Kasino
Kasino [ka-si-no, pinjaman Itali: casino ] merupakan satu tempat yang membenarkan aktiviti perjudian dijalankan. Kasino yang popular menguntungkan dari segi ekonomi sesebuah negara.Terdapat sebanyak 4750 buah kasino yang beroperasi di seluruh dunia.
Biasanya pusat kasino dibina di tempat yang strategik bersama kemudahan-kemudahan percutian lain termasuk hotel, restoran, taman tema atau kompleks beli-belah; ada juga kasino yang terbina dalam platform bergerak seperti kapal pesiaran. Beberapa pusat kasino juga menganjurkan acara sukan dan acara kebudayaan penting. Setiap bangunan kasino mempunyai larangan kemasukan untuk sesiapa di bawah lingkungan usia yang dbenarkan untuk berjudi iaiti sekitar 18 hingga 21 tahun.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
"Kasino" merupakan kata pinjaman Bahasa Itali iaitu casino - ia merupakan bentuk diminutif perkataan casa [ka-sa] yang bermaksud "rumah" dan sering dieritkan sebagai suatu vila kecil atau rumah kelab.[2] Bahasa Itali moden mengeja perkataan ini sebagai casinò sebagai pembeza dengan perkataan casino yang bermaksud "rumah pelacuran".[3][2][4]
Makna perkataan sedemikian beralih merangkumi sebarang bangunan di mana kegiatan lapang termasuk tari-menari, berjudi dan bersukan dapat dijalankan masyarakat sejak abad ke-19; bangunan untuk tujuan sedemikian piasanya didirikan bersampingan sebuah bangunan palazzo lebih besar.
Keberadaan[sunting | sunting sumber]
Malaysia[sunting | sunting sumber]
Di Malaysia, Genting Highlands telah dibina pusat kasino yang pertama pada zaman Tunku Abdul Rahman.
Singapura[sunting | sunting sumber]
Menurut bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Singapura dirasakan berasa dalam kerugian kerana ketiadaan tidak ada pusat perjudian besar sedemikian di negaranya. Sejak berdekad-dekad kemudian, ada seberapa kemudahan yang terbina hasil penusahaan syarikat asing: Marina Bay Sands milik syarikat Las Vegas Sands di pesisiran Pusat Bandar Singapura dengan nilai hartanah sebanyak USD8 billion, dan Resorts World Sentosa milik Kumpulan Genting di Pulau Sentosa.
Indonesia[sunting | sunting sumber]
Sebelum tahun 1980-an, kasino pernah diperbolehkan di Indonesia. Pernah ada kasino di wilayah Jakarta saat di bawah kepemimpinan Ali Sadikin, misalnya lantai bawah Gedung Sarinah, Jakarta Pusat, di Petak Sembilan (PIX), Jakarta Barat, dan di Hai Lai, Ancol.[5] Namun, Undang-Undang Dasar 1945 yang dimaktubkan semasa merdekanya Indonesia daripada penjajahan Belanda melarang perjudian dalam antara peruntukkannya[6].
Pada tahun 1990-an, di Indonesia banyak kasino yang diam-diam beroperasi secara ilegal. Seiring dengan perkembangan media yang maju pesat di abad 21, banyak kegiatan tersebut diberitakan di media yang diikuti pemerintah Indonesia mengarahkan badan Kepolisiannya bertindak cepat menutup semua perusahaan sedemikian
Kasino bentuk elektronik (juga disebut kasino dalam jaring / "kasino daring") mula masuk ke Indonesia tahun 2005. Ia banyak mendapat perhatian dan langganan besar kerana boleh diakses melalui peranti mudah alih seperti telefon bimbit.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Howard J. Shaffer; dll., penyunting (2003). Futures at Stake: Youth, Gambling, and Society. University of Nevada Press. m/s. 147–151.[pautan mati kekal]
- ^ a b Thompson, William N. (2015). Gambling in America: An Encyclopedia of History, Issues, and Society. m/s. 43. ISBN 9781610699808. Dicapai pada August 17, 2015.
- ^ "Casino". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
- ^ Preble, Rossi, Keith, Francesco (2014). Il vero italiano: Your Guide To Speaking "Real" Italian. m/s. 66. Dicapai pada August 17, 2015.
- ^ "Kisah Bang Ali dan Judi". detikx. Dicapai pada 2018-05-26.
- ^ "Permainan pertaruhan". keomoi. Dicapai pada 2018-05-26.