Tiub torpedo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tiub torpedo dalam kapal selam HMS Holland 1

Tiub torpedo ialah alat berbentuk silinder untuk melancarkan torpedo.[1]

Terdapat dua jenis utama tiub torpedo: tiub bawah air dipasang pada kapal selam dan beberapa kapal permukaan, dan unit yang dicagak atas geladak (juga dikenali sebagai pelancar torpedo) yang dipasang atas kapal permukaan. Pelancar torpedo yang dicagak atas geladak biasanya direka untuk jenis torpedo tertentu, sementara tiub torpedo kapal selam adalah pelancar kegunaan am, dan juga sering mampu mengatur periuk api dan peluru berpandu krus. Kebanyakan pelancar moden diseragamkan pada diameter 12.75-inci (324 mm) bagi torpedo ringan (tapak cagak geladak atas kapal) atau diameter 21-inci (533 mm) bagi torpedo berat (tiub bawah laut) walaupun saiz tiub torpedo lain telah digunakan: lihat Pengelasan dan diameter torpedo.

Gambarajah ringkas tiub torpedo kapal selam

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]