Toloqna Arung Labuaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Toloqna Arung Labuaja ("Puisi Arung Labuaja", juga dieja dalam rumi Tolo'na Arung Labuaja) ialah sebuah manuskrip Bugis yang dikarang oleh Arung Manajeng. Watak utama manuskrip ini bernama Arung Labuaja, Arumponé (Raja Bone) semasa perang Bone-Belanda 1905 yang berakhir dengan kekalahan Bone dan kerajaan tersebut jatuh ke tangan Belanda.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Toloqna Arung Labuaja telah ditempah oleh H.R. Rookmaker, controleur Bone dari tahun 1915 hingga 1920. Tidak lama selepas manuskrip ini beserta terjemahan dalam bahasa Melayu berparafrasa siap, Rookmaker membawanya pulang ke Belanda. Tiga tahun kemudian, beliau mendermakan manuskip yang tiada salinan itu kepada KITLV.

Pada tahun 1990, Roger Tol telah menulis sebuah buku berkaitan kajian terhadap manuskrip ini. Buku tersebut turut mengandungi versi rumi serta terjemahan kepada bahasa Belanda manuskrip ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.