Virginia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Commonwealth of Virginia
Bendera Virginia Mohor negeri Virginia
Bendera Virginia Mohor
Nama samaran: Old Dominion, Mother of Presidents
Cogan kata: Sic semper tyrannis
Peta Amerika Syarikat dengan nama Virginia ditonjolkan
Bahasa rasmi Inggeris
Ibu negeri Richmond
Bandar raya terbesar Virginia Beach
Keluasan  Kedudukan ke-35
 - Jumlah 42,793 batu persegi
(110,862 km²)
 - Lebar 200 batu (320 km)
 - Panjang 430 batu (690 km)
 - % air 7.4
 - Latitud 36°31'N to 39°37'N
 - Longitud 75°13'W to 83°37'W
Penduduk  Kedudukan ke-12
 - Jumlah 7,567,465
 - Kepadatan 178.8/batu persegi 
69.03/km² (ke-14)
 - Pendapatan median  $53,275 (ke-7)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Mount Rogers[1]
5,729 ft  (1,747 m)
 - Purata 950 ft  (290 m)
 - Titik terendah Lautan Atlantik[1]
0 ft  (0 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
Jun 25, 1788 (ke-10)
Gabenor Tim Kaine (D)
Leftenan Gabenor {{{Lieutenant Governor}}}
Senator A.S. John Warner (R)
Jim Webb (D)
Delegasi Dewan A.S. Senarai
Zon waktu Timur: UTC-5/-4
Singkatan VA US-VA
Tapak web www.virginia.gov

Virginia adalah negeri di Amerika Syarikat di sebelah barat dengan populasi melebihi 7.7 juta. Nama Virginia diambil dari Ratu England, Elizabeth I, yang tidak pernah berkahwin dan dipanggil "Ratu Perawan" (Virgin Queen). Negeri ini dikenali sebagai "ibu kepada presiden-presiden" kerana ia adalah tempat lahir untuk lapan orang presiden Amerika Syarikat.

Sejarah moden Virginia bermula dengan penempatan koloni pada tahun 1607 oleh Syarikat Virginia London. Ia adalah koloni tetap pertama di dunia baru dan menjadi salah satu dari 13 koloni yang mengambil bahagian dalam Revolusi Amerika. Perhambaan memainkan peranan penting pada permulaan perkembangan ekonomi dan politik Virginia, dan menyaksikan negeri itu keluar dari kesatuan Amerika Syarikat dalam Perang Saudara Amerika.

Ibu negeri Virginia ialah Richmond dan bandar terbesar ialah Virginia Beach. Walaupun mempunyai sejarah sebagai satu bahagian konservatif dalam negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, Virginia sekarang adalah sebuah negeri yang terbuka dengan aliran konservatif dan liberal.

Virginia mempunyai beberapa sektor ekonomi penting termasuk kerajaan pusat di Utara Virginia dan pengkalan tentera di Hampton Roads serta kawasan pertanian. Tempat bersejarah termasuk Jamestown, Yorktown dan muzium Colonial Williamsburg, sebuah destinasi popular pelancongan. Perkembangan sektor teknologi menjadikan cip komputer sebagai eksport utama Virginia yang diperkuatkan dengan sistem pendidikan Virginia di mana beberapa sekolah dan universitinya adalah yang terbaik di Amerika Syarikat.


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Elevations and Distances in the United States". U.S Geological Survey. 29 April 2005. Dicapai pada November 9.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (|access-date= dicadangkan) (bantuan)