Timmy Turner

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Timmy Turner
تيمماي تورنر
Watak The Fairly OddParents
Kemunculan pertama "The Fairly Oddparents!" (rintis)
Dicipta oleh Butch Hartman
Disuarakan oleh Tara Strong
Alec Baldwin (Timmy tua)
Mary Kay Bergman (Oh Yeah! Cartoons)
Drake Bell (Timmy tua dalam filem Fairly Oddparents aksi langsung akan datang)[1]
Informasi
Nama panggilanTimmy, Tommy (oleh ibu bapanya di dalam episod yang awal)
SpesiesManusia
JantinaLelaki
KewarganegaraanAmerika Syarikat

Timothy Tiberius "Timmy" Turner II (تيموثي تيبيريوس "تيمماي" تورنر 2) adalah seorang budak lelaki berbangsa Inggeris Amerika Syarikat yang berusia 10 tahun dan merupakan watak utama di dalam siri kartun The Fairly OddParents. Beliau amat rendah dan memakai topi yang berwarna merah jambu. Ibu bapanya jarang bersamanya dan kurang mengambil tahu tentang aktivitinya yang membolehkan dia menyembunyikan Cosmo, Wanda dan Poof. Beliau membuat hajat hampir kesemua keinginannya walaupun kadangkala hajatnya itu membawa musibah. Timmy pintar tetapi mempunyai jangka perhatian pendek yang menyebabkan markah gred sekolahnya jatuh. Beliau sukakan Cosmo, Wanda, permainan video, komik, kartun, sukan dan muzik rap.

Timmy datang dari latar belakang keluarga yang sederhana. Beliau amat angkuh dan pentingkan diri sendiri serta sering membuat hajat untuk sesuatu. Tetapi apabila hajatnya mula mengalami masalah, Timmy berusaha untuk mengembalikannya kepada keadaan yang asal. Di senalik sikap pentingkan diri sendiri, dia juga amat pentingkan orang lain. Ini dapat dilihat apabila dia cuba menyelamatkan semua manusia dan dunia. Beliau dilihat sayangkan pari-parinya dan ibu bapanya serta menilai tanggungjawab mereka. Latar belakangnya yang berbangsa Inggeris telah dikenalpasti di dalam keturunan nenek moyangnya Nigel P. Turner yang merupakan pegawai tinggi bank di London pada abad ke 18.

Timmy juga berlatih kung fu dan sukakan seni mempertahankan diri. Di dalam episod lain, ia mendedahkan pertengahan namanya adalah Tiberius.

Konsep Timmy diambil dari idea animator Butch Hartman tentang versi lelaki Cinderella yang dilihat oleh pari-pari perempuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]