Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Matthew McConaughey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Matthew McConaughey
Matthew McConaughey Cannes 2015.jpg
McConaughey pada tahun 2015
Kelahiran Matthew David McConaughey
(1969-11-04) 4 November 1969 (umur 49)
Uvalde, Texas, A.S.
Kediaman Austin, Texas
Pusat pendidikan Universiti Texas di Austin
Pekerjaan
  • Pelakon
Tahun aktif 1991–sekarang
Nilai bersih US$75 juta (2014)
Pasangan Camila Alves (k. 2012)
Anak 3

Matthew David McConaughey (/məˈkɒnəh/;[2] lahir November 4, 1969)[3] ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau mula mendapat perhatian menerusi peranannya dalam Dazed and Confused (1993) dan kemudiannya muncul dalam filem-filem seperti Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation (1994), A Time to Kill (1996), Amistad (1997), Contact (1997), EDtv (1999) dan U-571 (2000).

Pada tahun 2000an, beliau lebih dikenali dengan membintangi filem romantik komedi,[4] termasuk The Wedding Planner (2001), How to Lose a Guy in 10 Days (2003), Failure to Launch (2006), Fool's Gold (2008) dan Ghosts of Girlfriends Past (2009). Sejak tahun 2010, beliau telah berpindah dari filem romantik komedi dan mempunyai peranan dalam The Lincoln Lawyer (2011), Bernie (2011), Killer Joe (2011), The Paperboy (2012), Mud (2012), Magic Mike (2012), The Wolf of Wall Street (2013) dan Interstellar (2014). Sesetengah pengkritik filem dan wartawan juga merujuk kepada era filem ini sebagai 'McConaissance'.[5]

McConaughey mencapai kejayaan besar pada tahun 2013 untuk lakonannya dalam Dallas Buyers Club yang mendapatkan beliau Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Rust Cohle dalam siri HBO, True Detective dimana beliau memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik dan dicalonkan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Matthew McConaughey dilahirkan pada November 4, 1969 di Uvalde, Texas.[3] Ibunya, Mary Kathleen "Kay" atau "KMac" (née McCabe) ialah seorang bekas guru tadika dan pengarang berasal dari Trenton, New Jersey.[6][7][8] Bapanya, James Donald McConaughey menjalankan perniagaan bekalan paip minyak dan bermain untuk pasukan bola sepak Amerika, Kentucky Wildcats dan Houston Cougars.[6][9] Ibu McConaughey dan bapanya berkahwin tiga kali (selepas bercerai dua kali).[10][11] Beliau berketurunan Scotland, Inggeris, Ireland, Sweden dan Jerman.[12]

McConaughey berpindah ke Longview, Texas pada tahun 1980,[6] dimana beliau menghadiri Sekolah Tinggi Longview. Beliau tinggal selama setahun di Warnervale, New South Wales, Australia sebagai pelajar pertukaran pada tahun 1988.[13] McConaughey menghadiri Universiti Texas di Kolej Komunikasi Austin.[14] Beliau memulakan pengajian pada tahun 1989 dan menamatkan pengajian pada tahun 1993 dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Radio-Televisyen-Filem.[15] Rancangan asal McConaughey telah bertukar selepas pada mulanya beliau mahu menghadiri Universiti Southern Methodist sehinggalah abangnya memberitahunya bahawa tuisyen sekolah swasta akan menjadi beban kepada kewangan keluarga dan rancangan Matthew untuk menghadiri sekolah undang-undang selepas menamatkan pengajian dari kolej[16] tetapi beliau menyedari bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi peguam.[6]

Karier[sunting | sunting sumber]

1991–2000[sunting | sunting sumber]

McConaughey memulakan karier lakonannya pada tahun 1991, muncul dalam iklan televisyen termasuk satu untuk surat khabar Austin, Texas, Austin American-Statesman yang dikreditkan sebagai peranan bercakap pertamanya. Beliau kemudiannya dipilih untuk berlakon dalam Dazed and Confused.[17] Pada tahun 1992, beliau melakonkan watak "Joe" dalam video muzik Trisha Yearwood untuk lagu "Walkaway Joe."[18]

Selepas peranan kecil dalam Angels in the Outfield, Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation, Boys on the Side, siri televisyen Unsolved Mysteries dan sebagai watak utama daam video muzik Trisha Yearwood untuk lagu Walkaway Joe, kejayaan besar McConaughey datang selepas peranannya sebagai Jake Brigance dalam filem 1996, A Time to Kill, berdasarkan novel John Grisham dengan tajuk yang sama.[19] Pada lewat tahun 90an, McConaughey diberi peranan utama dalam lebih banyak filem termasuk Contact, Amistad, The Newton Boys, EDtv dan U-571.[3]

2001–11[sunting | sunting sumber]

McConaughey pada tahun 2008

Pada awal tahun 2000an, beliau dikerap dipilih berlakon dalam filem romantik komedi termasuk The Wedding Planner dan How to Lose a Guy in 10 Days, kedua-duanya mencapai kejayaan box office.[20] Semasa tempoh ini, beliau muncul sebagai bomba dalam filem bajet rendah, Tiptoes bersama Kate Beckinsale, dalam Two for the Money dan dalam Frailty.[3][21]

McConaughey membintangi filem 2005, Sahara bersama-sama Steve Zahn dan Penélope Cruz.[22] Pada tahun yang sama, McConaughey dinamakan dalam majalah People sebagai "Lelaki Hidup Paling Seksi" untuk tahun 2005.[23] Pada tahun 2006, beliau membintangi bersama Sarah Jessica Parker dalam Failure to Launch dan sebagai Jack Lengyal dalam We Are Marshall. McConaughey juga mempunyai peranan suara dalam iklan untuk Peace Corps pada lewat tahun 2006.[24] Beliau menggantikan Owen Wilson dalam Tropic Thunder.[25]

2012–sekarang: The "McConaissance"[sunting | sunting sumber]

McConaughey ketika pembukaan Dallas Buyers Club di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2013

Pada tahun 2012, McConaughey membintangi bersama Channing Tatum dalam Magic Mike.[26] Beliau juga mempunyai peranan dalam Bernie. McConaughey melakonkan watak Danny Buck Davidson.[27] Pada bulan Jun 2012, McConaughey dijemput untuk menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences.[28]

Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak Ron Woodroof dalam Dallas Buyers Club yang memerlukan beliau untuk menurunkan berat badan hamper 50 paun (22 kilogram).[29] Filem ini mendapat pujian meluas dan McConaughey memenangi banyak anugerah termasuk Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik

Pada bulan April 2014, majalah Time memasukkan McConaughey dalam senarai tahunan Time 100 sebagai salah seorang "Orang Paling Berpengaruh di Dunia."[30]

McConaughey di Anugerah Goldene Kamera di Berlin, 2014

Beliau membintangi bersama Woody Harrelson dalam siri HBO, True Detective.[31] McConaughey juga melakonkan watak Cooper bersama-sama Anne Hathaway, Jessica Chastain, Michael Caine, Mackenzie Foy dan Casey Affleck dalam Interstellar.[32]

Pada Februari 4, 2014, ia telah diumumkan bahawa peranan McConaughey yang seterusnya adalah dalam filem 2015, The Sea of Trees juga dibintangi Ken Watanabe.[33]

Di Anugerah Akademi ke-86, McConaughey memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya sebagai Ron Woodroof dalam Dallas Buyers Club.[34][35] Untuk lakonannya sebagai Rustin Cohle dalam True Detective, beliau memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

McConaughey dan isterinya, Camila Alves pada tahun 2010

McConaughey berkahwin dengan model Brazil, Camila Alves pada Jun 9, 2012.[36][37] Mereka mempunyai tiga orang anak: Levi Alves McConaughey (lahir 2008),[38] Vida Alves McConaughey (lahir 2010),[39] dan Livingston Alves McConaughey (lahir 2012).[40]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Peranan Nota Ref
Chicano Chariot 1992 Filem pendek
Pengarah
[41]
My Boyfriend's Back 1993 Lelaki #2 [42][43]
Dazed and Confused 1993 David Wooderson [44]
Angels in the Outfield 1994 Ben Williams [45]
Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation 1994 Vilmer Slaughter [46]
Boys on the Side 1995 Abe Lincoln [47]
Glory Daze 1995 Lelaki Penyewa Trak [48]
Lone Star 1996 Buddy Deeds [49]
A Time to Kill 1996 Jake Brigance [50]
Larger than Life 1996 Tip Tucker [51]
Scorpion Spring 1996 El Rojo [52][53]
Contact 1997 Palmer Joss [54]
Amistad 1997 Roger Sherman Baldwin [55]
The Newton Boys 1998 Willis Newton [56]
Making Sandwiches 1998 Bud Hoagie Filem pendek
Juga penerbit
[57]
The Rebel 1998 Filem pendek
Pengarah, penerbit dan penulis
[58]
EDtv 1999 Ed Pekurny [59]
U-571 2000 Lt. Andrew Tyler [60]
The Wedding Planner 2001 Steve Edison [61]
Frailty 2002 Fenton/Adam Meiks [62]
Thirteen Conversations About One Thing 2002 Troy [63]
Reign of Fire 2002 Denton Van Zan [64]
How to Lose a Guy in 10 Days 2003 Benjamin Barry [65]
Tiptoes 2003 Steven [66]
Sahara 2005 Dirk Pitt Juga penerbit eksekutif [67]
Magnificent Desolation: Walking on the Moon 3D 2005 Al Bean (suara) Dokumentari
IMAX sahaja
[68]
Two for the Money 2005 Brandon Lang [69]
Failure to Launch 2006 Tripp [70]
We Are Marshall 2006 Jack Lengyel [71]
Fool's Gold 2008 Ben "Finn" Finnegan [72]
Tropic Thunder 2008 Rick Peck [73]
Surfer, Dude 2008 Steve Addington Juga penerbit [74]
Ghosts of Girlfriends Past 2009 Connor Mead [75]
The Lincoln Lawyer 2011 Mickey Haller [76]
Bernie 2011 Danny Buck Davidson [77]
Killer Joe 2011 "Killer" Joe Cooper [78][79]
Mud 2012 Mud [80]
Magic Mike 2012 Dallas [81]
The Paperboy 2012 Ward Jansen [82][83]
Dallas Buyers Club 2013 Ron Woodroof [84]
The Wolf of Wall Street 2013 Mark Hanna [85]
Interstellar 2014 Cooper [86]
The Sea of Trees 2015 Arthur Brennan [87][88]
The Free State of Jones 2016 Newton Knight [89]
Kubo and the Two Strings 2016 Suara [90]
Gold 2016 Kenny Wells Juga penerbit [91][92]
Sing 2016 Buster Moon Suara [93]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Peranan Saluran Nota Ref
Unsolved Mysteries 1992 Larry Dickens NBC Episod #5.12 [94]
King of the Hill 1999 Rad Thidbodeaux (suara) FOX Episod: "The Wedding of Bobby Hill" [95]
Sex and the City 2000 Diri sendiri HBO Episod: "Escape from New York" [96]
Saturday Night Live 2003 Hos NBC Episod: "Matthew McConaughey/Dixie Chicks" [97]
Freedom: A History of US 2003 Charles Fenno Hoffman
Alexander H. Stephens
Kapten W. W. Wood
Andrew Johnson
John Swinton
Mark Twain
PBS 6 episod [98]
Eastbound & Down 2010–12 Roy McDaniel HBO 3 episod [99]
True Detective 2014 Rustin "Rust" Cohle HBO Musim 1
Juga penerbit eksekutif
[100]
Saturday Night Live 2015 Hos NBC Episod: "Matthew McConaughey/Adele" [97]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Artis Peranan Ref
Walkaway Joe 1992 Trisha Yearwood ft. Don Henley Walkaway Joe [101]
Key West Intermezzo (I Saw You First) 1996 John Mellencamp Tidak bernama [102]
Synthesizers 2012 Butch Walker dan The Black Widows David Wooderson [103]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Celebrity Faith Database". Belief.net. Dicapai 2015-01-02. 
  2. ^ "NLS/BPH: Other Writings, Say How? Key to Pronunciation". Loc.gov. 2013-01-07. Dicapai 2014-03-07. 
  3. ^ a b c d "Matthew McConaughey". Biography.com. Dicapai August 19, 2014. 
  4. ^ "Matthew McConaughey: from himbo to highbrow". The Guardian. 28 June 2012. Dicapai 26 April 2013. 
  5. ^ Syme, Rachel (January 16, 2014). "The McConaissance". The New Yorker. Diarkibkan daripada yang asal pada September 3, 2014. Dicapai September 2, 2015. 
  6. ^ a b c d Cohen, Jason (August 1996). "His Time to Kill". Texas Monthly. Dicapai October 28, 2014. 
  7. ^ Julie Tereshchuk (2012-04-26). "All in the Family". Austin Woman Magazine. Diarkibkan daripada asal pada 2012-05-04. 
  8. ^ "Matthew David Mcconaughey". familysearch.org. Dicapai March 4, 2015. 
  9. ^ Story, Mark (February 24, 2014). "Mark Story: Matthew McConaughey's dad played college football for ... Kentucky?". kentucky.com. Dicapai October 28, 2014. 
  10. ^ Tom Shone (March 3, 2014). "Matthew McConaughey: exclusive interview". The Daily Telegraph. Dicapai September 26, 2014. 
  11. ^ "Barbara Walters' Oscar Special". ABC7news.com. Dicapai April 15, 2006. 
  12. ^ "Biography for Matthew McConaughey". imdb. Dicapai 17 October 2013. 
  13. ^ "ONE news". McConaughey credits Australian town. Dicapai December 22, 2006. 
  14. ^ "The Castilian Dorm Serving the University of Texas Receives Upgrades (PR.com)". Student Housing Planet. March 26, 2009. Dicapai October 16, 2009. 
  15. ^ Degrees and Dates of Attendance: McConaughey, Matthew D.. University of Texas at Austin
  16. ^ NPR interview
  17. ^ "Dazed and Confused Movie Reviews, Pictures". Rotten Tomatoes. Dicapai August 5, 2010. 
  18. ^ "Matthew McConaughey's First Break? A 1992 Trisha Yearwood Video". people.com. March 6, 2014. Dicapai October 2, 2015. 
  19. ^ "Watch the moment Matthew McConaughey proved he was Oscar-worthy". Entertainment Weekly. March 3, 2014. Dicapai October 2, 2015. 
  20. ^ "Matthew McConaughey: exclusive interview". The Daily Telegraph. Dicapai August 23, 2014. 
  21. ^ "Two for the Money Film Locations - On the set of New York.com". onthesetofnewyork.com. Dicapai 2015-08-13. 
  22. ^ "On a Desert Gallop, Planting Assorted Red Flags". The New York Times. April 8, 2005. Dicapai August 27, 2014. 
  23. ^ "2005 Sexiest Man of the Year". People. Retrieved May 19, 2008.
  24. ^ Maugh, Casey Malone. Peace Corps in the 21st Century: A Rhetorical Analysis. m/s. 41. 
  25. ^ "Matthew McConaughey to Replace Owen Wilson in Film". PEOPLE.com. 
  26. ^ "The Body Politic: Review: 'Magic Mike,' by Steven Soderbergh, With Channing Tatum". The New York Times. June 28, 2012. Dicapai August 23, 2014. 
  27. ^ "Bernie Tiede released from prison, will live with 'Bernie' director Richard Linklater". The Washington Post. May 7, 2014. Dicapai August 23, 2014. 
  28. ^ Thompson, Arienne (June 29, 2012). "McConaughey, Spencer invited to join Academy". USA Today. Dicapai July 19, 2013. 
  29. ^ Ellwood, Gregory (November 14, 2012). "Matthew McConaughey reveals how he lost and ponders a 'Magic Mike' sequel". HitFix. Dicapai April 16, 2013. 
  30. ^ Linklater, Richard (April 23, 2014). "Matthew McConaughey: The most surprising actor in Hollywood". Time magazine. Dicapai May 7, 2014. 
  31. ^ Andreeva, Nellie (April 30, 2012). "HBO Picks Up Matthew-Woody Series 'True Detective' With Eight-Episode Order". Deadline Hollywood. Dicapai June 26, 2012. 
  32. ^ Goldberg, Matt (April 3, 2013). "Matthew McConaughey Confirmed to Lead Christopher Nolan's INTERSTELLAR". collider.com. Dicapai April 3, 2013. 
  33. ^ Kit, Boris. "Matthew McConaughey to Star in Gus Van Sant's 'Sea of Trees'". The Hollywood Reporter. TheHollywoodReporter.com. Dicapai March 18, 2014. 
  34. ^ "Dallas Buyers Club (2013)". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai January 7, 2014. 
  35. ^ "Dallas Buyers Club Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai November 16, 2013. 
  36. ^ "Matthew McConaughey, Camila Alves Wedding". People. June 9, 2012. Dicapai June 10, 2012. 
  37. ^ Bromley, Melanie; Malkin, Marc (June 8, 2012). "Matthew McConaughey and Camila Alves Getting Married in Top-Secret Texas Wedding—This Weekend!". E!. 
  38. ^ "Matthew McConaughey and Camila Alves welcome son Levi". People. July 8, 2008. Dicapai April 14, 2012. 
  39. ^ "Matthew McConaughey, Camila Alves Welcome daughter, Vida". People. January 3, 2010. Dicapai 30 January 2012. 
  40. ^ "Matthew and Camila McConaughey Welcome Son Livingston". People. December 28, 2012. Dicapai December 30, 2012. 
  41. ^ Schruers, Fred (August 22, 1996). "Hot Actor: Matthew McConaughey". Rolling Stone. Jann Wenner. Dicapai February 2, 2015. 
  42. ^ "My Boyfriend's Back (1993)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 25, 2014. 
  43. ^ Daniels, Neil (November 6, 2014). Matthew McConaughey: The Biography (Google eBook). London: John Blake Publishing Ltd. ISBN 9781784180270. 
  44. ^ "Matthew McConaughey on Dallas Buyers Club: 'I became almost hyper'". BBC News. February 5, 2014. Dicapai October 30, 2014. 
  45. ^ "Angels in the Outfield (1994) – Cast". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 28, 2014. 
  46. ^ Walker-Arnott, Ellie (March 1, 2014). "From Dazed and Confused to Dallas Buyers Club – Matthew McConaughey's film and TV CV". Radio Times. Immediate Media Company. Dicapai October 28, 2014. 
  47. ^ Howe, Desson (February 3, 1995). "'Boys on the Side' (R)". The Washington Post. Nash Holdings LLC. Dicapai October 25, 2014. 
  48. ^ "Glory Daze (1996) – Cast". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  49. ^ Ebert, Roger (July 3, 1996). "Lone Star Movie Review & Film Summary (1996)". Roger Ebert. Dicapai October 30, 2014. 
  50. ^ Ebert, Roger (July 26, 1996). "A Time To Kill". Roger Ebert. Dicapai September 14, 2014. 
  51. ^ Holden, Stephen. "Larger Than Life (1996)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  52. ^ Levy, Emanuel (November 5, 1995). "Review: 'Scorpion Spring'". Variety. Penske Media Corporation. Dicapai October 30, 2014. 
  53. ^ Winning, Josh (April 29, 2013). "Scorpion Spring (1996)". Total Film. Future Publishing. Diarkibkan daripada asal pada November 1, 2014. Dicapai October 31, 2014. 
  54. ^ Ebert, Roger (December 21, 2011). "Contact Movie Review & Film Summary (1997)". Roger Ebert. Dicapai October 25, 2014. 
  55. ^ Ebert, Roger (December 12, 1997). "Amistad Movie Review & Film Summary". Roger Ebert. Dicapai October 30, 2014. 
  56. ^ Stack, Peter (March 27, 1998). "Bank-Robbing `Newton' Brothers Show Boys Will Be Boys". San Francisco Chronicle. Jeffrey M. Johnson. Dicapai October 30, 2014. 
  57. ^ "Making Sandwiches (1998)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai September 7, 2014. 
  58. ^ "The Rebel (1998)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai September 7, 2014. 
  59. ^ Maslin, Janet (March 26, 1999). "Edtv (1999) Film Review; All Life, All the Time, No Matter How Loony". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  60. ^ Billsbery, Jon; Charlesworth, Julie; Leonard, Pauline (May 29, 2012). Moving Images: Effective Teaching with Film and Television in Management. Charlotte, North Carolina: Information Age Publishing. m/s. 13. ISBN 9781617358746. 
  61. ^ Ebert, Roger (January 26, 2001). "The Wedding Planner Movie Review & Film Summary". Roger Ebert. Dicapai October 30, 2014. 
  62. ^ Koehler, Robert (March 27, 2002). "Review: 'Frailty'". Variety. Penske Media Corporation. Dicapai October 30, 2014. 
  63. ^ Ebert, Roger (June 14, 2002). "13 Conversations About One Thing Movie Review & Film Summary (2002)". Roger Ebert. Dicapai October 30, 2014. 
  64. ^ "Henry Hill in Goodfellas: top 20 screen deaths". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai October 30, 2014. 
  65. ^ "How To Lose a Guy in 10 Days (2003)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  66. ^ Nesselson, Lisa (September 24, 2003). "Review: 'Tiptoes'". Variety. Penske Media Corporation. Dicapai October 31, 2014. 
  67. ^ "Sahara (2005)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  68. ^ "Magnificent Desolation: Walking on the Moon 3D". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai October 31, 2014. 
  69. ^ Chocano, Carina (October 7, 2005). "Working it for all it's got". Los Angeles Times. Austin Beutner. Dicapai October 30, 2014. 
  70. ^ Chocano, Carina (March 10, 2006). "Failure by the numbers". Los Angeles Times. Austin Beutner. Dicapai October 30, 2014. 
  71. ^ Hartlaub, Peter (December 22, 2006). "'Marshall' fumbles in telling moving true story". San Francisco Chronicle. Jeffrey M. Johnson. Dicapai October 30, 2014. 
  72. ^ Biancoli, Amy (February 8, 2008). "Fool's Gold". Houston Chronicle. Jack Sweeney. Dicapai October 30, 2014. 
  73. ^ "Tropic Thunder (2008) – Acting Credits". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  74. ^ "Surfer, Dude (2008)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai October 30, 2014. 
  75. ^ Robey, Tim (May 1, 2009). "Ghosts of girlfriends past, review". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai October 30, 2014. 
  76. ^ DuChateau, Christian (April 10, 2011). "Michael Connelly: McConaughey nailed Mickey Haller". CNN. Dicapai October 30, 2014. 
  77. ^ Pearce, Matt (May 6, 2014). "Hollywood ending for Texas murderer? Bernie Tiede freed". Los Angeles Times. Austin Beutner. Dicapai October 30, 2014. 
  78. ^ "Killer Joe: Venice Film Review". The Hollywood Reporter. Prometheus Global Media. September 8, 2011. Dicapai December 6, 2014. 
  79. ^ Corliss, Richard (July 26, 2012). "Killer Joe: Matthew McConaughey as the Creepiest Cop in Texas". Time. Time Inc. Dicapai October 30, 2014. 
  80. ^ Phillips, Michael (April 25, 2013). "'Mud': Matthew McConaughey evokes Newman and McQueen". Chicago Tribune. Tribune Publishing. Dicapai October 28, 2014. 
  81. ^ LaSalle, Mike (June 28, 2012). "'Magic Mike' review: Stripped down to brilliant". San Francisco Chronicle. Jeffrey M. Johnson. Dicapai October 25, 2014. 
  82. ^ Quinn, Anthony (March 15, 2013). "Film review: The Paperboy is a trashy tale, but kinky Kidman still delivers". The Independent. Independent Print Limited. Dicapai October 30, 2014. 
  83. ^ Corliss, Mary (October 4, 2012). "The Paperboy: Down and Dirty with Zac, Matthew and Nicole". Time. Time Inc. Dicapai October 30, 2014. 
  84. ^ Von Tunzelmann, Alex (February 12, 2014). "The Dallas Buyers Club: don't buy this history". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai October 25, 2014. 
  85. ^ "The Wolf of Wall Street (2013)". The New York Times. Arthur Ochs Sulzberger, Jr. Dicapai September 29, 2014. 
  86. ^ "Matthew McConaughey enjoying his 'Interstellar' career heights". Reuters. The Woodbridge Company. October 24, 2014. Dicapai October 25, 2014. 
  87. ^ "'Sea Of Trees' With Matthew McConaughey Begins Lensing In Massachusetts, Japan". Deadline.com. July 30, 2014. Dicapai October 25, 2014. 
  88. ^ "Matthew McConaughey brushes off Cannes 'boos' for film". BBC News. May 16, 2015. Dicapai May 16, 2015. 
  89. ^ McNary, Dave (February 12, 2015). "Keri Russell, Mahershala Ali Join Matthew McConaughey's 'Free State of Jones'". Variety. Penske Media Corporation. Dicapai February 26, 2015. 
  90. ^ Hammond, Pete (December 22, 2014). "Laika & Focus Begin Production On All-Star 'Kubo And The Two Strings' To Kick Off 3-Pic Deal". Deadline.com. Penske Media Corporation. Dicapai December 29, 2014. 
  91. ^ Child, Ben (October 6, 2015). "A new McConaissance: Matthew McConaughey unrecognisable in forthcoming movie". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai November 22, 2015. 
  92. ^ Blake, Emily (October 1, 2015). "See Matthew McConaughey and Edgar Ramirez in the first photo from Gold". Entertainment Weekly. Dicapai November 22, 2015. 
  93. ^ Lincoln, Ross A. (November 10, 2015). "'Sing' Set As Title For Universal's Animated Musical Starring Matthew McConaughey". Deadline.com. Dicapai November 22, 2015. 
  94. ^ Winning, Josh (April 29, 2013). "The Evolution of Matthew McConaughey". Total Film. Future Publishing. Diarkibkan daripada asal pada November 1, 2014. Dicapai October 31, 2014. 
  95. ^ Winning, Josh (April 29, 2013). "King Of The Hill (1999)". Total Film. Future Publishing. Diarkibkan daripada asal pada November 1, 2014. Dicapai October 31, 2014. 
  96. ^ Lawson, Richard (February 21, 2014). "Sex and the City 10 Years Later: The Final Rankings". Vanity Fair. Advance Publications. Dicapai October 25, 2014. 
  97. ^ a b Wright, Megh (October 26, 2015). "Matthew McConaughey and Adele Head to 'SNL' on November 21st". Splitsider. Dicapai November 8, 2015. 
  98. ^ "Freedom: History of US". PBS. Dicapai August 4, 2014. 
  99. ^ "Eastbound & Down Cast and Details". TV Guide. CBS Interactive. Dicapai October 25, 2014. 
  100. ^ Denham, Jess (March 4, 2014). "True Detective: Matthew McConaughey will not return for second season". The Independent. Independent Print Limited. Dicapai October 25, 2014. 
  101. ^ Thompson, Eliza (March 3, 2014). "The 11 Breeds of Matthew McConaughey, Ranked". Cosmopolitan. Hearst Corporation. Dicapai October 25, 2014. 
  102. ^ Van Heerden, Bill (January 31, 1999). Film and Television In-jokes: Nearly 2000 Intentional References, Parodies, Allusions, Personal Touches, Cameos, Spoofs and Homages. Jefferson, North Carolina: McFarland & Co Inc. m/s. 255. ISBN 9780786404568. 
  103. ^ Haglund, David (January 23, 2012). "The Disappointing Return of Dazed and Confused's Best-Loved Character". Slate. The Slate Group. Dicapai August 31, 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]