dua orang suruhannya yang menyamar sebagai pakar psikatri untuk menculik tetapi menemui kegagalan. Dengan kesempatan ini, Jake mengambil keputusan untuk melarikan diri dan mencari di mana pintu masuk utama untuk ke alam Dark Tower. Pintu masuk utama tersebut dikenali sebagai Istana Raja Lembayung. Setibanya di dalam istana tersebut, Jake telah menemui satu pintu cahaya sebelum dirinya ditangkap oleh Raja Lembayung untuk dibunuhnya. Raja Lembayung akan membunuh sesiapa sahaja yang menceroboh masuk ke dalam istananya. Kekuatan psikik Jake mampu menewaskan. Hanya orang yang mempunyai psikik yang hebat sahaja mampu nenundukkan Raja Lembayung tersebut. Akhirnya Jake berjaya masuk juga ke alam Dark Tower.


Seharian berada di alam baharu, Jake berjaya menemui Roland. Roland yang pada mulanya berasa curiga akhirnya mempercayai juga dengan kehebetan minda Jake. Roland menceritakan perkara selanjutnya mengenai rancangan Walter untuk meruntuhkan Dark Tower dan menjadikan (Keystone) Batu Kunci sebagai pusat pemerintahan yang baharu bagi memudahkan dia menjajah kedua-dua alam dengan rakusnya. Namun begitu, pergerakan Jake apat dihidu oleh Walter. Dia bergegas masuk ke alam manusia untuk menawan Jake hidup-hidup. Usaha menjejakinya menjadi rumit kerana Jake sudah tiada di alam tersebut. Walter juga telah menawan ibunya dan membunuh bapa tiri Jake. Disitulah ibunya baharu mempercayai tentang kehidupan Jake sememangnya dalam keadaan realiti bukan fantasi semata-mata. Selepas semua itu dijelaskan, ibunya juga turut dubunuh dengan kejam sehingga menjadi abu.


Sementara itu, di alam Dark Tower, Jake dan Roland telah diburu oleh konco-konco Walter semasa di dalam perjalanannya ke sebuah kampung bagi berjumpa dengan seorang ahli nujum wanita yang bernama Arra Champignon. Di dalam pertempuran tersebut, Roland disahkan tercedera namun dirinya berjaya di selamatkan oleh Arra seorang ahli nujum yang mampu mentafsir mimpi atau ramalan milik Jake. Di kampung Arra, Walter mengarahkan agar Jake diculik dan Arra dan Roland mesti dibunuh. Kecederaan Roland semakin kritikal tetapi dia masih mampu bertarung dengan konco-konco Walter dan menyelamatkan Jake dari diculik. Mereka masuk ke alam manusia bagi mencari cara bagaimana untuk ke alam Batu Kunci.


Jake ingin mengubati Roland di dunianya sebelum berhijrah semula ke dunia Batu Kunci dengan bantuan kordinat (19 19). Roland pula di masukkan ke hospital untuk merawat lukanya tetapi doktor di sana menjumpai pelbagai keadaan pelik yang ada pada tubuh Roland. Roland di diagnosis dan mempunyai penyakit hepatitis A, B, E serta terkena sinaran radiasi yang kuat namun masih dalam keadaan sihat walafiat. Sementara itu, Arra telah ditawan oleh Walter sempat memberitahu lokasi Jake dan Roland sebelum tiba ke dunia Batu Kunci. Akhirnya, Arra dibunuh oleh Walter. Jake dan Roland berjaya menemui seorang penjaga untuk masuk ke dalam dunia Batu Kunci. Mereka masuk ke sana tanpa halangan dari Walter.


Namun, Jake telah diculik terlebih dahulu oleh Walter untuk diadakan ritual terhadap Jake bagi meruntuhkan Dark Tower dan menjadikan Batu Kunci sebagai pusat pentadbiran yang baharu. Dek kerana Roland amat menyanyangi Jake agar dia tidak terkorban seperti ayahnya, Steven Deschain. Dia bermati-matian untuk membalas dendam terhadap Walter. Pertarungan tersebut lebih menyebelahi kepada Walter tetapi kehebatan Walter akhirnya dapat juga ditewaskan dengan kuasa psikik Jake. Minda Roland dan Jake saling berhubung sehingga menyebabkan Walter berjaya dibunuh oleh Roland dengan kemahiran tembakan tepatnya (melalui 2 peluru terakhirnya). Manakala dunia Batu Kunci berjaya dimusnahkan dan keadaan di dunia manusia dan Dark Tower kembali aman seperti sedia kala. Roland pula semakin pandai membiasakan kehidupannya di dunia manusia yang banyak dipengaruhi oleh Jake.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.