Tigger

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tigger
Watak Winnie the Pooh
Kemunculan pertama Winnie the Pooh and Tigger Too!
Dicipta oleh A. A. Milne
Informasi
Spesies Harimau
Jantina Jantan

Tigger ialah satu watak seakan harimau yang diperkenalkan dalam buku The House at Pooh Corner oleh A. A. Milne. Watak yang berbadan serba jingga berbelang hitam, bermata manikam, dan berekor lembut dan menganjal ini dikenali kerana keperibadiannya yang sentiasa periang. Seperti watak-watak Pooh yang lain, Tigger juga diilhamkan oleh patung mainan Christopher Robin Milne.

Dalam sastera[sunting | sunting sumber]

Patung mainan milik Christopher Robin yang pernah diterapkan dalam cerita Winnie-the-Pooh, dipamerkan di Donnell Library Center di Bandaraya New York. Tigger terletak di bawah sebelah kiri.

Tigger diperkenalkan dalam Bab II House at Pooh Corner, di mana dia meloncat-loncat di depan pintu rumah Winnie-the-Pooh pada waktu tengah malam. Yang selebihnya dalam bab itu menceritakan watak-watak lain tercari-cari makanan yang sesuai sebagai sarapan Tigger; biarpun Tigger mengaku gemar memakan "segalanya", nampak gayanya dia tidak suka madu, akorn, tisel, atau kebanyakan bahan-bahan masakan Kanga's. Mujurnya, Tigger mendapati apa yang benar-benar digemarinya ialah ekstrak malt, iaitu "ubat penguat" yang diberi oleh Kanga kepada Roo.

Semenjak itu, Tigger tinggal sebumbung bersama Kanga dan Roo di bahagian timur laut Hundred Acre Wood berhampiran Sandy Pit. Dia juga berkawan baik dengan Roo yang memandangnya seperti abang, maka Kanga pun menjaga Tigger seolah-olah anaknya sendiri. Tigger juga ghairah sekali bergaul bersama semua watak-watak lain, terutamanya Rabbit yang kadang-kadang berasa mual dengan perangai Tigger yang suka meloncat-loncat, Eeyore yang pernah dikejutkan oleh loncatan Tigger hingga jatuh ke dalam sungai, dan Piglet yang sentiasa kelihatan gementar melihat haiwan baru yang suka melompat-lompat dalam hutan. Apapun, semua haiwan tetap bermesra sesama sendiri.

Selain bab II, Tigger juga muncul dalam bab IV, VI, VII, dan X dalam The House at Pooh Corner, serta juga beberapa buku lain. Dialah satu-satunya watak utama baru yang diperkenalkan dalam The House at Pooh Corner; yang lain-lain sudah diperkenalkan dalam buku Winnie-the-Pooh yang terdahulu.

Dalam filem[sunting | sunting sumber]

Tigger juga muncul dalam versi kartun Winnie-the-Pooh buatan Disney, bermula dengan Winnie the Pooh and the Blustery Day pada tahun 1968. Dia juga membintangi filem sendiri, The Tigger Movie (Disney, 2000), bersama kawan-kawannya dari Hundred Acre Wood.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Winnie-the-Pooh