Bola tampar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bola tampar
Volleyball game.jpg
Aksi bola tampar
Badan induk tertinggi Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa
Pertama dimainkan 1895, Holyoke, Massachusetts (Amerika Syarikat)
Ciri-ciri
Contact No Contact
Ahli pasukan 6
Jantina bercampur Perseorangan
Kategori Dalam dewan
Bola Bola tampar
Olimpik 1964

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. [2].

Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanghai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

Peraturan sukan[sunting | sunting sumber]

Gambar rajah skematik gelanggang.

Dimensi gelanggang[sunting | sunting sumber]

Sebuah gelanggang bola tampar berkeluasan 9 x 18 meter yang dibahagikan suatu jaring kepada dua segi empat sama yang lebarnya 1 meter. Jaring gelanggang berketinggian 2.43 meter dari kawasan tengah gelanggang bagi peringkat lelaki dan 2.24 meter bagi peringkat perempuan. Kelegaan tinggi (height clearance) minimum untuk gelanggang jenis tertutup yang dicadangkan ialah sebanyak 7 m, namun ketinggian melebihi 8 m juga disyorkan.

Bola[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Fédération Internationale de Volleyball, FIVB) menetapkan bahawa bola yang digunakan harus:[3]

  • berbentuk sfera,
  • diperbuat daripada kulit haiwan semulajadi atau sintetik,
  • berukur lilit sebanyak 65–67 sm,
  • mempunyai berat sebanyak 260–280 g, dan,
  • mempunyai tekanan dalaman antara 0.30–0.325 kg/sm2.

Pengambilan mata[sunting | sunting sumber]

Apabila bola menyentuh lantai dalam lingkungan gelanggang atau silap servis dibuat, pasukan yang berlawanan diberikan satu mata sama ada mereka membuat servis atau sebaliknya. Bola dikira masuk jika ia menyentuh garisan. Pasukan yang memenangi satu mata selepas membuat servis dapat membuat servis pembuka pada pusingan setersnya. Jika pasukan yang memenangi mata tidak membuat servis pada mata yang sebelumnya, maka pasukan yang menservis akan menukar kedudukan mereka mengikut arah jam. Permainan akan berterusan sehingga mana-mana pasukan meraih 25 mata dahulu seterusnya memenangi set. Perlawanan mempunyai lima set di mana set terakhir dimainkan sehingga 15 mata diraih dahulu dari mana-mana pasukan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Volleyball". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Dicapai 21 Mac 2007. 
  2. ^ Huang, Chenfu; Liu, Gin-Chang; and Sheu, Tai-Yen (1999). "Kinematic Analysis of the Volleyball Back Row Jump Spike". ISBS Symposium XVII. Perth, Australia: International Society of Biomechanics in Sports. http://coachesinfo.com/category/volleyball/226/. Diperolehi 1 Mac 2007.
  3. ^ "Section 3.1". Official Volleyball Rules 2011–2012 (PDF). FIVB. 2010. Dicapai 2011-10-27. STANDARDS: The ball shall be spherical... 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]