Pergi ke kandungan

Tjan So Gwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maria Fransisca
Maklumat peribadi
Nama kelahiranTjan So Gwan
NegaraIndonesia
Lahir1959[1]
Pasuruan, East Java, Indonesia[2]
Tinggi1.57 m (5 ka 2 in)[3]
Berat58 kg (128 lb)[3]
AcaraWomen's singles & doubles
Rekod pingat
Women's badminton
Mewakili  Indonesia
World Masters Games
Pingat emas – tempat pertama 2002 Melbourne Women's doubles 40+
Pingat emas – tempat pertama 2002 Melbourne Mixed doubles 40+
Pingat emas – tempat pertama 2005 Calgary Women's doubles 45–49
Pingat emas – tempat pertama 2009 Sydney Mixed doubles 40+
World Senior Championships
Pingat emas – tempat pertama 2007 Taipei Mixed doubles 45+
Uber Cup
Pingat perak – tempat kedua 1978 Auckland Women's team
Asian Games
Pingat perak – tempat kedua 1978 Bangkok Women's team
Asian Championships
Pingat gangsa – tempat ketiga 1983 Calcutta Mixed doubles
Southeast Asian Games
Pingat emas – tempat pertama 1979 Jakarta Women's team
Pingat emas – tempat pertama 1983 Singapore Women's team
Pingat emas – tempat pertama 1983 Singapore Women's doubles
Pingat perak – tempat kedua 1979 Jakarta Mixed doubles
Profil BWF

Tjan So Gwan, atau juga dikenali sebagai Maria Fransisca (Bahasa Cina: 曾素光; Pinyin: Céng Sùguāng; lahir pada 1959), merupakan pemain badminton wanita di Indonesia yang bermain dalam pertandingan perseorangan dan beregu.

Pada tahun 1978, Maria Fransisca mewakili Indonesia dalam pertandingan Piala Uber dengan nama Tjan So Gwan. Pasukan Indonesia menentang pasukan Jepun sekali lagi pada perlawanan akhir. Dia bermain perseorangan pada mata ketiga dan tewas kepada Atsuko Tokuda.

Tjan So Gwan memenangi pingat emas beregu wanita pada Sukan Asia Tenggara 1983 dalam badminton, bergandingan dengan Ruth Damayanti. Pada tahun yang sama, kedua-duanya turut memenangi kejuaraan beregu perempuan di Terbuka Badminton Indonesia.

Pada mulanya Fransisca dikenali sebagai Tjan So Gwan (keturunan Cina), dan menukar namanya kepada Maria Fransisca (nama kristian) selepas menerima kewarganegaraan Indonesia, mengangkat sumpah di mahkamah Jakarta Selatan pada November 1980.[4]

Fransisca memulakan kerjayanya apabila dia diberi kepercayaan untuk memperkuatkan pasukan wanita pada kejohanan berpasukan perempuan Piala Uber 1978 ketika itu Indonesia merupakan juara bertahan dua tahun lalu di final Indonesia terpaksa bertemu semula dengan musuh Jepun dia dijangka meraih mata tetapi gagal dengan tewas kepada Atsuko Tokuda. Akhirnya pasukan wanita Indonesia gagal dan sekali lagi tewas kepada Jepun.

Di Terbuka India, Fransisca mampu menghadiahkan 3 gelaran daripada tiga sektor,[5] iaitu perseorangan wanita yang dimenanginya menentang rakan senegaranya Ivana Lie dalam beregu wanita, untuk bergandingan dengannya sekali lagi untuk menentang beregu wanita British, dan dalam beregu campuran dia dan Hariamanto Kartono juga berjaya menewaskan rakan seperjuangannya Rudy Heryanto dan Ivana Lie, dia berjaya membuktikan dia masih handal.[6]

Di Terbuka Indonesia, beliau turut memenangi kejuaraan dengan menewaskan beregu wanita China dan dalam acara Sukan SEA, beliau memenangi pingat emas dalam beregu wanita dan berpasukan wanita serta satu perak dalam beregu campuran.[7]

  1. ^ Soetiman (22 September 1976). "Lutut Tjan So Gwan sudah mulai pulih kembali". Kompas (dalam bahasa Indonesia). m/s. 5.
  2. ^ "Calon Lawan dan HUT". Kompas (dalam bahasa Indonesia). 12 May 1984. m/s. 10.
  3. ^ a b "Varia Piala Thomas dan Uber 84 : Si Kocak". Kompas (dalam bahasa Indonesia). 9 May 1984. m/s. 10.
  4. ^ "Pagi ini Tjan So Gwan resmi jadi WNI". Kompas. 1 November 1980. hal. 10.
  5. ^ "New Nation". NewspaperSG. 15 November 1979.
  6. ^ "Indonesians dominate shuttle meet". NewspaperSG.
  7. ^ "Indonesia sapu bersih 2 pasukan". NewspaperSG. 26 September 1979.