Torsken

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Torsken
Pemandangan Medby di Torsken
Pemandangan Medby di Torsken
Jata Torsken
Koordinat: 69°17′47″N 17°02′11″E / 69.29639°N 17.03639°E / 69.29639; 17.03639Koordinat: 69°17′47″N 17°02′11″E / 69.29639°N 17.03639°E / 69.29639; 17.03639
Negara Norway
Keluasan
 • Jumlah93.98 batu persegi (243.42 km2)
 • Tanah90.85 batu persegi (235.30 km2)
Penduduk
 (2018)
 • Jumlah943
 • Kepadatan10/batu persegi (4/km2)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)

Torsken merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam negara Norway.

Info umum[sunting | sunting sumber]

Perbandaran Torsken ditubuhkan pada 1 Januari 1902 apabila ia dipisahkan dari perbandaran Berg. Penduduk awal Torsken adalah 1,229. Semasa tahun 1960-an, terdapat banyak penggabungan perbandaran di seluruh Norway disebabkan oleh kerja-kerja Jawatankuasa Schei. Pada 1 Januari 1964, kawasan Rødsand dari Torsken (penduduk:160) dipindahkan ke Perbandaran Tranøy.[1]

Pada bulan Mac 2017, Parlimen Norway mengundi untuk menggabungkan perbandaran Berg, Torsken, Lenvik, dan Tranøy. Perbandaran baru ini akan merangkumi seluruh pulau Senja serta sebahagian daratan. Perbandaran baru ini akan ditubuhkan pada 1 Januari 2020 sebagai Perbandaran Senja.[2][3]

Nama[sunting | sunting sumber]

Perbandaran ini (asalnya kariah) dinamakan sempena ladang Torsken lama (Norse lama: Þoskar), sejak Gereja Torsken pertama dibina di sana. Ladang ini dinamakan sempena gunung Torsken, dan nama itu mungkin berasal dari Norse, þo(r)skr, yang bermaksud "Ikan Kod". (Beberapa pergunungan di Norway dinamakan sempena kesamaan mereka dengan ikan.)[4]

Gereja[sunting | sunting sumber]

Gereja Norway mempunyai satu kariah (sokn) dalam perbandaran Torsken. Ia adalah sebahagian daripada prosti Senja di Keuskupan Nord-Hålogaland.

Gereja di Torsken
Parish (Sokn) Nama gereja Lokasi gereja Tahun dibina
Torsken Gereja Torsken Torsken 1784
Kapel Flakkstadvåg Flakstadvåg 1925
Kapel Gryllefjord Gryllefjord 1902
Kapel Medby Medby 1890

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jukvam, Dag (1999). "Historisk oversikt over endringer i kommune- og fylkesinndelingen" (PDF) (dalam bahasa Norwegian). Statistisk sentralbyrå.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Senja kommune 2020" (dalam bahasa NOrwegian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 2017-09-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Vermes, Thomas (2017-03-29). "Stortingsflertallet gjør fire Senja-kommuner til én". ABC Nyheter (dalam bahasa Norwegian). Dicapai pada 2017-09-09.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Rygh, Oluf (1911). Norske gaardnavne: Troms amt (dalam bahasa Norwegian) (ed. 17). Kristiania, Norge: W. C. Fabritius & sønners bogtrikkeri. m/s. 77.CS1 maint: unrecognized language (link)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.