Tabung uji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Tabung uji
Dua batang tabung uji
Nama lainTabung kultur
KegunaanTindak balas kimia
Item berkaitanTabung didih

Tabung uji, juga tabung kultur merujuk kepada sejenis radas makmal lazim yang berupakan sebuah tiub kaca atau plastik jernih sebesar jari yang terbuka di bahagian atas. Tabung ini lazim digunakan ketika melakukan tindak balas kimia, dan disimpan di rak-rak istimewa (rak tabung uji).

Tabung uji tersedia dalam pelbagai saiz dan diameter, umumnya berdiameter 10-20 mm, dan panjang 50-200 mm.[1] Bahagian atasnya seringkali dilengkapi bibir yang melebar untuk membantu menuang isinya; beberapa sumber menyatakan bahwa kehadiran bibir tersebut membezakan tabung uji daripada tabung biasa.[2] Tabung uji boleh memiliki dasar rata, bulat, atau tirus. Beberapa tabung uji dihasilkan agar dapat dipasangi penutup kaca atau penutup berulir. Ada juga yang dilengkapi dengan kaca kasar di bagian atas agar mudah diberi label dengan pensel.

Varian[sunting | sunting sumber]

Tabung didih[sunting | sunting sumber]

Tabung didih ialah sejenis tabung uji yang dikhususkan bagi penggunaan pemanasan bahan kimia, terutamanya menggunakan penunu Bunsen. Secara amnya, tabung didih ialah tabung uji yang dibesarkan hingga kira-kira 50% saiz asal, dan diperbuat daripada bahan tahan haba tinggi. Rekaan tabung didih yang lebar membolehkan bahan kimia mendidih secara ganas tanpa halangan, tidak seperti tabung uji lazim; tabung uji yang sempit menyebabkan buih-buih gas tidak dapat terbebas tanpa dikelilingi cecair.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MiniScience.com catalog: Test Tube Diarkibkan 2008-09-08 di Wayback Machine, diakses 27 Mac 2009
  2. ^ Thomas Scott (transl., 1996), Concise Encyclopedia: Biology.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]