United Helicopters

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:H-23 ch-23.jpg
Helikopter OH-23 Raven keluaran United Helicopters

Syarikat United Helicopters adalah pembuat helikopter awam dan helikopter tentera.

Syarikat United Helicopters diasaskan oleh Stanley Hiller pada masa di mana masa hadapan teknologi helikopter tidak ketentuan. Pasaran untuk helikopter amat kecil dan pembelian helikopter oleh pihak tentera tidak menentu. Stanley Hiller membina helikopter ringan yang disasarkan kepada pengguna awam tetapi boleh dinaiktaraf untuk kegunaan tentera.

Di antara tahun 1946, Stanley Hiller dan Henry Kaiser menubuhkan United Helicopters. Hiller mencapai kejayaan apabila membina helikopter jenis UH-12 dan diterima rekaannya untuk kegunaan Tentera Darat Amerika. Sebanyak 100 buah helikopter pengeluaran awal diterima oleh Tentera Darat Amerika dan diberikan penamaan H-23A. Helikopter H-23A ini digunakan sebagai ambulans udara untuk mengeluarkan askar-askar yang cedera dari medan pertempuran ke hospital medan M*A*S*H.

Lebih daripada 2,000 ribu buah helikopter Hiller UH-12/OH-23 Raven telah dibina sehingga pengeluaran ditamatkan dalam tahun 1965. Pengeluaran helikopter jenis ini dimulakan semula dalam tahun 1991.

Syarikat ini kemudiannya ditukarkan nama menjadi Hiller Aircraft Corporation. Syarikat ini kemudiannya bergabung dengan kumpulan syarikat Fairchild untuk menjadikan Fairchild Hiller Corp.