Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani
GenreMusical
Drama
Romance
Ditulis olehLeena Gangopadhyay
PengarahArko Ganguly
Pengarah kreatif
Animesh G. Bhagya
Dibintangi oleh
Ishita Dutta
Harshad Arora
Mishkat Varma
Negara asalIndia
BahasaHindi
Bilangan musim1
Bilangan episod1
Penerbitan
Penerbit eksekutifDebolina Mukherjee
Penerbit
  • Vipul D. Shah
  • Sanjeev Sharma
  • Arko Ganguly
LokasiKolkata
Mumbai
Pemasangan kamera
Multi-camera
Tempoh siaran22-25 minutes
Syarikat penerbitan
Optimystix Entertainment
Organic Studioz
Penyiaran
Saluran asalColors TV
Format gambar
Siaran asal23 Ogos 2021 (2021-08-23) – present
Kronologi
MengikutiBawara Dil

Amaran: Tajuk paparan "Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani" mengatasi tajuk paparan awal "<i>Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani</i>".

Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani (Bahasa Melayu: Hidup ini Sedikit Awan, Sedikit Air ) adalah drama muzikal bersiri dari negara India yang disiarkan di Colors TV bermula 23 Ogos 2021 (bermula 24 Ogos 2021- Colors APAC) dengan menggantikan drama Bawara Dil . [1] Siri ini dibintangi oleh Ishita Dutta [2], Mishkat Varma sebagai watak utama dan Harshad Arora sebagai watak antagonis. [3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Cerita ini bermula dengan Keluarga Mukherjee yang sederhana dan ceria sedang membuat persiapan untuk menyambut hari lahir anak perempuan sulung mereka, Kajol sekali gus untuk meraikan lamaran perkahwinan oleh Arjun Sen, seorang ahli perniagaan yang kaya-raya. Ketika ahli keluarga mula merindui Kajol tatkala membuat persiapan tersebut, Kajol juga mula risau memikirkan keadaan keluarganya selepas ketiadaannya nanti. Arjun ialah seorang jejaka yang muda, tampan dan peramah. Suatu hari, Kajol menerima panggilan daripada seorang wanita, yang mengatakan kepadanya bahawa Arjun sebenarnya adalah seorang playboy yang selalu memainkan perasaan ramai wanita. Setelah menerima panggilan sebegitu, Kajol mula menjadi risau, tetapi akhirnya dia melupakannya dan menganggap panggilan itu hanyalah palsu. Kemudian, terbongkar bahawa orang yang menelefon Kajol itu adalah kakak ipar Arjun, Shreya, yang ingin memutuskan perkahwinan Arjun dengan gadis kelas pertengahan seperti Kajol.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Ishita Dutta sebagai Kajol Mukherjee

Karan Suchak as Dr Anurag Basu

Harshad Arora sebagai Arjun Sen [4]

Watak Sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Sneha Raikar sebagai Leeladevi: Ibu Kajol.

Swaroopa Ghosh sebagai "PeeshiMaa": Ibu saudara Kajol

  • Neha Harsora sebagai Anu: Adik Kajol.
  • Meghan Jadhav sebagai Babin: Adik Kajol.
  • Jasmine Avasia sebagai Dingli: Adik Kajol.
  • Vaibhavi Mahajan sebagai Nidhei: Adik Kajol.
  • Shweta Rastogi sebagai Nainika: Ibu saudara Kajol.
  • Saudagar Arsh [5]

Tim Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Iklan pertama siri ini ditayangkan pada 29 Julai 2021 yang memperlihatkan watak utama Ishita Dutta sebagai Kajol. [6] Iklan kedua dilancarkan pada 8 Ogos 2021 yang memperlihatkan perincian dan watak utama siri ini. [7] Rancangan ini akan disiarkan dari 23 Ogos 2021 Isnin-Jumaat jam 9:30 malam dengan menggantikan Bawara Dil . Manakala di saluran Colors APAC pula bersiaran pada jam 6.00 pm SGT.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ "Colors announces two new shows- Nima Denzongpa and Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani".
  2. ^ "Ishita Dutta: Finally I am getting to play a Bengali girl on screen in Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani - Times of India". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-08-02.
  3. ^ "Colors Announces two stories of inspiring women".
  4. ^ "Mishkat Verma bags the male lead for Colors' 'Thoda Sa Badal Thoda Sa Paani". tellyupdates. Dicapai pada 18 August 2021.
  5. ^ "Arsh Merchant to play a pivotal character in Thoda Sa Badal Thoda Sa Paani".
  6. ^ "Thoda Sa Baadal Thoda Sa Paani - Coming Soon On Colors TV". 2021-07-29. Dicapai pada 2021-07-29.
  7. ^ "Life's A Few Clouds and Some Water - Starts 23rd August 2021 on Colors TV". 2021-08-08. Dicapai pada 2021-08-08.