Tiub pemisah serum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah vakutainer SST II yang besar

Tiub pemisah serum, juga dikenali sebagai SST, ialah tiub ujian yang digunakan pada ujian kimia klinikal yang memerlukan serum darah.

SST kadangkala dipanggil "tiub berpenutup marmar" atau "tiub berpenutup emas", merujuk kepada penyumbat tiub yang sama ada emas, merah dengan cincin emas di atas, atau merah marmar dan kelabu. Penyumbat tiub SPS (sodium polyanethol sulfonate) mempunyai warna kuning pucat, kadangkala menyebabkan kekeliruan; namun tiub sebegini dikenali sebagai "tiub berpenutup kuning" bukan "emas". Versi tanda dagangan SST termasuk tiub Covidien "Corvac".

Tiub ini mempunyai zarah silika termikron yang membantu membekukan darah sebelum pengemparan, dan gel di bahagian bawah pula memisahkan sel darah penuh daripada serum.[1] Nanopartikel silika mendorong pembekuan melalui pengaktifan sentuhan faktor pembekuan XII (faktor Hageman).[2] Zarah silika adalah bahan pengering, yang menyerap dan menahan wap air.[3] Zarah ini digunakan dalam tiub supaya darah melekat pada permukaan zarah silika kecil dan mula membeku. Selepas sampel darah diemparkan, serum jernih hendaklah dikeluarkan untuk ujian seterusnya.[4][5]

Tiub ini harus digunakan dengan berhati-hati apabila mengukur tahap ubat atau hormon kerana ubat atau hormon mungkin meresap keluar dari serum ke dalam gel, menyebabkan pengurangan tahap yang diukur. Gel dalam tiub SST II (yang kelihatan kurang legap sedikit) sepatutnya kurang memberi kesan pada tahap ubat dalam serum.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Greiner Bio-One VACUETTE Z Serum Sep Clot Activator Tubes - Non-ridged (pull cap) - Blood, Hematology and Coagulation Testing Products, Blood Specimen Collection". www.fishersci.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-16.
  2. ^ Ilinskaya, Anna N; Dobrovolskaia, Marina A (June 2013). "Nanoparticles and the blood coagulation system. Part II: safety concerns". Nanomedicine (London, England). 8 (6): 969–981. doi:10.2217/nnm.13.49. ISSN 1743-5889. PMC 3939602. PMID 23730696.
  3. ^ How Does Silica Gel Work? (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2022-12-16
  4. ^ "Blood sampling in sheep" (PDF). Purdue University. 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-02-03.
  5. ^ Thavasu PW, Longhurst S, Joel SP, Slevin ML, Balkwill FR (1992). "Measuring cytokine levels in blood. Importance of anticoagulants, processing, and storage conditions". J Immunol Methods. 153 (1–2): 115–24. doi:10.1016/0022-1759(92)90313-i. PMID 1381403.CS1 maint: multiple names: authors list (link)