Thomas Jane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Thomas Jane
Thomas Jane 2019 by Glenn Francis.jpg
Jane, 2019
KelahiranThomas Elliott III
(1969-02-22) 22 Februari 1969 (umur 50)
Baltimore, Maryland, A.S.
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1987–kini
PasanganAysha Hauer (1989–1995)
Patricia Arquette (2006–2011)
Anak1

Thomas Jane (lahir Thomas Elliott III;[1] 22 Februari 1969) merupakan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali menerusi filem-filem seperti Boogie Nights (1997), The Thin Red Line (1998), Deep Blue Sea (1999), The Punisher (2004), The Mist (2007), 1922 (2017) dan The Predator (2018).[2] Jane juga pernah muncul dalam filem televisyen 61* (2001) dan membintangi siri HBO Hung (2009–2011) serta siri The Expanse (2015–2017).

Beliau merupakan pengasas RAW Studios, sebuah syarikat hiburan yang menerbitkan buku-buku komik tulisannya, termasuk Bad Planet. Beliau pernah mengarahkan filem Dark Country (2009), yang turut dibintanginya.

Jane pernah mengahwini pelakon Aysha Hauer, anak kepada Rutger Hauer, pada tahun 1989. Pasangan ini pernah muncul dalam beberapa buah filem sebelum bercerai pada tahun 1995. Kemudian, Jane bertunang dengan Olivia d'Abo dari tahun 1998 sehingga 2001. Jane berkenalan dengan pelakon Patricia Arquette pada tahun 2001 dan setahun kemudian mereka bertunang. Jane dan Arquetta mempunyai seorang anak perempuan, Harlow Olivia Calliope yang lahir pada 20 Februari 2003. Pasangan ini berkahwin pada 25 Jun 2006 di Venice, Itali.

Pada January 2009, Arquette memfailkan penceraian,[3] tetapi pasangan itu segera berdamai dan Arquette diminta untuk menggugurkan petisyen perceraian pada 9 Julai 2009.[4] Namun, pada 13 Ogos 2010, wakil Jane mengumumkan bahawa pasangan tersebut akan meneruskan penceraian.[5] Penceraian mereka diputuskan pada 1 Julai 2011 dan berkongsi hak penjagaan anak mereka.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]