USS Los Angeles (SSN-688)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi kapal atau kapal udara lain dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, lihat USS Los Angeles.
USS Los Angeles;0868802.jpg
Sejarah
United States Navy ensignAmerika Syarikat
Nama: USS Los Angeles
Bersempena dengan: Bandar Los Angeles
Dianugerahkan: 8 Januari 1971[1]
Pembina: Newport News Shipbuilding
Dibaringkan: 8 Januari 1972[1]
Dilancarkan: 6 April 1974[1]
Ditauliah: 13 November 1976[1]
Dibersarakan: 4 Februari 2011[1]
Ditarik keluar dari perkhidmatan: 1 Februari 2010[1]
Struck: 4 Februari 2011[1]
Pelabuhan asal: Pearl Harbor
Takdir: Dilupuskan melalui kitar semula[1]
Lencana: SSN-688 insignia.png
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal selam kelas-Los Angeles
Sesaran:
  • 5,700 tan (muatan ringan)
  • 6,072 tan (muatan penuh)
  • 1,372 tan (kosong)
Panjang: 110.3 m (361 ka 11 in)
Lunas: 10 m (32 ka 10 in)
Draft: 9.4 m (30 ka 10 in)
Jana kuasa:
  • reaktor nuklear S6G
  • 2 turbines
  • 35,000 hp (26 MW)
  • 1 auxiliary motor 325 hp (242 kW)
  • 1 shaft
Halaju:
  • 25 knot (46 km/h) timbul
  • 30 knot (56 km/h) menyelam (halaju tertinggi dirahsiakan)
Kedalaman ujian: 290 m (950 ka)
Anak kapal: 13 pegawai; 121 kelasi
Persenjataan:

USS Los Angeles (SSN-688), kapal selam pertama dalam kelasnya juga merupakan kapal ke-4 dalam Tentera Laut Amerika Syarikat yang dinamakan bersempena dengan nama bandar Los Angeles, California. Kontrak pembinaanya telah diberikan kepada Newport News Shipbuilding and Dry Dock Company yang berpangkalan di Newport News, Virginia pada 8 Januari 1971 dan lunasnya telah dibaringkan pada 8 Januari 1972. Upacara pelancarannya telah dilakukan pada 6 April 1974 oleh Anne Armstrong, dan pentauliahan dilakukan pada 13 November 1976 dengan Komander John E. Christensen menjadi pegawai memerintah yang pertama. Kapal ini menjadi hos bagi Presiden Jimmy Carter dan Wanita Pertama pada 27 Mei 1977 untuk sebuah pertunjukan di laut bagi menunjukan kemampuannya.[2] Pada tahun 2007, Los Angeles merupakan kapal selam tertua yang berada dalam perkhidmatan aktif bersama Tentera Laut A.S.[3] Pihak tentera laut membersarakan USS Los Angeles pada 23 Januari 2010, di Pelabuhan Los Angeles, Los Angeles, California, bandar di mana ia mendapat namanya.[4] Bilik pegawai dalam armada kapal selam tertua ini menyimpan papan tanda cribbage persendirian milik Richard O'Kane, dan selepas Los Angeles dilucut tauliah; papan tanda ini dialihkan ke kapal selam terua seterusnya iaitu USS Bremerton.[5]

Pembersaraan[sunting | sunting sumber]

Los Angeles telah dinyahaktifkan pada 1 Februari 2010 dan dibersarakan pada 4 Februari 2011. Bilik mes pegawai di dalam kapal selam tertua dalam armada yang menyimpan papan tanda cribbage persendirian milik Richard O'Kane, selepas perlucutan tauliah Los Angeles telah dialihkan ke dalam kapal selam tertua seterusnya: USS Bremerton (SSN-698). Los Angeles kemudian memasuki Program Kitar Semula Kapal-Kapal Selam Tentera Laut A.S pada 1 Februari 2010,[6] dan siap sepenuhnya pada 30 November 2012.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "Los Angeles (SSN 688)". Naval Vessel Register. United States Navy. January 4, 2012. Dicapai February 2, 2012. 
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Farewell tidak disediakan
  3. ^ "USS Los Angeles Embarks With a Piece of Submarine History". US Navy. 16 May 2007. 
  4. ^ Tony Perry (24 January 2010). "Submarine Los Angeles is decommissioned from active fleet". Los Angeles Times. 
  5. ^ "USS Los Angeles Embarks With a Piece of Submarine History". US Navy. 16 May 2007. 
  6. ^ Morison, Samuel L. "US Naval Battle Force Changes 1 January 2011 to 31 December 2010" (PDF). Proceedings. US Naval Institute (May 2011). 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]