Tongari Bōshi no Atelier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tongari Bōshi no Atelier
とんがり帽子のアトリエ
GenreFantasi[1]
Manga
PengarangKamome Shirahama
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
DemografikSeinen
Majalah AsalMonthly Morning Two
Tarikh Pengeluaran22 Julai 2016 – kini
Jilid5
Portal Anime dan Manga

Tongari Bōshi no Atelier (Jepun: とんがり帽子のアトリエ, "Bengkel Topi Tinggi", tajuk bahasa Inggeris: Witch Hat Atelier) adalah sebuah siri manga seinen karya Kamome Shirahama. Manga ini mulai dimuat dalam majalah Monthly Morning Two terbitan Kodansha sejak bulan Julai 2016.

Manga ini setakat 2018 hanya boleh didapati di satu negara Nusantara yakni Indonesia dengan judul Atelier of Witch Hat edaran Elex Media Komputindo sejak April 2018;[2] negara-negara yang berjiranan seperti Malaysia, Singapura dan Brunei bagaimanapun masih belum mendapat berita edaran versi setempat tersendiri lagi.

Pembikinan adaptasi anime manga ini telah diumumkan pihak majalah Morning Two pada tanggal 5 April 2022 serentak melancarkan laman sesawang khusus rasmi dan video acah.[3]

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Coco seorang anak yatim kampung yang mahu ingin menjadi seorang ahli sihir sejak kecil. Namun, keluarga mereka tidak ada kebolehan asli itu dan dia dan ibunya anak beranak terpaksa menyara hidup sebagai penjahit. Pada suatu hari, Coco menyaksikan seorang lelaki misteri bernama Qifrey menggunakan pena dan buku sakti dan tertarik, dia mengadu nasib dan mahu mencubanya, Qifrey berbesar hati meminjamkan kepada Coco yang kemudiannya cuba membacakan jampi berbahaya yang tidak sengaja memukau ibunya membatu menjadi kristal.

Coco yang ketakutan pun mendapat tahu suatu kelompok penyihir yang diminta bantuan, mereka menegur Coco dan memberitahukan siapa sebenarnya Qifrey yang tidak Coco ketahui sebelum ini bahkan mengarahkan ingatannya dipadam, namun Coco merayu agar ingatannya setidaknya dikekalkan untuk menghasilkan penawar untuk ibunya. Para penyihir putih yang kasihan pun setuju dengan syarat Coco membantu mereka mencari sisa-sisa penyihir hitam yang masih hidup bahkan memasukkan Coco ke dalam sekolah sihir.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ TAGROの新作は江戸に生きる女武芸者の婿取り、白浜鴎もモーツーで新連載. Comic Natalie. 22 Jul 2016. Dicapai pada 21 September 2018.
  2. ^ Halimun Muhammad (13 April 2018). "Elex Media to Publish "Atelier of Witch Hat" Manga". KAORI Nusantara. Dicapai pada 12 November 2019.
  3. ^ Tiraska, Ferdian (2022-04-07). "Witch Hat Atelier Akan Diadaptasi Menjadi Anime!". KAORI Nusantara. Dicapai pada 2024-01-26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman web resmi manga di Morning
  • Tongari Bōshi no Atelier (manga) di Ensiklopedia Anime News Network