Unit rawatan rapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bilik ICU

Unit rawatan rapi (Bahasa Inggeris: intensive care unit, ICU) ialah sebuah jabatan khusus dalam hospital yang menawarkan perubatan rawatan rapi. Kebanyakan hospital juga menetapkan kawasan rawatan rapi untuk pengkhususan perubatan yang tertentu, bergantung pada keperluan dan sumber hospital.

History[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1854, Florence Nightingale bertolak ke medan Perang Crimea, di mana triaj digunakan untuk mengasingkan askar-askar yang cedera parah daripada yang cedera ringan. Pernah dilaporkan bahawa Nightingale berjaya mengurangkan kematian dari 40% kepada 2% di medan perang. Sungguhpun tidak begitu, pengalaman beliau dalam peperangan menyedarkan beliau akan kepentingan penjagaan sanitari dalam hospital sebagai komponen rawatan rapi yang penting.

Pada tahun 1950, ahli anestesiologi, Peter Safar mendirikan konsep "Sokongan Hidup Lanjutan" (Advanced Support of Life) yang mana pesakit diberikan sedatif dan mendapat pengudaraan dalam suasana rawatan rapi. Safar dianggap sebagai pengamal perubatan rawatan rapi yang pertama.

Untuk membasmi wabak polio (yang mana ramai pesakit memerlukan pengudaraan dan penyeliaan tanpa henti), Bjørn Aage Ibsen menubuhkan unit rawatan rapi pertama di Copenhagen pada tahun 1953.[1] Pada 1960-an, disedarinya kepentingan aritmia jantung sebagai punca morbiditi dan kematian akibat serangan jantung, maka kelengkapan pengawasan jantung selalu digunakan dalam unit rawatan rapi, khususnya selepas serangan jantung.

Kelengkapan dan sistem[sunting | sunting sumber]

Unit rawatan rapi biasanya dilengkapi pengalihudaraan (ventilasi) mekanik untuk membantu pernafasan melalui tiub endotrakea atau trakeotomi; pengawas jantung termasuk yang ada telemetri; perentak jantung luaran; pendefibril; kelengkapan dialisis untuk masalah buah pinggang; kelengkapan untuk pengawasan fungsi tubuh secara berterusan; sejaringan saluran intravena, tiub suapan, tiub nasogaster, pam sedutan, saliran dan kateter; dan beraneka jenis drug untuk merawat kondisi-kondisi utama dalam rawatan di hospital. Koma teraruh ubatan, analgesia, dan sedasi teraruh adalah antara alat-alatan biasa dalam ICU yang direka untuk mengurangkan kesakitan serta mengelakkan jangkitan sekunder.


Mutu penjagaan[sunting | sunting sumber]

Data yang sedia ada menunjukkan hubungan antara tahap penggunaan ICU dan mutu penjagaan pesakit yang mendapat pengalihudaraan mekanik.[2] Setelah dilaras untuk keparahan penyakit, pembolehubah demografi, dan sifat-sifat ICU yang berbeza (temrasuk pengambilan kakitangan oleh intensivis), pengambilan kakitangan ICU amat berkait rapat dengan kadar kematian dalam ICU dan hospital yang lebih rendah. Nisbah 2 pesakit untuk 1 jurawat disaran untuk ICU perubatan, berbanding nisbah 4:1 atau 5:1 yang sering kelihatan di ruang perubatan. Apapun, ini berbeza mengikut negara, misalnya di Australia, kebanyakan ICU dikakitangankan secara 1:1.

Kakitangan[sunting | sunting sumber]

Kakitangan perubatan biasanya merangkumi intensivis yang terlatih dalsm perubatan dalaman, pembedahan, anestesia, atau perubatan kecemasan. Ramai pelatih kejururawatan dan pembantu tabib yang terlatih khas juga menganggotai kakitangan yang menyediakan kesinambungan penjagaan pesakit. Kakitangan ICU juga dianggotai oleh typically includes specially trained critical care jururawat berdaftar jagaan kritikal yang terlatih khusus, respiratory therapist berdaftar, ahli farmasi klinikal, ahli nutrisi, ahli terapi fizikal, jurupulih pekerjaan, pembantu perawat bersijil, pekerja sosial, dsb.

Unit rawatan rapi bergerak[sunting | sunting sumber]

Unit rawatan rapi bergerak ialah sistem ambulans di darat, udara mahupun air yang dianggotai oleh pasukan perubatan rawatan rapi, termasuk tabib dan jururawat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Intensive Care Unit". Internet Journal of Health. http://www.ispub.com/ostia/index.php?xmlFilePath=journals/ijh/vol3n2/icu.xml. Capaian 2007-08-25. 
  2. Kahn JM, Goss CH, Heagerty PJ, Kramer AA, O'Brien CR, Rubenfeld GD., JM; Goss, CH; Heagerty, PJ; Kramer, AA; O'Brien, CR; Rubenfeld, GD (2006). "Hospital volume and the outcomes of mechanical ventilation.". New England Journal of Medicine 355 (1): 41–50. doi:10.1056/NEJMsa053993. PMID 16822995. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]