To Kill a Mockingbird

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
To Kill a Mockingbird
Enggang Lalu Ranting Patah
PengarangHarper Lee
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
GenreSouthern Gothic, Bildungsroman
Diterbitkan11 Julai 1960
PenerbitJ. B. Lippincott & Co.
Halaman281

To Kill a Mockingbird ("Membunuh Burung Ajuk-Ajuk", lihat tajuk terjemahan lain di bawah) ialah sebuah novel tahun 1960 karya Harper Lee. Novel ini mengisahkan suatu insiden yang berakar hasil ketidaksetaraan antara kaum di Selatan Amerika Syarikat.

Ia menjadi disambut meriah dalam kalangan pengulas sastera serata negerinya,[1]:185–188 malah memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun sama.[1] Kemasyhuran ia membangkitkan perbincangan menyentuh isu-isu perkauman dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum yang penting dalam Amerika Syarikat menjadikan ia bacaan wajib dalam pembelajaran sastera peringkat sekolah seluruh negara itu.[2]:199-200

Sejarah pengarangan[sunting | sunting sumber]

Manuskrip asal buku ini dikaryakan Lee hasil pengembangan suatu himpunan karangan dan cerita pendek mengenai kampungnya semasa beliau bekerja sebagai seorang kerani British Overseas Airways Corporation di Bandar Raya New York tahun 1950 hingga 1957. Beliau menghantarkannya kepada seorang ejen yang kemudiannya mendapat pengetahuan seorang penyunting di syarikat J. B. Lippincott yang membeli manuskrip tersebut; penyunting tersebut mencadangkan Lee meneruskan penulisannya.

Draf pertama ini disempurnakan setahun kemudian[3] dengan tajuk "Go Set a Watchman"[4] di mana draf ini mendapat pujian penyunting utama syarikat itu, Tay Hohoff.[4] Hohoff mendorong Lee agar menajamkan lagi penulisannya selama 2 setengah tahun sehingga diyakini siap.[4] Draf akhir ini pada asalnya diberi nama Atticus tetapi Lee menjudulkan semula ia kepada To Kill a Mockingbird agar mencerminkan struktur cerita akhir yang melangkaui watak utamanya. Buku tersebut terbit pada 11 Julai 1960.[1]:129

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan kisah ini diceritakan daripada sudut pandang Jean Louise Finch, seorang anak perempuan berusia enam tahun yang hidup semasa Zaman Kemelesetan (dari tahun 1933 hingga 1935) di sebuah bandar bernama Maycomb di negeri Alabama. Dia hidup bersama abangnya Jeremy (atau "Jem") dan ayahnya Atticus, seorang balu yang bekerja sebagai seorang peguam.

Tuan Hakim Taylor melantik Atticus sebagai peguam bela kepada Tom Robinson, seorang lelaki kulit hitam yang dituduh merogol seorang wanita kulit putih, Mayella Ewell. Atticus menyatakan kesediaannya membela Tom meskipun banyak penduduk Maycomb tidak bersetuju malah ada yang mentohmah dan mencaci Atticus.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai terjemahan[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Melayu Malaysia
  • Enggang Lalu Ranting Patah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. 1990.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Sebuah filem tahun 1962 mengadaptasi karya ini arahan Robert Mulligan dan dibintangi Gregory Peck.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Shields, Charles (2006). Mockingbird: A Portrait of Harper Lee. Henry Holt and Co. ISBN 0-8050-7919-X.
  2. ^ "Mockingbird 'dropped from GCSE exam'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 25 Mei 2014. Dicapai pada 11 Julai 2020. Steinbeck's six-chapter novella written in 1937 about displaced ranch workers during the Great Depression
  3. ^ Nelle Harper Lee Diarkibkan 2007-12-18 di Wayback Machine Alabama Academy of Honor: Alabama Department of Archives and History (2001). Retrieved on November 13, 2007.
  4. ^ a b c Mahler, Jonathan (12 July 2015). "The Invisible Hand Behind Harper Lee's 'To Kill a Mockingbird'". The New York Times.
  5. ^ Nichols, Peter (27 Februari 1998). "Time Can't Kill 'Mockingbird' [Review]"". The New York Times. m/s. E.1.