Tikas air pasang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tanda menunjukkan tikas air banjir yang berlainan di Missouri, Amerika Syarikat
Batu tanda tikas air pasang di Tasik Missoula, Montana, Amerika Syarikat
Papan tanda tikas air pasang di Bisset Park, Virginia, Amerika Syarikat
Tikas air pasang sungai Arno (Florence) yang banjir pada 13 Ogos 1547 (kiri) dan 3 November 1844 (plat logam disebelah kanan). Foto diambil di Via delle Casine.

Tikas air pasang atau tikas air tinggi adalah titik yang menunjukkan peningkatan maksimum jisim air ke atas tanah. Tanda semacam ini sering berlaku disebabkan banjir, tetapi tikas air pasang mungkin mencerminkan paras teratas sepanjang masa, paras tinggi tahunan (paras tertinggi air naik pada tahun itu) atau titik atas bagi beberapa bahagian waktu yang lain. Pengetahuan tikas air pasang bagi sesebuah kawasan adalah berguna dalam menguruskan pembangunan kawasan tersebut, terutamanya dalam membuat persiapan menghadapi gelombang banjir.[1] Tikas air pasang dari banjir telah diukur untuk tujuan perancangan semenjak tamadun purba Mesir.[2] Ia adalah amalan biasa untuk mewujudkan penanda fizikal yang menunjukkan satu atau lebih tikas air paling tinggi bagi sesuatu kawasan, biasanya dengan garis pada tahap air naik, dan catatan tarikh dimana tikas air pasang ini ditetapkan. Ia boleh menjadi tanda paras banjir yang bebas atau penanda lain, atau mungkin dipasang pada bangunan atau binaan lain yang berada pada waktu banjir yang tandanya ditetapkan.[3]

Tikas air pasang tidak semestinya takat fizikal sebenar,[4] tetapi ia mungkin kenaikkan air ke titik tinggi untuk meninggalkan kesan fizikal yang berkekalan seperti kekotoran air banjir. Tompok landskap yang ditinggalkan oleh ombak air pasang surut boleh dipanggil strandline (jaluran tikas) dan lazimnya terdiri daripada bahan keladak yang ditinggalkan oleh air pasang tinggi. Kawasan di bahagian atas pantai dimana keladak tersangkut merupakan contoh fenomena ini. Dimana terdapatnya air pasang surut, jaluran ini dibentuk oleh kedudukan ombak tertinggi, dan bergerak ke atas dan ke bawah pantai pada kitaran dua minggu.[5] Bahan keladak kebanyakannya terdiri daripada rumpai laut yang reput, tetapi juga boleh melibatkan longgokan sampah, samada dari kapal di laut atau dari aliran keluar kumbahan.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ J. Curtis Weaver and Thomas J. Zembrzuski, Jr., "August 31, 1993, Storm Surge and Flood of Hurricane Emily on Hatteras Island, North Carolina", in Charles A. Perry, L. J. Combs, Summary of floods in the United States, January 1992 through September 1993 (1995), U.S. Geological Survey Water-Supply Paper 2499, p. 260, stating: Documentation of notable coastal floods provides scientists and flood-plain managers with useful data and technical information for an improved understanding of the hazard and for improved management of flood-prone areas. Of particular importance is documentation of the duration of flooding (and rates of rise and recession of floodwaters), maximum flood elevations and depths, and delineation of the extent of storm-surge flooding.
  2. ^ Daniel Kahneman, Thinking, Fast and Slow (2011), p. 137.
  3. ^ Nancy McTigue, James M. Symons, The Water Dictionary: A Comprehensive Reference of Water Terminology (2011), p. 284.
  4. ^ Bruce S. Flushman, Water Boundaries: Demystifying Land Boundaries Adjacent to Tidal Or Navigable Waters (2001), p. 73.
  5. ^ "Strandline" (PDF). Durham Biodiversity Partnership. 
  6. ^ "Strandlliines" (PDF). North Cornwall District Council. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2007-10-18. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]