The Venetian Las Vegas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Venetian Las Vegas

The Venetian Las Vegas adalah sebuah resort hotel dan kasino mewah yang terletak di Las Vegas Strip di Paradise, Nevada, Amerika Syarikat.[1][2][3] Ia dimiliki oleh Vici Properties dan dikendalikan oleh Apollo Global Management. Ia telah dibangunkan oleh ahli perniagaan Sheldon Adelson melalui syarikatnya, Las Vegas Sands. The Venetian dibina di bekas tapak Sands Hotel and Casino, yang ditutup dan dimusnahkan pada tahun 1996. [4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembukaan pada mulanya dijadualkan pada 21 April 1999. [5] Adelson mahu ia dibuka seminggu lebih awal untuk menampung pengunjung konvensyen yang telah membuat tempahan di hotel itu.[5][6] Walau bagaimanapun, kedua-dua tarikh pembukaan ditangguhkan kerana kerja-kerja pembinaan berterusan, serta pemeriksaan bangunan oleh daerah Clark.[7][8][9] Akibatnya, 900 tetamu konvensyen terpaksa dipindahkan ke hotel lain.[5]

Satu pembukaan secara tidak rasmi akhirnya dijadualkan pada 3 Mei 1999.[8] Upacara pembukaan peribadi telah diadakan pada pagi itu dan dihadiri oleh beribu-ribu tetamu VIP, termasuk pelakon Sophia Loren dan lebih 500 wartawan dari seluruh dunia.[10][11][12] Pemeriksaan Kaunti Clark menangguhkan pembukaan awam sehingga 12:45 pagi keesokan harinya.[12][13] Ia adalah salah satu daripada tiga resort baharu yang dibuka di Las Vegas Strip pada 1999, bersama-sama dengan Mandalay Bay dan Paris Las Vegas.[14]

Kasino dan hotel[sunting | sunting sumber]

Lantai kasino Venetian, 2014

The Venetian menempatkan sebuah kasino seluas 11,150 meter persegi. [15] Disebabkan kurang permintaan, bilik poker resort ini ditutup pada tahun 2000, diikuti dengan rancangan untuk mengembangkan kawasan perjudian pacuan kuda dan sukan ( race and sports book).[16] Namun, dengan kebangkitan semula populariti poker, resort ini menambah ruangan poker baharu bernilai 2.6 juta dolar pada tahun 2006, menampilkan 39 meja. Pada luas 1,022 meter persegi, ia merupakan bilik poker ketiga terbesar di Las Vegas Strip.[17][18] Bilik ini kemudiannya digantikan dengan Sands Poker Room, ruang poker lebih besar yang diperkenalkan pada tahun 2012. Sands Poker Room adalah yang terbesar di Las Vegas Strip, berkeluasan 1,300 meter persegi. [19]

The Venetian dibuka dengan 3,036 suite.[20] Menara hotel asal setinggi 35 tingkat dan berketinggian 146 meter.[20] Pada tahun 2000, perancangan dibuat bagi pembinaan menara kedua di atas garaj parkir 10 tingkat di resort itu.[21][22] Pembinaan akhirnya bermula pada Julai 2002.[23] Menara Venezia setinggi 12 tingkat dibuka pada Jun 2003 dan menambah 1,013 bilik.[24][25] Ini menjadikan jumlah keseluruhan bilik kepada 4,049.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Weatherford, Mike (April 22, 2004). "Shows closing at The Venetian a clue that change is coming". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada January 1, 2005.
  2. ^ Weatherford, Mike (April 25, 2004). "Strange tale of Venetian showroom". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada December 9, 2004.
  3. ^ Weatherford, Mike (April 29, 2004). "One change at Venetian leads to another at Desert Passage". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada December 5, 2004.
  4. ^ Berns, Dave (November 27, 1996). "Venice in Las Vegas". Las Vegas Review-Journal. Dicapai pada April 12, 2023.
  5. ^ a b c Berns, Dave (April 7, 1999). "Venetian managers unsure of property's opening date". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2001.
  6. ^ Smith, Hubble (March 22, 1999). "Almost Good Enough". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2001.
  7. ^ Smith, Hubble (April 21, 1999). "Venetian briefly gets a 'definite' opening date". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2001.
  8. ^ a b Smith, Hubble (April 22, 1999). "Set In Stone?". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2001.
  9. ^ Berns, Dave (May 1, 1999). "Venetian still awaits permits needed to open megaresort". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada July 7, 2001.
  10. ^ Thompson, Gary (May 3, 1999). "Venetian scrambles to open on time". Las Vegas Sun. Dicapai pada May 5, 2023.
  11. ^ Macy, Robert (May 3, 1999). "Sophia Loren a hit as new $1.5 billion Venice-themed resort opens". Las Vegas Sun. Dicapai pada May 5, 2023.
  12. ^ a b "Inspectors permit Venetian to open". Las Vegas Review-Journal. May 4, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2001.
  13. ^ Berns, Dave (May 5, 1999). "Venetian's full opening delayed again". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada October 8, 2000.
  14. ^ Macy, Robert (January 27, 1999). "More than 100,000 apply for jobs at The Venetian". Las Vegas Sun. Dicapai pada April 14, 2023.
  15. ^ "The List: Hotels". VegasInc. May 10, 2015. Dicapai pada May 17, 2023.
  16. ^ Simpson, Jeff (December 5, 2000). "Folding Their Cards: Poker rooms on Strip declining". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada June 25, 2001.
  17. ^ Stutz, Howard (April 1, 2006). "$2.6 million poker room to open at The Venetian". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2006.
  18. ^ Smith, Rod (May 14, 2006). "Few chips in play at Venetian poker room". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada April 8, 2008.
  19. ^ Sylvester, Ron (September 30, 2012). "Venetian's new poker room offers more space, new deals". Las Vegas Sun. Dicapai pada May 8, 2023.
  20. ^ a b Thompson, Gary; Wilen, John (January 2, 1999). "Venetian builds toward a monumental gamble". Las Vegas Sun. Dicapai pada April 14, 2023.
  21. ^ Berns, Dave; Simpson, Jeff (September 24, 2000). "Venetian may add guest rooms". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada February 18, 2001.
  22. ^ Berns, Dave (December 9, 2000). "Venetian considering addition". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada February 18, 2001.
  23. ^ a b Smith, Rod (November 13, 2002). "The Venetian counting on room count". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2005.
  24. ^ Smith, Rod (June 28, 2003). "New Venetian tower, seen to cut costs, opens this week". Las Vegas Review-Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada December 29, 2004.
  25. ^ Yeskel, David (July 12, 2005). "Venezia at the Venetian adds icing to the cake". Travel Weekly. Dicapai pada May 9, 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]