Butch Hartman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Butch Hartman
Butch Hartman by Gage Skidmore.jpg
Hartman di San Diego Comic Con 2009
Kelahiran Elmer Earl Hartman IV
(1965-01-10) 10 Januari 1965 (umur 52)
Highland Park, Michigan, A.S.
Pendidikan Anchor Bay High School
Pusat pendidikan Institut Kesenian California
Pekerjaan Juruanimasi, pengarah, penulis, pelakon, penerbit, pelakon suara, voice actor
Tahun aktif 1986–kini
Karya terkenal The Fairly OddParents, T.U.F.F. Puppy, Danny Phantom, Bunsen Is a Beast
Pasangan Julieann Hartman (m. 1992)
Anak 2

Butch Hartman (lahir Elmer Earl Hartman IV; 10 Januari tahun 1965) adalah pencipta siri animasi Amerika Syarikat rangkaian Nickelodeon iaitu The Fairly OddParents dan Danny Phantom.

Zaman Kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Butch Hartman dilahirkan di Highland Park, Michigan kepada pasangan Elmer Earl Hartman III dan Carol Davis. Beliau diberi nama samaran “Butch” semasa beliau kanak-kanak dan beliau masih menggunakan nama tersebut dengan profesional sebagai seorang dewasa. Butch menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Roseville, Michigan dan zaman remaja beliau di New Baltimore, Michigan. Beliau menerima ijazah dari Sekolah Tinggi Anchor Bay yang terletak di New Baltimore pada tahun 1983. Beliau selalu menghadiri Perbadanan Seni California di Valencia, California.

Kerjaya Awal[sunting | sunting sumber]

Hartman memasuki bidang kartun pada tahun 1986, My Little Pony adalah antara kerja yang pertama beliau diikuti dengan It's Punky Brewster. Pada tahun 1990, beliau memasuki Dic Entertainment, dimana beliau bekerja dengan kartun Adventures of Sonic the Hedgehog, Captain N: The Game Master dan Gadget Boy. Kemudian, beliau menjadi penulis skrip, pengarah dan storyboard artist untuk beberapa rancangan Cartoon Network, iaitu Dexter's Laboratory, Cow and Chicken, dan Johnny Bravo.

The Fairly OddParents dan Danny Phantom[sunting | sunting sumber]

Kejayaan terbesar beliau tiba pada tahun 1997 apabila bila beliau mencipta The Fairly OddParents (yang beliau membuat suara watak juga). Ia sebenarnya adalah beberapa kartun pendek kepada rancangan antologi Oh Yeah! Cartoons. Nickelodeon mengambilnya sebagai sebuah siri yang penuh. The Fairly OddParents menjadi popular di tempat kedua selepas SpongeBob SquarePants. Disebabkan oleh siri ‘OddParents’, Butch mencipta kartun yang lain untuk Nickelodeon, iaitu Danny Phantom pada tahun 2004. Kedua-dua rancangan tersebut akan dihentikan pengeluaran pada sekitar tahun 2006 dan 2007. Walaubagaimanapun, banyak peminat The Fairly OddParents dan Danny Phantom telah membuat surat rayuan beramai-ramai untuk menyelamatkan kedua-dua rancangan tersebut.

Doogal[sunting | sunting sumber]

Beliau juga pernah menjadi penerbit eksekutif dan penulis untuk rancangan Doogal, iaitu filem Franco-British The Magic Roundabout yang telah dialih suara oleh Syarikat Weinstein yang berpejabat di Amerika Syarikat. Filem tersebut ditayangkan pada 24 Februari 2006. Bagaimanapun, Doogal mendapat keuntungan kasar 7 juta dollar dan mendapat 7% untuk Rotten Tomatoes.[[1]]

Masa depan dan Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Butch sedang menjalani dua projek untuk Nickelodeon, iaitu sebuah siri “live action” dan sebuah kartun.

Kerja lain beliau termasuklah menyuarakan beberapa watak pada kartun Family Guy dan memainkan watak Sean Masters pada siri yang berjangka hayat pendek Generations pada tahun 1991.

Sekarang beliau menetap di Bell Canyon, California dengan isteri beliau, Julieann dan dua orang anak, iaitu Carly dan Sophia.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Beliau dahulunya menetap di Encino, California semasa pembunuhan Phil Hartman, iaitu kira-kira 5 batu dari rumah beliau. Kedua-dua orang tersebut tidak ada talian persaudaraan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peran Catatan
1986 An American Tail In between artist
1992 California Hot Wax Eddie
1995 Pocahontas Video reference cast
1997 Annabelle's Wish Storyboard artist
Direct-to-video film
1998 Adventures in Odyssey: Baby Daze Storyboard artist
Adventures in Odyssey: A Stranger Among Us Storyboard artist
2004 Channel Chasers Animator for "Channel 297" scene
2005 The Magic Roundabout Writer: United States screenplay
2011 A Fairly Odd Movie: Grow Up, Timmy Turner! Waiter Writer: series and characters
2012 A Fairly Odd Christmas Christmas caroler Writer: series and characters

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peran Catatan
1985–1986 It's Punky Brewster Models
1987 Growing Pains Robert Jordan Episode 3.5: "Michaelgate"
1988 Just the Ten of Us Rod Grossman Episode 1.4: "Close Encounters"
Police Academy Models
1988–1989 Days of Our Lives Henry
Jake
1989 Dink, the Little Dinosaur Storyboard artist
1990 Piggsburg Pigs! Key model designer
1991–1993 Tom & Jerry Kids character designer
1993 Droopy, Master Detective Designer
1995 The Cartoon Cartoon Show Creator: "Pfish & Chip" and "Gramps"
1996–1997 Dexter's Laboratory Storyboard artist/background designer/layout artist
1997–1999 Johnny Bravo Writer/director
1997 Cow & Chicken Models
1997 I Am Weasel Models
1998 The Powerpuff Girls Storyboard artist/layout artist
1998–2001 Oh Yeah! Cartoons Creator: "The Fairly OddParents" and "Dan Danger", director/storyboard artist: "Zoomates"
1999–2002 Family Guy Additional voices
2001–present The Fairly OddParents Dr. Rip Studwell Creator/executive producer
2003 Pet Star Judge Episode 1.11
2004–2007 Danny Phantom Creator/executive producer
2010–present T.U.F.F. Puppy Agent Weaselman
Agent Rodentski
Creator/executive producer
2013 Big Time Rush Guest star

Pautan luar[sunting | sunting sumber]