Trampolin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seorang pemuda meloncat atas sebuah trampolin.

Trampolin [tram-po-lin] ialah sejenis alat terdiri daripada suatu kain tahan lasak yang diregangkan pegas-pegas sekuat-kuatnya merentasi suatu bingkai besi. Pegas-pegas ini menyimpan tenaga potensi yang dikenakan setelah pengguna meloncat pada alat buat kali pertama lalu mengalihkan tenaga agar lebih mengangkat pengguna lebih tinggi daripada yang dialami pada loncatan pertama.

Berat jisim seseorang yang meningkat menjejaskan bilangan tenaga potensi dibawa semasa individu tersebut mendarat buat kali pertama lalu trampolin akan mengalirkan tenaga melalui pegas-pegasnya agar loncatan seterusnya menaik setinggi mungkin lebih daripada loncatan sebelumnya serenjang panjang regangan hasil daya yang dikenakan, sepertimana yang dibuktikan oleh hukum Hooke.[1]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Aalat ini lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi umum, namun ia juga memainkan peranan utama dalam seberapa sukan khusus lain.

Dalam gimnastik[sunting | sunting sumber]

Ia diterapkan sebagai suatu jurusan utama sukan gimnastik; acara ini sendirinya dimasukkan dalam temasya Sukan Olimpik sejak tahun 2000 di Sydney. Model-model trampolin yang direka membolehkan atlet melompat setinggi 10 meter sambil mampu melakukan aksi putaran (misalnya jungkir balik) serentak.

Dalam latihan sukan lain[sunting | sunting sumber]

Trampolin turut digunapakai untuk melatih para ahli sukan membiasakan diri menggunakan kebolehan akrobatik yang dianggap penting dalam sukan tertentu dilibatkan dipersekitaran yang memerlukan masa tindak balas singkat termasuk selaman dan ski bebas. Ciri trampolin yang menganjal turut menjadikan temat latihan lebih selamat untuk para atlet.

Ia juga ditampilkan dalam pelbagai sukan berpasukan berbeza seperti Slamball (yang menggabungkan bersama bola keranjang) dan Bossaball (yang menggabungkan bersama bola tampar).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "How do Trampolines Get Their Bounce? Because of Newton's Basic Laws of Motion!". Astrojump Canada. Dicapai pada 17 Januari 2010.