Badminton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lee Chong Wei, juara badminton yang belum ada tandingannya di dunia

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Sejarah dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Battledore and Shuttlecock. 1854, dari Arkib John Leech[1]

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.[2]

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.[3]

Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama.[4] Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertama di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.[5]

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.[6]

Peraturan Sukan Badminton[sunting | sunting sumber]

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF). Berikut adalah sistem pengiraan mata bagi pemain perseorangan dan beregu :

  • Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai
  • Kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun
  • Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai
  • Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang
  • Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia
  • Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

  • Undang-Undang Asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas/Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

  • Memulakan Permainan

(A) Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.

(B) Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelanggang.

(C) Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

  • Sistem Pengiraan Mata

(A) Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali the best of three games.

(B) Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.

(C) Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang.

(D) Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.

(E) Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya.

  • Masa Rehat

(A) Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama 60 saat akan diberikan.

(B) Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game tamat.

  • Servis

(A) Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.

(B) Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan memijak garisan gelanggang.

(C) Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam keadaan tetap.

(D) Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat servis.

(E) Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft) mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

(F) Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

  • Servis Semula ( Let )

(A) Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.

(B) Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.

(C) Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.

(D) Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.

(E) Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan.

(F) Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

  • Larangan Untuk Pemain

(A) Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.

(B) Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar kelajuan.

(C) Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau pemain menyentuh papan iklan.

(D) Tidak berkelakuan kasar.

(E) Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

  • Berlaku Batal Sekiranya

(A) Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.

(B) Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.

(C) Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat tangan.

  • Perlawanan Perseorangan

(A) Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.

(B) Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak lawan.

(C) Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam game berikutnya.

  • Perlawanan Beregu

(A) Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis dari gelanggang servis kanan.

(B) Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.

(C) Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak lawan.

(D) Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.

​(E) Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnyaRekod

Pukulan yang paling bertenaga dalam sukan badminton ialah pukulan smash, yang mana ia merejam bulu tangkis dengan tajam ke arah gelanggang pihak lawan. Kelajuan maksimum bagi pukulan smash ke atas bulu tangkis berbeza berbanding sukan raket yang lain. Rekod kelajuan pukulan diukur ke atas kelajuan awal bagi bulu tangkis serta-merta selepas ia dipukul oleh raket pemain.

Pemain beregu lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod dunia yang rasmi bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika Piala Sudirman berlangsung. Pukulan smash paling pantas yang pernah direkodkan dalam acara perseorangan ialah 305 km/h (189 mph) oleh Taufik Hidayat dari Indonesia.[7]

Pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong memegang rekod smash terpantas dengan kelajuan 421 km/h menggunakan ” Yonex Arcsaber Z-Slash ” di Tokyo, Japan pada 26 September 2009. Dua rekod terdahulu adalah pada 2005 yang dipegang Fu Haifeng dari China dengan kelajuan 332 km/h dan 414 km/h oleh Naoki Kawamae dari Jepun. ” Radar Guns and High Speed Video” digunakan untuk mengesahkan rekod tersebut.

  1. Kartun yang diambil dari Arkib John Leech yang mana menunjukkan seorang artis iaitu John Leech dan tarikh pada 1854.
  2. Masters, James (1997). "The Online Guide to Traditional Games". Dicapai pada 2007-06-25. 
  3. 3.0 3.1 University of Southern Mississippi: The history of Badminton
  4. History of Badminton - Founding of the BAE and Codification of Rules
  5. The history of Badminton
  6. History of Badminton - Badminton Rule - Badminton Court
  7. Taufik Hidayat fires a 305 km/h jump smash - YouTube