Trivela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ricardo Quaresma bersiap menjaringkan gol dengan sepakan ikoniknya, trivela semasa perlawanan bersama Beşiktaş J.K. menentang Dynamo Kyiv di Liga Europa UEFA pada tahun 2011

Trivela[1][2] atau maledetta[3] dalam istilah bola sepak ialah gerakan menyepak bola yang membuat bola yang disepak berpusing horizontal dengan gerakan melengkung. Gerakan ini dilakukan untuk menjaringkan gol ke gawang penentang ataupun melakukan pas ke rakan. Lazimnya apabila seorang pemain menendang bola dengan teknik trivela, bahagian ujung daripada kaki ialah yang paling sering digunakan tetapi teknik sepakan ini dapat dilakukan dengan bahagian dalam kaki.[4][5][6] Teknik ini sedikit berbeza dari bola knuckle, meski kedua sepakan menghasilkan bola dengan bidikan yang melencong, tetapi bola knuckle tidak berpusing atau hanya sedikit berpusing.

Sepakan trivela yang melencong liar seiras berpusingnya bola dengan cepat membuat kesulitan bagi penjaga gol menebak ke arah mana tembakan bola penentang menyentuh rumput padang, pemain pertahanan untuk merebutnya atau menyokong permainan daripada penjaga gol ataupun rakan saat menerima arus pas bola dari sepakan jenis ini.[7]

Pemain-pemain seperti: Ricardo Quaresma, Luka Modrić, Djibril Cissé, Papiss Cissé, Michael Essien, Oscar dos Santos, Giuseppe Meazza, Trevor Sinclair dan Nolberto Solano terkenal kerana menjaringkan gol atau mempas ke rakan mengguna teknik sepakan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:Citar web
  2. ^ Ronay, Barney (29 June 2018). "Quaresma chooses liberation over conformity with outside of his boot". The Guardian. Dicapai pada 13 April 2022.
  3. ^ Gerna, Jacopo (11 November 2013). "Juventus: Pirlo, ma che punizione hai tirato? La maledetta che sfida la fisica". La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 21 January 2015.
  4. ^ "How to Curve a Soccer Ball". The Instep (dalam bahasa Inggeris). 2019-12-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-12. Dicapai pada 2020-10-05.
  5. ^ espn.uol.com.br/ "Até hoje não sei como fiz aquele gol": há 20 anos, Roberto Carlos acertava o chute que desafiou a física
  6. ^ "Who is the free-kick master?". FIFA.com. 30 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2008. Dicapai pada 27 April 2010.
  7. ^ "Video: 'Number One' Quaresma drives fans wild with trivela wondergoal for Portugal vs Iran". Goal.com. June 25, 2018. Dicapai pada 2020-09-24.